Part 2

1K 95 25
                                    

"Kenapa kau nak jumpa aku? Dan macam mana kau boleh tau yang aku ni bekas tunang dia?"

Ice senyum sinis, menatap tajam pada lelaki yang duduk di hadapannya. Danny. Bekas tunang Elies.

"Itu kau tak payah tau, cuma yang aku nak tau. Kau pernah ada hubungan sulit dengan Elies?"

Danny terdiam bila di soal begitu. Soalan yang tidak dia jangka.

Dahi Ice mengerut, tatkala Danny tiba-tiba sahaja melepaskan tawa. Ada yang lucu ke? Rasanya dia tidak sedang melucu.

"Apasal kau gelak? Aku ada melucu ke?"

Danny terkekek pelan, air minumannya diteguk sejenak. Wajah kelat Ice dia tatap sinis.

"Soalan kau tu lucu betul. Kau ingat aku buat benda tak senonoh tu dengan dia? Hell, dia tak sah lagi jadi isteri aku. Dosalah aku buat benda tu dengan dia tanpa ada ikatan sah. Dan kau ni, ada isteri tapi still cari yang lain. Kesian isteri kau kan? Aku tengok dia comel aje, kalau kau tak nak boleh kasi aku. Lagipun kau dah dapat Elies kan? Isteri kau yang kau kata bisu tu, kasi aku. Amacam? Baru adil kan?"

Ice mengetap bibir. Geram dengan ayat terakhir lelaki itu. Biadap!

Dia menghentak meja bulat di hadapannya.

"Kau lari dari topik lah bodoh! Tch! Jadi betullah, kau memang tak ada hubungan sulit dengan Elies?"

Danny smirk, kepalanya diangguk sambil meneguk air minumannya.

"Ya, betullah."

"Baguslah kalau macam tu. Aku takut tu bukan anak aku aje. Tak pepasal aje aku jadi pak sanggup pula."

Dasar bodoh. Desis hati Danny bila melihat kebodohan Ice yang mempercayai kata-katanya itu.











Tbc...

Wahai Ice asal kau bengap sangat an? Lol...

Ni masih awal untuk lihat kesengsaraan Ice...

Masih banyak konflik yang aku akan campak ke sini lol 😂

Jangan kecam. *cabut lari*

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now