♡Puasa Day 21

439 42 0
                                    

"Allah, aku tertidur semalam." Aku terjaga dari tidur apabila mendengar jam berbunyi. Taehyung di sebelah aku pandang lama sebelum tangan mula mengusap kepalanya berkali-kali.

Selepas mengucup kepalanya sekali aku bangun ke tandas untuk mencuci muka dan selepas itu ke dapur, nak masak.

Habis ja memasak aku terus ke bilik nak kejut husband yang tengah diulit mimpi.

"Bangun sahur sayang, bangun cepat nanti tak sempat pula." Kata aku sambil mengusap kepalanya. Taehyung mengeliat kecil lalu tarik aku dan peluk.

Kepala aku diletakkan diatas dada dia. Dia cium kepala aku sekali

"Kenapa tidur dekat sofa semalam, kan oppa cakap kalau mengantuk tidur ja dekat bilik." Kata Taehyung.

"Sayang tertidur la, sedar-sedar ja dah kat katil." Balas aku lalu bangun dan memandangnya.

"Yelah tu, degil." Kata Taehyung pula lalu dia menarik tangan aku untuk bangun.

"Betol la tertidur, oppa, sayang ada nak tanya something ni." Aku tengok Taehyung tengah basuh muka dari tepi pintu tandas.

"Nak tanya apa?" Dia menghampiri aku sambil lap muka yang basah.

"Kejap lagi lah, now sahur kaja." Kami keluar untuk ke dapur.

                                ♥♥♥

Masa diorang balik dari Masjid pagi tadi aku tak sedar sebab tengah focus bersihnya dapur. Aku susun kuih raya yang banyak tu atas kabinet. Buang sawang, sapu sampah.

Nanti baru nak tukar tirai baru. Kalau sekarang kang kotor pula. Lepastu aku mop lantai sikit. Lap tingkap.

"Ayang~ buat apa tu?" Soal Taehyung yang masih berbaju melayu. Dia menghampiri aku yang tengah basuh tangan di sinki. Dapur done!

"Tak buat apa pun, sapa ajar 'ayang' tu?" Soal aku sambil pusing menghadap Taehyung yang tadinya memeluk pinggang aku dari belakang.

"Oppa tengok dekat tv, dia panggil isteri dia ayang. Ayang tu sayang kan tapi buang s. Kan? Comelnya." Kata Taehyung sambil tunjuk sedikit memandang aku.

"Dah pandai eh sekarang." Aku cuit pinggang Taehyung sekali. Dia mengeliat kegelian.

"Mak abah mana?" Soal aku lagi.

"Ada kat depan." Balas Taehyung lalu kami berjalan ke ruang tamu.

"Tadi ayang nak tanya apa dekat sayang." Kata Taehyung sambil pandang aku. Tangan aku yang dipegangnya dihayun-hayun perlahan.

"Eh?" Aku ketawa lepas dengan soalan Taehyung. Ayang, sayang, hahah apalah.

"Wae? Betol la, wife ayang husband sayang. Aww sweetnya kita." Kata Taehyung sambil senyum manis. Aku gelak kecik sambil angguk.

"Yalah boleh la." Jawap aku yang masih ada sisa ketawa.

"Cepatla tanya, oppa tak sabar nak tahu." Taehyung pandang aku lama.

"Kejap lagi la." Balas aku. Lalu kami duduk bersama mak dan abah di ruang tamu.

                               ♥♥♥

Aku tengah lepak dekat pondok tepi rumah sambil menghirup udara segar. Sesekali aku pandang Taehyung yang tengah naik basikal pusing-pusing depan aku.

Anak eomma, eomma rindu. Maafkan eomma sebab tak tahu yang kamu wujud. Maafkan eomma juga sebab tak jaga kamu betol-betol. Doakan eomma dan appa supaya dapat adik untuk kamu. Kamu tunggu kami kat syurga elok-elok ya sayang.

"Ayang jom ronda-ronda." Kata Taehyung sambil buat muka pelik bila sebut 'ronda-ronda'.

"Kejap nak ambil tudung." Balas aku lalu berjalan laju untuk masuk ke rumah.

"Cepat tau!" Laung Taehyung.

Aku keluar mendapatkan Taehyung apabila siap melilitkan selendang di kepala.

