Lelaki Itu

18 0 0
                                    

"Iman betul tak nak kerja kat syarikat papa?" Sekali lagi papa menyoalku, meminta kepastian.

Aku angguk yakin.

"Hek eleh budak ni. Kerek sunggoh. Kerja je la kat syarikat papa tu. Apa je yang kau buat duduk rumah setiap hari? Makan? Hmm jadi dugong la gamaknya." Ilham menyampuk. Siap perli aku lagi tu.

Aku baling bantal kecil dengan kuat ke arahnya. Hambek kau! Sebijik kena tepat kat muka.

"Tak pun. Iman kerja kat syarikat Ham." Papa memberi saranan.

"Eh eh. Apa pula. Tak nak tak nak. Kang lain jadinya." Ilham menolak keras. Ceh. Kenapa cik habang oi? Takut kalau-kalau aku ter-jumpa kekasih kau tu ke?

"That was a good suggestion, pa. Okay! Iman kerja kat syarikat Ham. Besok juga Iman mula." Aku pandang selamba wajah Ilham yang kini memberiku pandangan mautnya. Kau fikir aku takut? Bluewk.

"Shane. Kau kata nak mula dari bawah. Kata tak nak kerja ikut cable. Apa ni? Mana pendirian kau?" Ilham dah menyoalku penuh emosi. Aku tahan gelak. Wajah aku seriuskan sebaik mungkin.

"Laaa apa salahnya. Dia kan adik kamu. Lagipun, semua tu memang bisnes keluarga kita. Kalau bukan kat korang semua, anak-anak papa dan mama, siapa lagi yang nak handle perniagaan keluarga kita? Acik kat tepi jalan tu?" Mama dah keluarkan bebelan panjang berjela. Acik siapa yang dia maksudkan pun aku tak tahu.

"Haa betul tu mama. Bro." Aku pandang wajah Ilham. "People's change bruh. Aku nak kerja dengan kau. Lagipun, kita dua kan memang rapat. Takde salahnya aku kerja kat tempat kau. Jadi PA kau ke. Lagipun, aku memang ada pengalaman dalam bidang tu." Yup. Aku suka kerja dalam pelbagai bidang. Nak mencari mana yang paling serasi la kononnya. Lagipun, best kot banyak pengalaman. Hue hue. Tak sia-sia juga aku kerja part time Secretary tu dulu.

"Kau kerja la syarikat papa." Ujar Ilham laju. Aku tersengih-sengih memandang wajah bengangnya.

"Masalahnya, aku nak kerja dengan kau. Belajar sikit-sikit dulu, then bila aku dah champion.. Aku pindah la kat syarikat papa." Niat di hati tadi ingin mengusik sahaja. Namun, entah kenapa. Hati aku terdetik untuk betul-betul melaksanakan ayatku tadi.

Lagipun, bosan kot duduk kat rumah tak buat apa. Daripada aku penat-penat cari kerja kat tempat lain, why not aku kerja je kat tempat Ilham. Hue hue hue.

Manatahu ada rezeki aku nak tengok wajah bakal kakak ipar. Hu hu hu. Tak sangka. Ada juga yang nak dengan abang aku yang sorang ni. Well, he's handsome kot. Kaya pula tu. Fyi, syarikat Ilham tu dia yang bangunkan sendiri.

Pertama-tama tu, adalah minta modal sikit daripada papa. Tapi, usaha hebat seketul Ilham tu yang berjaya buatkan syarikat dia antara 10 syarikat termegah di Malaysia.

"Bagus juga tu. Papa setuju." Papa memberi lampu hijau. Aku pandang mama pula.

"Great idea, Iman. Lagipun, bukan sekarang ni Ham pun tengah cari PA baru ke?"

"Eh ma. Tempat tu dah ada yang isi. Dah jumpa dah." Laju Ilham menjawab soalan mama. Aku sengih sinis memandang kekalutannya. Well well well. Kenapa aku rasa ada something yang tak kena? Hmmm.

"Takpe. Nanti Iman tengok-tengok la mana yang kosong. Whatever the position is, Iman nak juga kerja kat syarikat Ilham. Titik!" Aku menoktahkan ayat. Ilham dah bungkam. Dia memandangku lama. Pandangan amaran.

Tch! Aku tak takut kat kau la Ham. Kau yang patut takut dengan aku sekarang ni. Rahsia besar kau kat tangan aku.

"No. Don't you-" Kata-kata Ilham terhenti disaat matanya menangkap gerak bibirku yang berkata 'Awek kau' seraya mata memandang sekilas ke arah mama.

UnexpectedlyWhere stories live. Discover now