Angela terjaga dari tidur . Mata mengedip cuba menyesuaikan penglihatan . Kepalanya terasa lenguh kerana tertidur di bahu batu makam Nenek .
" Ah , kenapa aku boleh tertidur kat sini . Nek , maafkan Angela sebab tertidur sini sampai hari dah gelap "
Mata sedikit sembab itu digosok perlahan , terasa kakinya kejang kerana duduk melunjur diatas tanah . Rasa pening mula menyengat kuat pada otak .
" Nek , Angel sejuk , Angel balik dulu ya ? teeima kasih sebab dengar luahan angel . Angel pergi dulu "
Tangan berpaut kuat pada batu nisan , bantu tubuhnya berdiri dengan seimbang . Pucuk hidung yang kemerahan kerana sejuk itu digosok seketika .
Kepulan asap mula keluar dari celah mulutnya . Angela menghayun langkah dengan berhati - hati meninggalkan makam . Perut yang terasa senak itu diusap cuba menghilangkan rasa sakit .
________Taehyung berulang alik diruang tamu , perasaan risau menyerang hati lelakinya . Ketiadaan Angeka dirumah buat dia hendak menangis disitu kerana buntu mahu mencari dimana keberadaannya .
" Ya Tuhan sayang , kau kat mana "
Rambutnya dicengkam kuat , Nafas sudah terengah kerana takut . Takut akan sesuatu terjadi dekat Angela . Dia mengandung .
Langkahnya terhenti apabila terdengar pintu terbuka dari luar , Terpacul wajah pucat Angela didepan pintu .
Wajah Angela tampak kelihatan dan matanya juga sembam . Seperti baru sahaja menangis
Taehyung membawa langkah laju kearah Angela . Isterinya didakap erat , rambut yang berjuntai itu diusap lembut .
Angela automatik memejam erat matanya , bauan lembut dari tubuh suaminya membuat Angela terbuai seketika . Dia rindu akan bauan ini , hampir setiap hari dia mencari .
Hampa , Taehyung selalu mengelakkan dirinya lagi .
" Sayang pergi mana ? sekarang baru balik ? abang risau tahu tak ? Sayang tu tengah mengandung ingat sikit jangan jerap keluar rumah . Bagitahu abang , tadi sayang pergi mana ? "
Angela kekal diam , dia malas nak layan . Kata - kata lelaki tengah hari tadi terngiang - ngiang semula di pendengarannya .
Angela mengeluh berat , dia nak berehat . Badannya semua terasa tak bermaya . Dan sekarang dia nak mandi dan masuk tidur terus , tapi sebelum tu dia nak masak .
Walaupun dia terasa dengan layanan Taehyung tapi dia masih waras dan masih ada rasa bertanggungjawab dalam rumahtangga .
Pelukan dileraikan , Badan Taehyung ditolak menjauh . Angela meninggalkan Taehyung tercenggang disitu kerana Angela melayan dirinya acuh tak acuh .
" Saya nak naik atas mandi , sorry makan malam sedikit lewat . Awak tunggu dulu " ujarnya dengan nada lemah .
Panggila abang sudah bertukar. dia betul - betul nekad mahukan penceraian . Ya , dia tekad .
" Angela , ada something yang saya tak tahu ? "
Langkah Angela terhenti , Taehyung dibelakang sudah berubah merah wajahnya . Petang tadi dia terima satu gambar dimana Angela dan seseorang lelaki berjumpa di sebuah tertutup .
Hatinya sakit , adalah itu selalu terjadi dibelakangnya hingga isterinya keluar dengan lelaki lain .
" Lelaki mana yang awak jumpa tadi? sekarang baru balik ? Buat apa je lama - lama ? sampai tak ingat balik rumah , malam macam ni baru balik? awak tu mengandung Angel . Buat cara mengandung bukan pergi kehulur kehilir dengan jantan lain " Suara itu cuba dikawal supaya tidak terlalu meninggi .
Dia tidak mahu menjadi suami yang tak reti dengar penjelasan Isteri baru boleh melompat kepada kesimpulan .
Angela kekal diam , Nafas berat dihela . Dia penat , dia penat hadap semua perkara yang sudah tahu tiada penghujungnya . Baik dia diam sahaja .
Dia nak kahwin senyap - senyap boleh pula ya ? Angela setakat jumpa lelaki yang sanggup gadaikan nyawa beritahu akan perkara yang Taehyung sendiri sembunyikan darinya .
" Sejak bila Angel jumpa lelaki tu ? " Suara Taehyung berubah keras .
Jelas api kemarahannya akan meletus tiba - tiba disebabkan Angela acuh tak acuh melayannya ketika ini . Hatinya sakit dia benci akan perasaan itu .
" Saya naik atas kejap rehat . Penat , nanti saya turun balik masak "
Bibir bawah Taehyung gigit kuat , Kelopak matanya sudah merah . Bila - bila asa air matanya akan jatuh menyembah bumi .
" Abang terpaksa sayang , abang terpaksa "
Esakannya kecilnya mula kedengaran sayup diruang tamu . Dadanya sakit diperlakukan begitu . Angela sudah berubah kerana sikapnya sendiri .
" Abang minta maaf- hiks "
_To Be Continued_
Ada yang masih menunggu hapdate dari saya ? tak ada ? takpelah , dah redho takde siapa yang minat baca citer ni :)Sis Minta maaf kebelakangan ni update selow sikit , tapi jangan risau . Saya akan update selalu seperti biasa lepas yini .
Selamat hari raya my lovely readers 💜
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanficTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...