Ice keluar dari perut kereta, langkah digorak menuju ke pintu utama rumah. Namun, langkahnya terhenti bila anak matanya jatuh pada kolam renang yang berada di bahagian tepi rumah.
Sekelibat bayangan melintasi ruangan matanya. Bayangan di mana dia menarik Gempa ke dalam kolam sekadar mahu mengenakan lelaki itu, tetapi di situlah dia tahu yang Gempa tidak pandai berenang dan juga bayangan di mana dia mendorong Gempa ke dalam kerana dirinya dikawal oleh emosi marah. Dia hampir membunuh isterinya sendiri.
Tanpa dia sedar sudut matanya berair. Cepat-cepat dia kesat, bila bahunya di tepuk dari arah belakang. Dia berpaling.
"Ice.."
Ice terkaku, bila pandangan matanya di sapa oleh seraut wajah yang dia rindu sejak dua menjak ini. Bibirnya bergerak.
"Gempa.."
"Ice."
Mata Ice berlinangan, dia mencuba untuk menyentuh pipi lelaki itu sebelum dia dikejutkan oleh sesuatu.
Pang!
Tergamam Ice dibuatnya bila pipinya di tampar dengan begitu kuat. Samar-samar perlihatannya berubah, dari wajah Gempa kepada wajah Elies. Terkelip matanya. Kaget.
"Elies? Mana Gempa?"
Elies mengerang marah.
"Gempa! Gempa! Gempa! Tak ada nama orang lain ke yang you nak sebut! Asal nama mamat sundal tu juga yang you nak sebut!! I ni isteri you bukan dia!"
Ice merenung datar wajah Elies.
"Tapi mamat sundal tu still isteri aku, kau hanya nombor dua tapi dia tetap nombor satu. Berkaca lah."
Seusai itu, dia terus menonong masuk ke dalam rumah meninggalkan Elies yang sudah memerhatikan dia dengan wajah marah.
"Mamat tu! Aku pastikan yang bisu tu akan mati!"
Elies mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail.
"Hello dear, miss me?"
"Miss you too, but I ada misi untuk you."
"Apa dia?"
Senyuman lebar terukir di bibir wanita itu.
"I nak you pi cari si bisu tu sampai dapat sebelum Ice jumpa dia dulu. Boleh my Danny sayang?"
"Sure dear. But, macam mana keadaan anak kita?"
Senyuman Elies luntur. Dia mengerang marah bila mendengar soalan dari bekas tunangnya.
"Ni anak I dengan Ice, not you! Tch! Dahlah bye!"
Panggilan telefon segera dia putuskan. Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket skirtnya.
Perutnya yang sudah membuncit walaupun tidak ketara buncitnya, dia sentuh perlahan. Kepalanya digeleng laju.
"Ni anak aku dengan Ice bukan dia. Ya anak Ice."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...