Alvarez ke hulu dan ke hilir apabila kelibat ayah serta sahabatnya tidak kelihatan. Dia juga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Risau jika ada askar yang menjaga sempadan pada waktu sebegini.
"Mana ayahanda ni..?"
Alvarez menatap mentari yang semakin mehilang. Dia tekad. Jika ketiga-tiga mereka tidak muncul, saat bulan menyinar, dia akan cari mereka!
Brr..
"Siapa?!"
Alvarez memegang erat hulu pedangnya. Iris hijau yang terselit biru itu berubah tajam.
"Hey, tidak perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga jika ianya ayah kau." Tegur satu suara, sekaligus membuatkan mata Alvarez membulat.
"Ayahanda!"
Eryl muncul bersama sengihan sebelum di ikuti oleh Seth dan Alice. Membulat mata Alvarez saat menyedari keadaan Seth dan Alice yang tercedera. Cepat-cepat dia menghampiri keduanya sebelum ditarik untuk menghampiri sebuah pokok. Eryl pula hanya memerhati tanpa sepatah kata.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Alvarez lalu menatap wajah ayahnya. Kerisauannya jelas terpacar. Dahinya berkerut sedikit apabila tersedar ayahnya baik-baik sahaja.
"Jeneral Sean turun tadi.."
Tidak dapat tidak, rasa terkejut kembali menyerang Alvarez. Mulutnya melompong dengan balasan Seth. Eryl sekadar menghela nafas panjang sebelum menepuk bahu anaknya.
"Ayah nak ke hutan cari kayu api. Kau cakap lah dengan diorang dulu."
"Tapi ayahanda-"
"Okey. Nanti apa-apa saya bagi tahu uncle." Cantas Alice sebelum sempat Alvarez menghambiskan kalam.
"Bagus lah."
Eryl tersenyum kelat. Tangan di bawa ke dalam poket lalu berjalan meninggalkan mereka semua. Sedikit sebanyak, kelakuan Eryl menimbulkan rasa hairan dalam diri Alvarez.
"Apa yang dah jadi sebenarnya?" Kali ni, soalan di tujukan kepada dua figura dihadapanya. Seth serta Alice berbalas pandangan lalu menghela nafas panjang.
"Sebenarnya.."
***
Flashback.. Beberapa dekad yang lalu.."Uwow. Bulat gila mata adik kau Eldy?" Soal Eryl lalu tanganya sengaja mencuit pipi tembam seorang bayi yang elok tertidur di atas tilam empuknya. Rimas kerana dikacau, badanya beralih kesisi. Eryl mencebik.
"Eleh, jual mahal pulak. Aku ni pun abang kau tahu? Abang paling handsome, seksi dan hot di muka bumi ini. Sekali tengok, pasti nak lagi. Hahaha." Semakin gatal Eryl mengacau si bayi. Digomolnya pipi tembam itu tanpa belas sampai lah budak tu menangis. Terus mukanya pucat. Gulp.
"Alamak."
"Eryl."
"Hikk!!!!"
KUK!
KUK!
LEKUK!
"Berapa kali aku nak cakap jangan buat adik aku menangis?!" Marah seorang lelaki bersama sudip ditangan. Urat bengang juga jelas kelihatan. Eryl pula sudah menangis syahdu sambil memegang benjolan kepalanya.
Dia ketuk aku guna sudip?!
"What the fu-"
"Mr. Ryuzaki, tolong jaga bahasa kau melainkan kau dah tak sayang anak tekak tu. Percaya lah, ianya menyakitkan."
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantastik-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...