"TERIMA kasih Reza. Sorry I tak dapat temankan you sarapan pagi ni. I puasa." Syakilla terus melangkah keluar dari perut kereta Gen2 milik Reza.
Bukannya dia tak nak sarapan tapi, dia masih sakit hati dengan Mariam tentang semalam. Disebabkan rasa sakit hati itulah dia tak ada mood sampai sekarang.
"It's okay. I faham. Nanti I breakfast dengan Mateen aje," balas Reza. Orang puasa, takkanlah nak dipaksa pula? Tak pasal-pasal batal pula puasa Syakilla nanti.
"Kenapa tak breakfast dengan Hazril?" soal Syakilla, mahukan kepastian.
Sebenarnya dia perasan. Hubungan Reza dan Hazril Irfan agak renggang. Bertembung di pejabat pun mereka tak bertegur sapa. Lagaknya dah macam strangers. Pelik juga dia. Reza dan Hazril Irfan ada bergaduh?
Reza tidak membalas soalan Syakilla. Tak perlu rasanya diberitahu apa yang berlaku di dalam perhubungannya dengan Hazril Irfan. Tak perlu dihujahkan tentang apa yang Hazril Irfan katakan kepadanya semasa di kafe tempoh hari. Biarlah dia simpan sendiri.
Lelaki kalau dah sayang, mana boleh dengar lelaki lain hina perempuan yang dia sayang. Macam itulah yang Reza rasakan bila Hazril Irfan menggelarkan Syakilla sebagai ayam kampung dan menuduh Syakilla ingin mengambil kesempatan ke atasnya. Sungguh tak masuk akal!
"You naiklah dulu, Kella. I nak gerak dah ni." Reza terus memakai cermin mata hitamnya.
Syakilla mengangguk. Digawang-gawangkan tangannya sebelum berlalu ke lobi utama. Langkahnya ditahan oleh Pak Naim, selaku jagah di situ.
"Awai hang sampai?" tegur Pak Naim. Jam tangannya dikerling sekilas. Baru pukul lapan pagi. Pekerja-pekerja lain pun belum nampak lagi batang hidungnya.
"Saja nak datang awal. Tak boleh?" Sebelah kening Syakilla terjongket tinggi.
"Ikut hanglah. Aku cuma tanya," balas Pak Naim dan terus beredar dari lobi utama.
Syakilla mengatur langkah ke lif. Butang open ditekan. Tidak lama kemudian pintu ternganga luas. Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam perut lif.
Setibanya di tingkat enam, Syakilla bergerak ke pantri tapi, langkahnya terpaku sebaik saja melintasi bilik kerja Hazril Irfan. Dia mendengar sesuatu seperti bunyi fail jatuh.
Syakilla mengundurkan langkahnya. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Dia terkejut melihat Hazril Irfan yang sedang terbongkok-bongkok mencapai fail yang berada di atas lantai.
"Eh, awalnya dia sampai?" Memicing mata Syakilla memandang jejaka pujaannya. Fikirnya, dia seorang saja yang sampai awal ke pejabat.
Hazril Irfan terus menegakkan badannya apabila terperasan yang pintu biliknya sedikit renggang. Tajam matanya memandang sepasang mata yang masih mengintipnya.
"Apahal kau mengintip aku, huh?!" Herdik Hazril Irfan. Daripada mata pun dah dapat agak siapakah gerangan gadis yang sedang mencuri-curi pandangnya.
Syakilla terkejut. Pintu ditolak lebih luas lagi. Tubuhnya disandarkan ke bingkai pintu. Alang-alang dah tertangkap, biar tertangkap terus!
"Kenapa kalau aku mengintip kau? Tak boleh atau malu? Bukan kau tak pakai baju pun, kan?" Sarkastik.
"Watch your mouth! Aku majikan kau. Kalau dekat luar kau nak beraku-kau dengan aku tak apa tapi bukan dekat sini!" Marah Hazril Irfan. Syakilla tak tahu menghormatinya sebagai majikan.
