Bab 8

18K 509 21
                                    

BLAUS pussy bow berwarna ungu ditarik keluar dari dalam almari pakaiannya. Ditarik pula blaus Dolly Saloma berwarna biru muda. Jari telunjuknya mengetuk dagu. Lagaknya seakan-akan sedang berfikir sesuatu.

Syakilla melepaskan keluhan berat. Tak tahulah nak pakai blaus yang mana satu untuk hari pertama dia bekerja ni. Kalau boleh, dia nak pakaiannya tu menyerlah. Barulah Hazril Irfan tergoda.

Blaus pussy bow dipadankan ke tubuhnya. Bibirnya mencebik dengan kepala yang tergeleng-geleng. Dipadankan pula blaus Dolly Saloma ke tubuhnya. Sekali lagi dia menggeleng. Dua-dua tak kena.

"Kalau aku pakai blaus pussy bow ni sesuai dipadankan dengan seluar palazzo warna hitam," ujar Syakilla kepada diri sendiri. Pilihan terakhirnya adalah blaus pussy bow.

Blaus Dolly Saloma disimpan kembali ke dalam almari. Dikenakan blaus yang dipilih ke tubuhnya dan dipadankan dengan seluar palazzo berwarna hitam. Syakilla tersenyum-senyum sendiri. Nampaklah elegannya dia pagi ni.

Gincu berwarna merah dioleskan ke bibirnya. Rambut disisir rapi. Rambut bahagian tepi disepit dengan kemas.

Belum sempat tangannya mencapai beg selempangnya, notifikasi WhatsApp masuk ke dalam telefonnya. Sepantas kilat dibaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Reza.

"Haih, sorry. I terbuat you tertunggu-tunggu pulak," getus Syakilla. Pesanan daripada Reza dibiarkan. Lekas dicapai beg selempangnya.

Pintu rumah ditutup dan dikunci. Laju langkah Syakilla merapati kereta Gen2 kepunyaan Reza. Pintu ditarik.

"Sorry, I terlewat," ujar Syakilla sebaik saja memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Beg selempangnya diribakan.

"Tak apalah, ada lagi satu jam. You dah breakfast belum ni?" Lembut Reza menyoal. Brek tangannya diturunkan. Keretanya bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan Mariam.

"Belum," jawab Syakilla, senada.

"Good! Kalau macam tu kita pergi sarapan dulu barulah gerak ke pejabat," putus Reza. Keretanya membelok ke kanan.

Menggeleng tidak, mengangguk juga tidak. Syakilla ikut sahaja ke mana Reza ingin membawanya pergi. Lagipun, dia memang tak isi perut lagi.

Kalau Mariam ada di rumah, memanglah dia sarapan tapi, kalau Mariam kerja, dia tak sarapan. Ah, malaslah nak ke dapur buat sarapan. Membazir tenaga saja!

"You nampak cantik sangat pagi ni, Kella. I tergoda," puji Reza. Dikerling sekilas Syakilla di sebelahnya.

Syakilla tersenyum-senyum menerima pujian itu. Kalau Reza tergoda tengok penampilannya, Hazril Irfan apatah lagi, kan?

"Thank you untuk pujian tu," ucap Syakilla bersahaja.

"Most welcome," balas Reza. Had kelajuannya ditambah.

LANGKAH Hazril Irfan untuk ke pintu lif terpaku sebaik saja sepasang matanya dihidangkan dengan satu sosok tubuh seorang gadis yang amat dikenali.

Walaupun dipandang gadis itu melalui pandangan tepi tapi, dia masih dapat menangkap siapakah gerangan gadis tersebut.

Syakilla, apa dia buat di sini? Hati Hazril Irfan mula tertanya-tanya sendiri. Ringan saja mulutnya mengajukan soalan kepada Syakilla.

"Kau buat apa di sini?" soal Hazril Irfan, dingin. Matanya skan segenap wajah jelita Syakilla.

Syakilla menoleh ke kiri. Satu senyuman dihantar kepada Hazril Irfan. Sekali lagi jari telunjuknya menekan butang lif. Lambat betul pintu lif ni nak terbuka. Tingkat enam aje pun!

"Reza tak beritahu kau ke yang aku dah kerja di sini sebagai tea lady?" soal Syakilla bersahaja. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada.

Bullshit! Api kemarahan Hazril Irfan meledak naik. Macam manalah dia boleh tak ambil tahu tentang tu. Reza pun satu hal juga. Kenapa tak beritahu dia yang Syakilla dah jadi tea lady di pejabatnya?

"Kau bergurau ke apa ni?" soal Hazril Irfan kembali. Seboleh-bolehnya dia tak nak mempercayai kata-kata Syakilla. Boleh jadi gadis itu sengaja nak memprovoknya.

"Tak ada masa lah aku nak bergurau dengan kau. Kenapa muka pucat? Takut Mariam cemburu ke?"

Hazril Irfan mendengus kasar. Langkah terus diorak ingin beredar dari situ tapi, Syakilla terlebih dahulu mencengkam lengannya.

"Good morning, bos!" Syakilla tersenyum lagi. Lengan Hazril Irfan dilepaskan. Tubuh diboloskan ke dalam perut lif sebaik saja pintu lif terbuka.

Terketap-ketap gigi Hazril Irfan menahan bengang. Lengannya yang dicengkam oleh Syakilla tadi dikerling sekilas. Najis mughallazah! Balik nanti kena sertu.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now