Rumah di mana Hafez sedang diami diperhatikan oleh pemuda berambut merah,tiada tindakan dan muncul seorang gadis di sebelahnya.
"Masih tiada arahan?" soal gadis itu.
"Belum.. Sebab puak itu belum melakukan apa-apa tindakan.." kata pemuda berambut merah.
"Serang sahaja la puak tu.. Habis cerita.." kata gadis itu mula hilang sabar.
"Bertenang Nabeeha.. Awak sendiri tahu Sixth bagaimana?" soal pemuda berambut merah.
"Yeah saya tahu Haziq.. Merancang dengan teliti dan.."
"REMPUH SELEPAS SEMUANYA DAH BOSAN BAGI DIA...." kata gadis bernama Nabeeha dan pemuda berambut merah,Haziq secara serentak.
Haziq dan Nabeeha ketawa kecil,tidak lama lepas itu seorang lagi dipercayai rakan mereka munculkan diri.
"Haazim.. Yo.. How's going?" soal Haziq tersengih.
"Nothing.. But according from Maaiz.. Looks like they on the move.." jelas pemuda digelar Haazim dan Haziq tersengih.
"Hehe.. Looks like we're gonna party tonight.." ujar Haziq melagakan penumbuk dan tapak tangan sambil tersengih teruja.
Gear disarung dengan lengkap,Shusui menghela nafas panjang. Wajahnya jelas dia bakal mengambil tindakan,Juro hanya memerhatikan sahaja.
"Kau pasti nak turun padang sekali?" soal Juro dan Shusui menjeling.
"Untuk persediaan.. Jika memaksa.. Aku sendiri yang bertindak.." ujar Shusui dan Juro hanya mendiamkan diri sahaja.
"Ieyasu.. Shunsen.. Taira.." ujar Shusui sambil memandang ke arah tiga susuk tubuh berdiri di belakang Juro.
Dua orang lelaki dan seorang wanita lengkap berpakaian seperti seorang ninja professional,menundukkan kepala mereka tanda hormat.
"Yes my lord.." ujar mereka serentak.
"Bring her back.. And kill the others.." kata Shusui dan mereka bertiga mengangguk sahaja.
"Juro.. Kau ketuai misi ini.." arah Shusui.
"Ya.." balas Juro mengangguk tanpa bantahan.
Juro menggenggam kuat penumbuknya,dia dilema dan bertanya pada diri sendiri. Apa yang dia patut lakukan,dia terikat dengan kod puak tetapi dalam pada masa yang sama tahu apa yang dilakukan oleh Shusui adalah salah.
Namun dia tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan kata-katanya itu.
Dia adalah seorang pengecut melihat seorang wanita terseksa tanpa dia mampu berikan bantuan.
Juro,Ieyasu,Shunsho dan Taira sedang memerhatikan tempat Sakuya dilindungi.
"Rumah ni? Tempat pelacur tu berlindung?" soal Taira sinis.
"Nampak rapuh.. Sekali serangan pasti hancur.." ujar Ieyasu.
"Tuan Shusui arahkan kita bawa balik perempuan tu.. Jangan sesuka hati lakukan sembarangan.." Shunsho pula mencelah.
"Kaki ampu.." Ieyasu berkata selamba.
"Kaki bodek.." ujar Taira.
"Kau nak cari gaduh ke?" Shunsho mula bengang.
"Cukup tu guys.. Kita ada misi.. Fokus.." ujar Juro dan mereka bertiga terus diam,kerana Juro lebih superior daripada mereka.
Juro memejamkan matanya dan tiada kesan aura milik Hafez,kalau boleh dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki tersebut.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AdventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...