" Bagaimana aku ingin memberikan cinta sedangkan aku ini seperti syaitan yang bertopengkan manusia? "
↭
"Seminggu?! Lamanya!" Aku memegang tangannya erat. Mulut juga muncung ke hadapan setelah mendengar sesuatu yang tidak aku gemari. Suami dingin itu tersenyum.
"I'm sorry sayang. Ada sesuatu yang aku kena selesaikan di sana." Park Jimin meletakkan tangannya yang satu lagi di atas kepalaku.
"Kenapa Yunhee tak boleh ikut?" Aku merengek lagi. Sudah tentu aku sudah terbiasa ditinggalkan oleh suami dingin itu. Tapi tidak pernah selama ini. Ataupun aku akan balik ke rumah ibu dan ayah.
Namun ibu dan Yuna telah tiada. Dan ayah dipindahkan ke Rusia. Hal itu makin menguatkan keinginan aku untuk ke Rusia bersama Jimin.
"Tapi— tapi—" Bicaraku mati. Tidak tahu alasan apa lagi yang perlu aku buat untuk memujuk suami dingin itu. Dia menarik aku lebih rapat ke tubuhnya.
"Tapi Yunhee akan keseorangan." Perlahan aku berkata. Hampir tidak kedengaran. Kehilangan ibu benar - benar membuatkan aku hampir tiada siapa - siapa lagi. Aku hanya ada Park Jimin.
Dia diam sebelum menarik aku ke dalam pelukannya. Rambutku turut diusap lembut. Satu kucupan diberikan di bahagian ubun kepala.
"Jangan risau. Jungkook akan tinggal di sini bersama kau. He will protect you." Bisiknya dengan tangan kini beralih arah ke bahagian belakang tubuhku. Bagaikan ingin menghilangkan sedikit kesedihan yang bertapa.
"Tapi—" Satu ciuman pantas diberikan ke bibir, sekali gus memotong bicara yang ingin disampaikan.
"Kau tinggal di sini dan belajar sungguh - sungguh. Boleh buat perkara tu untuk aku?" Jimin menjauhkan jarak lalu menatap sedalamnya iris mataku. Tidak semena - mena pipiku mula kemerah - merahan. Melihatkan itu, pipiku dielus menggunakan ibu jarinya sebelum bibirnya mencium pipiku.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...