Mata merahnya melilau ke sekeliling. Nafasnya kencang. Badan pula sudah selamat di hujani peluh. Ada juga yang bergayut di dagu. Mata dikelip beberapa kali sebelum cuba menstabilkan pernafasan.
"Apa lah bangang sangat askar Tempests ni. Dah buat jahat tak nak pulak mintak maaf. Kan dah mati." Sengihnya sebelum kembali memerhati sekeliling.
Dia dan ahli kumpulanya kini elok dikejar oleh askar Tempests sebaik sahaja keluar daripada restoran. Sebab malas mahu memanjangkan masalah, mereka mengambil keputusan untuk lari sahaja kemudian terpisah.
Apabila sudah pasti semuanya selamat, gajet empat segi dikeluarkan. Teknologi penghubung yang masih wujud itu berjaya diselamatkan oleh Heira dan banyak digunakan di Yggdrasil.
Di Angkasia sekarang, hanya mereka yang berpangkat Jeneral atau orang-orang ternama sahaja yang mampu menggunakannya. Rakyat jelata pula tidak dibenarkan atas sebab dia sendiri tidak pasti. Tapi daripada maklumat Ayrez, semuanya kerana 'pemerintah' mahu mengelakkan pencerobohan teknologi atau maklumat walaupun Eryl rasa ianya hanya kemungkinan kecil.
Tapi ini 'dia' bukan? Kemungkinan kecil juga diambil kira olehnya.
Kepala sempat digeleng. Begitu sekali Puak Tempests mengawal dunia sehingga benda kecil sebegini memiliki peraturan. Gila. Dunia ni bebetul dah gila.
"Arez. Kamu dengan yang lain bagaimana?" Soal Eryl apabila talian bersambung.
"Ah, Arez baik sahaja. Tapi terpisah dengan dua lagi."
"Wha.. Dalam banyak-banyak yang terpisah, anjing dengan kucing tu jugak? Haiih.." Keluhnya seraya memicit batang hidung. Pening! Baru lima hari bersama dua anak buahnya itu, dia dah boleh kenal perangai memasing! Keras kepala! Ego melangit!
"Maaf." Pohon anaknya dengan rasa serba salah. Eryl sengih.
"Tak apalah. Kita cari mereka sekarang sebelum ke Kerajaan Vampirina. Tak silap aku kita dah hampir." Ujarnya lalu mata terhala pada kawasan sekeliling.
"Betul lah tu. Arez dah ada di sempadan kerajaan ni."
"Apa?! Bagaimana.."
"Tak tahu. Arez lari aje tadi. Sedar-sedar dah sampai sempadan."
Eryl terdiam. Kata-kata Akira mula bermain dalam fikiranya.
"Awak jangan pelik kalau Arez ada disesebuah tempat tanpa sedar atau pergerakkannya lebih laju dari normal."
"Kenapa?"
"Dia istimewa dan dia langsung tak tahu fasal ni."
Nampaknya 'keistimewaan' Alvarez dah muncul. Daripada apa yang Akira cerita, kuasa Alvarez masih lagi 'unknown' kecuali kuasa api kegelapan yang diwarisi darinya. Hanya Shiro sahaja yang tahu. Itupun tidak penah dikongsi. Alasannya, akan diketahui nanti.
"Ayahanda?"
"Huh? Ah. Ya. Kau tunggu aje dekat sana. Send lokasi. Nanti aku dan dua ekor tu datang."
"Baik." Talian terputus.
Eryl gelak kecil.
"Apalah orang tua tu punya fikiran. Ada sahaja rahsianya walaupun dah tak ada. Suka tengok aku tercari-cari ya?" Soalnya pada diri sendiri. Sengihan masih bergayut di bibir.
BOMMMM!!!
Kini mata Eryl terhala pada letupan kuat yang berada tidak jauh daripadanya. Sengihanya melebar apabila naga seakan tengkorak berapi terbang sambil menghembuskan nafasanya. Satu figura juga elok berada di atas badanya dan langsung tidak terjejas dengan api pada badan naga tersebut.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...