"Nak ronda-ronda dekat kampung ja. Wae ayang cantik sangat." Kata Taehyung yang duduk atas basikal sambil pandang aku.

"Mana ada, ayang pakai liptint ja." Balas aku lalu naik di tempat duduk belakang Taehyung.

"Yalah, kaja!" Kata Taehyung lalu mengayuh basikal.

"Kami keluar jalan-jalan mak!" Kata aku pada mak yang tengah siram pokok bunga.

Aku peluk Taehyung erat bila dia bawak laju. Sambil itu kami borak-borak sambil ketawa.

"Ayang nak tanya apa yang misteri sangat tu." Soal Taehyung.

"Siapa Jihye?" Soal aku tiba-tiba. Taehyung macam terkejut terus berhentikan basikal.

"Kenapa berhenti?" Soal aku lagi.

"Macam mana ayang tahu pasal dia?" Kata Taehyung lalu kembali mengayuh basikal.

"Haritu sayang nampak dia messege oppa. Lepastu semalam dia call. Sayang angkat la tapi dia tak cakap apa-apa yang penting sebab oppa tak ada. Dia siapa?" Terang aku.

"Dia classmate oppa eh sayang. Dia classmate sayang tapi entah la tiba-tiba datang balik. Tak tahu la dia nak apa. Chat dia pun sayang tak balas dah sekarang sejak dia tanya sayang rindu dia ke tak." Jelas Taehyung.

"Ayang rasa la, dia nak mengorat oppa kot." Kata aku.

"Bukan oppa tapi sayang la." Balas Taehyung, tangan kirinya turun memegang tangan aku yang memeluk pinggangnya.

"Okay sayang." Balas aku sambil gelak.

"Ayang tahu tak kenapa sayang sayang ayang?" Soal Taehyung membuatkan aku tergelak kuat.

"Kenapa?" Soal aku sambil sengih.

"Sebab ayang tak suka tuduh melulu, ayang mesti tanya dulu tak overthinking." Kata Taehyung.

"Sebab tu ja? Tak sweet langsung." Balas aku sambil menarik tangan daripada memeluk Taehyung. Tapi dia pegang tangan aku sedikit kuat, tak nak lepas.

"Itu baru sikit, yang lain sayang tak cerita lagi. Tak mampu nak cerita, sehari pun tak cukup." Kata Taehyung. Aku kat belakang senyum ja. Aku kembali memeluknya erat.

"Saranghae Kim Taehyung." Kata aku lalu letakkan kepala di belakangnya.

"I love you too wife!" Jerit Taehyung kuat.

"Eh malulah orang tengok." Aku gelak kecil. Taehyung pun turut menyertai aku, kami gelak.

Dah penat jalan-jalan kami pun pulang. Sampai dekat depat rumah, ada kereta siapa entah.

Aku dan Taehyung turun dari basikal. Kami menghampiri mereka yang tengah borak dekat depan rumah.

"Eh mummy chu, dah lama ka sampai? Awat tak masuk ni?" Kata aku sambil menyalam mummy aku yang merupakan adik mak aku.

"Baru ja sampai, ni hantar budak ni." Balas mummy sambil tunjuk ke arah adik.

"Mak ajak berbuka kat sini, mummy hang kata ada kerja." Kata mak pula.
Adik mula menyalam aku. lama tak jumpa anda! 

"Ya mummy ada kerja, ni kena balik cepat hantar Adi lepastu nak kena keluar pula." Terang mummy. Adi tu anak lelaki tunggalnya.

Selepas kembali bersalaman, mummy pun pulang. Kami masuk ke rumah. Nak petang ni, nak masak.

"Abah mana?" Soal adik kat mak.

"Abah keluar dengan achik pi bazar. Pi mandi nak berbuka satgi." Kata mak.

"Okay bye mandi dulu." Adik terus beredar ke biliknya.

"Aryan ngan angah pun pi mandi, berpeluh dah tu." Kata mak.

"Baik mak." Jawap Taehyung. Mak senyum dengar Taehyung cakap bahasa melayu.

Kami pun mandi, lepas saja siap aku terus ke dapur nak masak dengan mak.

Abah beli macam-macam makanan dekat bazar. Ni mesti sebab anak dia balik dari universiti tu yang kena makan macam-macam.

Tbc

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now