Hello, nama aku Fika. Pelajar jurusan senibina di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Umur aku baru 22 tahun dan sedang berada di tahun kedua pengajian.
Sebaik sahaja aku lulus pengajian di peringkat diploma, aku terus melanjutkan pengajianku sedangkan ramai kawan-kawanku mengambil keputusan untuk terus bekerja. Katanya malas nak kumpul hutang semata-mata untuk sambung pengajian mereka; cukuplah hutang pinjaman yang entah bila dapat selesai bayarannya yang dipinjam ketika zaman diploma dulu.
Aku pun sebenarnya nak je terus kerja selepas tamat diploma, atas alasan yang sama macam kawan-kawan aku yang lain. Namun, nasib tak menyebelahi aku. Kerja sekarang ni bukan senang nak dapat. Ada lah dalam 2 bulan lebih aku tanam anggur kat rumah sementara tunggu panggilan ke universiti.
Haa, bercakap tentang universiti, mak aku yang beriya suruh aku sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Katanya biar nanti dapat kerja yang lebih baik; gaji tinggi. Kalau laa kerja boleh dapat dengan hanya satu petikan jari je. Jangan nanti lepas tamat 4 tahun ni, aku kena ambil master pulak sudah lah. Naya otak aku ni nanti. Nak habiskan tahun kedua ni pun hampir nak gila aku dibuatnya dengan tugasan-tugasan yang memang boleh buat otak aku pecah berderai. Bukan main-main susah dia weh.
Aku ni, biasa-biasa je orangnya. Aku kalau boleh nak je kawan dengan semua orang, terutamanya rakan sekelas aku. Tapi disebabkan aku ni jenis yang tak banyak cakap, alhasilnya aku kawan gitu-gitu jelah dengan diorang. Tapi tak semestinya aku ni lone ranger tau. Aku ada jugak geng aku sendiri. Hehe.
Tapi, pernah sekali aku keluar dari zon selesa aku. Tadi aku ada cakap kan yang aku ni jenis yang tak banyak cakap; so, aku lebih kepada orang yang perlu ditegur terlebih dahulu berbanding aku yang tegur orang lain dulu. Meh, aku cerita sikit kisahnya.
Kejadian ni berlaku ketika aku berada pada semester dua pengajianku peringkat diploma dulu. Time tu masih lagi minggu orientasi untuk pelajar baharu; dan aku punya kelab terlibat sekali dengan orientasi tu. Ada satu masa tu, kelab aku kena kendalikan satu aktiviti bersama dengan pelajar-pelajar baru; sekaligus aku pun terlibat sekali dengan aktiviti tersebut. Time ni lah aku jumpa dengan dia. Sosok yang berjaya buat aku keluar dari zon selesa aku.
Aku tak tahulah ilmu apa yang dia guna sampai aku jadi nak tegur dia dulu. Mungkin sebab tanpa sedar aku dah tertarik kepadanya. Siapa je tak tertarik dekat orang secantik dia. Aku yang straight ni pun boleh tersuka dekat dia, apatah lagi jantan-jantan mata keranjang kat luar sana.
"Tingginya dia." Tu apa yang aku ucap kat dia time tu. Sumpah malu gila weh. Macam tak ada benda lain nak cakap.
Tapi dia memang tinggi, dalam 170 cm lebih camtu. Aku ni kemetot je. Kalau nak banding dengan dia, macam gergasi dengan si kerdil. Sangatlah jauh beza ketinggian kami.
Lepastu, ada lah beberapa perkara berlaku antara kami yang membuatkan kami ni semakin rapat dan rapat sampailah kami ni jadi sahabat sampai sekarang. Dan, kami pernah jadi teman sebilik juga dulu ketika zaman diploma. Bangga weh aku, orang cantik macam dia nak sebilik dengan aku. Nak tahu tak, alasan dia apa? Meh aku bagitahu satu, satu jelah, banyak2 tak boleh. Haha.
Alasannya, sebab aku ni tak banyak cakap. Haha. Lawak je alasan dia. Aku tak tahulah nak rasa apa bila dia cakap macam tu. Tapi aku bersyukur, disebabkan sifat aku yang tak banyak bercakap ni banyak memori yang aku dapat cipta dengan dia. Ada laa juga moment2 yang indah untuk aku rindui ketika zaman diploma, takdelah sendu je. Ye dok? 😂
So, lepas kami tamat je diploma, dia tak sambung belajar dah; dia terus kerja. Adalah beberapa sebab yang aku tak boleh cerita dekat sini.
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★