°Sembilan belas°

81 11 0
                                    

Nobody

"Haera bangun aku dah masak" Jungkook mencuit lengan Haera yang sedang berbaring di atas katil bilik tidurnya dengan perlahan.

Jungkook masuk ke dalam bilik Haera bukan dengan selamba tapi sebab
Haera tak jawab panggilan Jungkook tadi.

Haera masih belum membuka mata membuatkan Jungkook risau. "Haera ?" Jungkook memegang dahi Haera. Panas sangat.

Dia lihat bibir Haera pucat.

"Haera ? Kau demam ni" ucap Jungkook sambil cuba untuk mengejutkan Haera lagi sekali. Haera membuka matanya perlahan.

"Kook , aku tak larat la" ucap Haera perlahan. Jungkook memandang ke arah Haera dengan riak muka risau.

Nak bawa ke hospital sudah malam , emergency mesti ramai. Leceh pula.
Bukan tak pentingkan keselamatan Haera tapi cuba kau bayangkan bawak dia pergi hospital tunggu dekat emergency lama-lama , makin lembik Haera dibuatnya nanti.

Lebih baik dia fikirkan cara supaya dapat kurangkan panas badan Haera.

Mandi.
Ye Jungkook perlu mandikan Haera.

"Meh bangun , aku mandikan kau" ucap Jungkook sambil menolong Haera untuk duduk.

Haera membulatkan matanya . Rasa macam dah sihat pulak. Tapi tak , Haera nak bukak mata pun susah.

"T-tak boleh ke kau tuam je ?" Soal Haera. Suara dia perlahan. Tekak dia terasa perit. Mungkin kerana dia kurang minum air.

Jungkook menggeleng. "Kalau kau panas sikit takpe , ni kau panas macam cerek dekat dapur tu , boleh kena sawan kau tahu tak ? Dah jom" Jungkook mula mengangkat Haera bridal style.

Haera blushing.
"Aa err a-aku boleh mandi sendiri" Haera bersuara ketika Jungkook dudukkan dia dalam tab mandi.

"Betul. Aku tak larat nak bangun je tadi. Kalau mandi aku boleh hehe" tambah Haera lagi. Jungkook menggelengkan kepalanya melihat kerenah Haera. "Pastikan kau basuh kepala kau , kalau tak aku lumat kau"

Amboi kasaqnya.
"Ye ye aku basuh" kata Haera dan mula mencapai kepala paip tapi dia berhenti lalu memandang Jungkook yang masih berdiri di tepi tab mandi.

"Apa ?" Soal Jungkook.

"Aku nak mandi , jadi ?" Soal Haera sambil menyindir.
"Jadi ? --- ou oke oke hehehe" kata Jungkook lalu keluar dari bilik air sambil tersengih macam kera. Terbatal pula rancangan dia.

:') daser biskut miang keladi.

"Nanti dah siap mandi panggil aku , aku bawak kau turun bawah untuk makan" kata Jungkook.

Haera hanya membalas 'hm' setelah mendengar arahan Jungkook kemudian dia sambung mandi.

Jungkook terus keluar dari bilik Haera dan melangkah ke biliknya.

××××××××

Haera

Aku menggigil kesejukan , mungkin kerana badan aku terlampau panas. Demam aku menjadi-jadi.

Bubur panas didepan aku sekadar menjadi renungan mata aku. Aku takde selera.

"Meoggo" arah Jungkook lalu duduk depan aku. Aku menayangkan muka masam. "Takde selera" balasku.

"Makanla sikit , lepastu makan ubat" pujuk Jungkook. Aku memandang ke arah Jungkook , lama. "Omma" air mata aku mula mengalir.

"H-haera ul-uljima" pujuk Jungkook. Dia pindah tempat duduk. Dari berhadapan dengan aku , dia pergi ke sebelah aku.

"Uljima , omma mesti tak suka tengok kau macam ni" kata Jungkook. Dia menarik aku ke dalam pelukan. Aku menangis dekat dada dia. "A-aku tak kuat macam ni. Aku nak omma. Aku takde siapa dah dekat sini"

Tangan dia lembut mengusap belakang kepala aku. Kepala aku bertambah sakit bila aku menangis lebih kuat.

"Dah dah , aku kan ade dekat sini , aku boleh jaga kau Haera" balas Jungkook. Aku terdiam.

Aku leraikan pelukan. Air mata aku lap dengan lengan baju. "Gomawo Jungkook" kataku pada Jungkook. Jungkook membalas dengan senyuman kemudian kepala aku dibelai.

"Dah , makan" arah Jungkook. Aku mengangguk perlahan dan sudu aku capai. Baru nak mulakan suapan , Jungkook bersuara.

"Haera , jom kahwin ?"

TBC

Aku da siap chapter ni tapi aku lupa nak publish do Agagagagaga

[C]Unsee • JJK •Where stories live. Discover now