AIDEN mengukir senyuman nipis ke arah tunangnya. Wajah gadis itu hanya cemberut sedari tadi, macam tidak rela pula Adeena menjaga dirinya yang terlantar sakit di tilam hospital sekarang.
"Nah, minum air ni." Air kosong yang diisi di dalam segelas kaca di sua ke arah Aiden. Lelaki itu tenang duduk menyandarkan tubuh di kepala katil pesakit.
"I can't even hold that glass my love."
Adeena menggulingkan matanya ke atas. Meluat lah dia dengan perangai Aiden ni. Makin hari makin menjadi-jadi pula kejadian manja lelaki berketurunan kerabat itu.
Rimas!
"Menyusahkan orang." Tutur Adeena perlahan.
Gelas yang berisi air kosong itu tadi di sua kasar ke bibir milik Aiden.
"Minumlah Tengku. Jangan nak bazirkan masa saya yang berharga ni. Lepasni saya ada kelas."
Aiden hanya tersenyum nipis. Gelas yang sudah berada di tepi bibir disisip airnya sedikit. Dia tidak mahu minum pun sebenarnya. Saja mahu menyusahkan Adeena, tunangnya itu.
Comel pula pipi tembam dengan bibir gadis itu yang memuncung sedari tadi. Tidak berpuas hati dengannya la tu.
Dia pun satu. Sudah tahu diri sendiri tidak boleh terkena tempias air hujan degil lagi mahu menjadi tunggul di hadapan rumah keluarga milik Sophea. Kononnya Adeena akan kasihankan dia dan bukakan pintu lalu memeluk erat tubuh sasanya tika itu.
2 jam dia menjadi tugu negara di situ akibat menunggu Adeena. Sedangkan gadis itu pula sedang lena diulit mimpi di temankan dengan hawa dingin suasana pagi hari.
Niat mahu menjadi romeow untuk juliet tapi diri sendiri pula menjadi 'someone' yang terbaring di katil rumah sakit.
Tapi berbaloi lah juga sebab sekarang Adeena menjaganya walaupun tidak ikhlas. Lihatlah wajah gadis itu terbias sangat ke tidak puasan hatinya.
"Mengada."
Adeena melepaskan keluhan ringan. Terbit juga rasa kasihan dia terhadap Aiden. Sayang pula mahu meninggalkan lelaki itu seorang diri di sini.
"I nak pergi kelas. If you nak makan, ada atas meja tu. I masakkan bubur."
Ujar Adeena sambil mengemas alatan yang mahu di bawa ke campus.
Bag laptop di sandang menggunakan sebelah bahu kiri. Tote bagnya yang tercetak nama Aiden hanya dipegang.
"You still have that bag."
Dahi Adeena berkerut halus. Anak mata Aiden jatuh merenung bag di tangannya. Dia turut memandang di situ.
"Well, I'm good at appreciating things. My man."
Aiden terdiam di tempatnya. Dia tahu Adeena sedang menyindir diri dia sekarang.
"Sayang."
Jaring runcing milik Adeena yang baru sahaja mahu menyentuh tombol pintu terhenti. Ingat jantung dia kuat ke bila Aiden memanggilnya dengan nama panggilan terlebih gula sebegitu.
