Part 1

1.1K 110 13
                                    

"Kau dah jumpa dia?"

Seorang lelaki berumur sekitar 30-an, menggeleng kepala bila di soal oleh bosnya.

"Tetap cari dia sampai jumpa! Faham?"

"Baik bos!"

"Dan juga, aku nak kau perhatikan juga si Elies tu. Apa-apa maklumat segera info aku."

"Baik bos!"

"Dah blah."

Lelaki itu membongkokkan tubuhnya, lantas dia segera beredar dari pejabat si bosnya itu. Ice.

"Ishh, menyusahkan betullah. Kau nak main hide and seek dengan aku eh? Tak apa, aku cari kau sampai jumpa."

Ice bersandar pada badan sofa. Keluhan dilepaskan kasar. Anak rambutnya yang menutupi dahinya diselak ke belakang.

Iris birunya jatuh pada sofa kosong di hadapannya. Dia termenung seketika.

"Kenapa kau datang sini? Tak reti duduk kat rumah diam-diam?"

"Kenapa kau diam, bila dia tindas kau? Lawanlah balik, bodoh!"

Bruk!

Ice mendorong kasar meja bulat di hadapannya bila sekelibat bayangan Gempa menerpa di ruangan matanya. Kenangan itu dia ingat, di mana Gempa datang ke ofisnya semata-mata mahu menghantar makanan tengahari. Namun sempat bergaduh dengan Elies.

"Kau menyesal ke Ice? Isteri punya lah baik, tapi kau sia-siakan dia begitu sahaja?"

Satu bisikan menyapa cuping telinganya, dia tercari asal suara itu.

"Cari aku ke? Hahaha.. Aku adalah kau. Dasar Ice bodoh."

"Diamlah!"

Ice menekup kedua cuping telinganya kuat bila bisikan itu masih kedengaran.

"Elies si pompuan perampas tu, kau percaya ke dia mengandungkan anak kau? Mana tau tu anak dia dengan tunang dia?"

Ice mengedipkan matanya bila mendengar suara hatinya. Ada betul juga, kenapa dia tidak terfikir pasal itu?

"Tunang.."

"Shit!"

Ice berganjak bangun, dia mencapai kunci kereta yang terdampar di atas meja kerjanya. Lantas dia menonong keluar dari pejabatnya.

"Bos nak ke mana? Kejap lagi bos ada meet.."

"Batalkan, aku ada urusan nak diselesaikan."

"Tapi..."

Gopal tidak habiskan ayatnya bila Ice sudah melesap masuk ke dalam kotak lift. Dia hela nafas.

"Ice.. Sejak Gempa pergi, hidup kau macam tidak terurus aje. Bahagia ke kau dengan pilihan kau sekarang ni? Aku harap kau berubah Ice." bisik Gopal perlahan. Sedikit simpati dengan kehidupan rumah tangga kawannya itu. Banyak sangat konflik yang melanda hidupnya.

"Ha.. Gempa ke mana kau menghilang? Cepatlah balik.. Kami kat sini rindukan kau.."











Tbc....

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now