"I don't think so... Setahu aku kau belum ada apa-apa kuasa lagi dalam syarikat ni. Buat apa aku nak dengar cakap kau?" Syakilla berpeluk tubuh.
"Sebab aku anak bos!" Laju Hazril Irfan memintas. Fail dihempas kasar.
Syakilla memandang sekeliling. Nampak gayanya masih belum ada yang datang selain mereka berdua. Mood hendak mengusik Hazril Irfan tiba-tiba muncul. Selangkah demi selangkah dia menapak mendekati Hazril Irfan.
"Kau nak apa, ayam kampung?!" jerkah Hazril Irfan. Bengang kerana Syakilla tidak mahu mendengar kata.
"Ayam kampung lagi?" Syakilla sakit hati tapi dia tetap tersenyum.
Belum sempat Hazril Irfan berdiri, Syakilla terlebih dahulu menghempas punggung di ribanya. Kedua-dua belah tangan dipaut ke lehernya.
Hazril Irfan tidak senang duduk. Rasanya sungguh berdosa kerana membenarkan Syakilla menyentuhnya sesuka hati. Macam dia tengah berlaku curang dengan Mariam pula sekarang ni. Berkali-kali tubuh Syakilla ditolak tapi semakin kuat pula tangan Syakilla mengepit lehernya dengan pelipat siku.
"Ayam kampung? For your information, ayam kampung macam aku ni pandai menggoda tau." Syakilla berbisik di tepi telinga Hazril Irfan.
Dia dah tak kisah sekiranya Hazril Irfan memanggilnya pelacur. Dia tak kisah sekiranya Mariam tahu perangainya yang sebenarnya. Misinya cuma satu. Miliki Hazril Irfan sepenuhnya!
"Kau memang murah ke apa?" Tajam mata Hazril Irfan merenung ke dalam mata gadis itu.
"Yes! Aku memang murah. Aku murah dengan kau sorang aje." Syakilla membalas lembut.
"Kau buat lawak apa, ayam kampung? Dengan aku je? Habis tu, dengan Reza kau berlagak mahal ke?" Hazril Irfan tergelak sinis.
"Ya..." Syakilla mengangguk.
Sekali lagi Hazril Irfan cuba menolak tapi tak berjaya. Tipulah kalau dia tak tergoda dengan Syakilla. Sebenci-bencinya dia kepada Syakilla pun, nafsunya tak kenal orang. Dia lelaki normal yang mempunyai nafsu terhadap wanita.
"Kenapa kau pilih Mariam? Kenapa kau tak pilih aku?" soal Syakilla. Redup pandangannya dihantar ke dalam mata Hazril Irfan.
"Sebab dia layak untuk aku," balas Hazril Irfan bersahaja.
"Dah tu, aku tak layak untuk kau?" soal Syakilla, tak puas hati. Apa yang Mariam ada, dia pun ada!
Hazril Irfan mencebik. Sebelah keningnya terangkat tinggi.
"Aku ni kalau nak cari isteri, aku akan cari yang sempurna akhlak dan auratnya. Bukan macam kau. Perempuan macam kau ni buat stok geli-geli bolehlah tapi, buat isteri? Memang tak ada maknalah," balas Hazril Irfan. Tubuh Syakilla ditolak semakin kuat.
Sakit hati Syakilla. Tajam matanya memandang ke dalam mata Hazril Irfan. Murah sangatkah dia sehingga harga dirinya dipermainkan oleh Hazril Irfan?
Ya, kau memang murah, Kella. Kau tak sepatutnya buat macam ni!
"Kau akan menyesal!" Syakilla terus memulas tombol pintu. Ditinggalkan Hazril Irfan seorang diri di situ.
Hazril Irfan tergelak. Geli hatinya mendengar ayat Syakilla tadi. Dia akan menyesal? Rasanya dia lagilah akan menyesal sebab benarkan Syakilla memperlakukan tubuhnya sesuka hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
KERANAKU CINTA KAU [TERBIT]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...