Lepas aku ceritakan semua kat Taehyung, dia terus call yeoja Jihye tu balik. Taehyung call berkali-kali sampai la yeoja tu angkat.
Dia buka pembesar suara agar aku juga boleh dengar. Taehyung sound yeoja tu sampai la dia mengaku. Last-last Taehyung block yeoja tu.
Malam ni Taehyung nampak sangat lain. Jelas dari raup wajah dia yang dia tengah marah.
Dia betul-betul marah sampai muka dia merah. Aku pun takut tengok dia macam ni.
"Oppa~ dah jom tidur." Kata aku lalu mendekatkatkan kepala ke bahu Taehyung.
"Sayang tidur la dulu." Kata Taehyung lalu dia usap kepala aku lembut.
"Oppa jangan la marah, dia dah mengaku salah. Dia dah tak kacau kita dah. Jom tidur, oppa jangan la macam ni. Sayang risau la." Kata aku sambil peluk badan Taehyung.
"Oppa tak boleh la, dia cuba hancurkan rumah tangga kita tau. Oppa marah sangat sampai tak ada rasa mengantuk langsung." Balas Taehyung lalu dia baringkan tubuh aku dan selimut.
"Tidur sekali, sayang dodoikan." Aku tarik tangan Taehyung supaya baring dan aku mengiring memandangnya.
Aku mula berselawat perlahan sambil tepuk punggung dia.
♥♥♥
"Sayang~ bangun. Taehyung oppa bangun sahur." Aku kejut Taehyung dari terus tertidur. Makanan dah siap cuma tunggu masuk mulut saja.
"Sayang~" Taehyung bangun dan terus peluk aku. Aku membalas pelukan dia. Aku tau dia masih terganggu dengan kisah semalam.
"Jom sahur." Ajak aku perlahan.
"Gomawo sayang." Kata Taehyung sambil cium pipi kanan aku.
"Wae?" Soal aku hairan.
"Sebab tak marah tapi soal oppa dulu pasal semalam. Terima kasih sebab sudi percayakan oppa." Kata Taehyung lalu dia kembali memeluk tubuh aku.
"Sayang akan sentiasa percaya dan cintakan Kim Taehyung sorang saja sampai bila-bila." Balas aku.
"Oppa minta maaf tau." Kata Taehyung lagi.
"Wae? Kenapa minta maaf?" Soal aku.
"Sebab oppa, sayang dah menangis dua kali kemarin. Satu sebab oppa rosakkan patung sayang, satu lagi sebab tu." Kata Taehyung.
"Tak pa sayang okay jangan risau. Sekarang jom pergi sahur." Kata aku.
"Nanti oppa kasi semua barangan BTS yang oppa ada kat sayang." Kata Taehyung pula.
"Really? Bagusla tu sebab sayang rasa nak buka cafe dekat UK. Nanti nak design cafe tu ala kpop dan nak letak semua barang kpop kat situ." Kata aku.
"Sayang pun dah lama dah nak bagi tahu oppa, sayang nak kita stay dekat UK. Sayang harap oppa setuju. Barulah adil kalau untuk kita dua. Dua-dua jauh dari family." Aku gelak perlahan lepas cakap dekat Taehyung.
"Habis tu rumah kita yang dekat sini, dekat korea nak buat apa? Tu belum lagi rumah peranginan and appartment yang sayang beli dekat dengan syarikat kita dekat setiap benua. Uish kenapa banyak sangat rumah kita?" Kata Taehyung.
"Kita sewakan dekat orang la." Balas aku ringkas.
"Lepastu kalau kita pergi sana nak tinggal kat mana? Hotel?" Soal Taehyung.
"Kan ada bilik rehat kat office kita. Duk situ dah la." Aku gelak perlahan.
"Ish sayang ni, nanti la kita fikir lain. Jom sahur."
♥♥♥
"Mak buat ketupat ka?" Soal Taehyung dekat mak.
"Tengah balut daun dia dulu, nanti baru senang nak buat." Balas mak.
"Tahun ni buat lemang kan?" Soal Taehyung lagi.
"Mestila ada, menantu mak kan suka. Along dah carikan buluh. Nanti malam raya kita bakar." Kata mak.
"Terima kasih mak." Kata Taehyung sambil peluk bahu mak. Bukan main diorang.
"Sama-sama." Mak senyum.
"Angah tolong bancuhkan tepung, lepastu bancuh gula merah dekat bekas lain pula. Mak nak buat dodol satgi. Siap ja daun palas ni mak nak buat terus." Arah mak.
"Barang-barang kat mana?" Soal aku.
"Ada dekat pondok semua, angah bawak bekas ni ja." Kata mak.
Aku ambil semua bekas-bekas yang besar gedabak ke luar. Taehyung pun tolong.
Aku mula gunting plastik tepung dan masukkan dalam bekas. Lepastu aku masukkan air. Then gaul bagi tepung larut dalam air.
"Nak buat juga." Kata Taehyung.
"Oppa masukkan ni, gula merah dalam bekas ni lepastu masuk air then gaul." Arah aku. Taehyung hanya mengikuti.
Abah dan along tengah tolak mesin pengacau dodol dari stor belakang sampai ke sini. Diorang baru habis basuh kawah dia kot sebab masih basah.
"Achik, buka api cepat." Kata abah apabila achik dah pasang gas dekat dapur mesin pengacau tu. Elektrik pun dah pasang bagi mesin tu berfungsi.
Mak datang dengan bawa satu bekas besar yang ada santan. Lepas tu mak masukkan santan ke dalam kawah.
"Tak sabar nak makan dodol." Kata Taehyung pada aku.
"Lama dah tak makan. Kejap lagi oppa makan la puas-puas." Balas aku.
Kami satu family duduk kat luar sambil tengok dodol masak. Sambil tu kami sambung balut daun palas bagi banyak. So, ketupat pun banyak la nanti.
Along dan adik pun dah cuci buluh untuk buat lemang. Aku tak sabar nak raya!
Tbc
Hye dah beli baju raya ka? Warna apa? Tak nak share ka?
YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad