Guru.

10 1 0
                                    

Andai kata tidak wujudnya
pekerjaan persis kamu,
hidup kami mungkin tiada
warna warni,
hanya kelabu yang menghiasi,
ibarat potret suci putih,
tak bisa apa apa,
dan tak bisa menyambung pengajian hingga ke hujung dunia.

Tapi kini,
hidup kami penuh warna warni,
ibarat pelangi.

dulu hidup kami bagaikan mimpi,
kini mimpi itu bisa jadi nyata;
kerna adanya kamu wahai guru,
yang berpenat lelah mengajar aku,
katanya tujuannya hanya satu,
ingin melihat anak didiknya maju jaya
dalam sesuatu bidang kerja.

Wahai guru,
dirimu bagaikan cahaya,
yang menerangi hidup ini.
benarlah bahawa dirimu itu
persis pahlawan,
yang tidak mengharapkan balasan,
segala yang engkau lakukan,
engkau lakukan dengan penuh keikhlasan.

Jasamu tidak akan ku lupa,
terima kasih, guru
kerana tanpa kamu;
siapalah aku.

Selamat Hari Guru ||
Happy Teacher's Day ||
عيد معلم سعيد

Monolog hati Where stories live. Discover now