[Bismillah *smile*]
Aku mengamati cincin silver di tapak tanganku dengan wajah yang mendung. Apa guna cincin ini? Untuk apa aku masih menyimpannya lagi? Sedangkan aku tahu, kami tidak lagi di hati masing masing. Keluhan kecil ku lepaskan. Malam hari ini, agak dingin berbanding malam yang lainnya. Sedingin hatiku.
"Taknak makan ke?", jejaka remaja di hadapan ku mula bersuara. Dia, dia adalah lelaki yang aku tunggu selama tiga tahun. Kami masih di bangku sekolah, tapi ada perasaan kecil yang bertaut di hatiku ketika aku bersama dengannya. Mustafar Hairi. Kami sama sama menjadi 'penghuni ' sekolah kerajaan yang terletak di kawasan luar bandar. Sekarang kami diusia senior dan tinggal 2 bulan lagi sebelum SPM berkunjung tiba. Sengihan ku hadiahkan lalu ku menjamah kentang goreng yang di beli lelaki itu di kantin. Tapi dia tahu aku bukan seperti selalu. Aku memang jarang senyum, tapi aku bukan pendiam.
"Kau kenapa ni? Muram je aku tengok. Bie ada masalah ke?", aku menarik nafas panjang sebelum menaikkan kepalaku untuk memandangnya. Mataku bertentangan dengannya. Rambutnya yang di sikat kemas menambahkan kekacakannya dan pakaian uniform pengawasnya kelihatan bersih dan teratur sesuai dengan gelaran Ketua Pengawas yang di raihnya. Dia memandangku dengan wajah yang prihatin.
Hatiku mula jadi serba salah.
Patut ke aku teruskan niatku dan memberitahunya apa yang bermain di fikiranku. Apa jadi kalau dia kecewa? Aku bersalah ke?
"Hey, termenung apa? Nak kena suap ke macam mana ni? Bie okay tak ni?", Allahu, lembut tutur katanya. Sejuk hatiku mendengar. Tapi, ini salah. Ya Allah, bantulah aku.
"Aku ada benda nak cakap", semoga hati ini terjaga dan semoga dia mengerti. Aku tahu dia baik, aku yakin dia faham.
"Cakaplah", katanya selamba. Aku menarik nafas berat sebelum menghembuskannya kembali. Cincin silver di poketku di raih dan di letakkan di depannya. Jelas terukir namaku dan namanya di dalam gelungan cincin itu.
Syahara × Mustafar
"Kau kenapa bawa cincin ni kat sekolah? Kan aku pesan jangan bawa takut cikgu tengok. Aku taknak nanti aku terpaksa rampas. Aku tahu kau sayang cincin ni. Just like how you love me", cincin ini sepasang. Satu dengan ku, satu ada padanya. Memang perhiasan tidak di benarkan di bawa ke sekolah, aku tahulah sebab aku Penolong Ketua pengawas. Aku menggelengkan kepala.
"Tak. Aku..nak pulangkan semula", riak wajahnya mula berubah. Dia mula lebih serius dan fokus kepada ayat yang aku ingin tuturkan seterusnya.
"Aku...nak kita putus. This is not right Hairi. This feeling is not right. Im sorry. Aku nak kau faham, aku...dah tak cintakan kau", aku dapat rasakan nafas lelaki itu jadi kucar kacir. Dia berdiam diri. Speechless mungkin.
"You told me that you waiting for me 3 years, and now, kita tak sampai setahun pun, kau dah ajak putus. Aku tak faham", dia masih mengawal nadanya. Dia tak pernah marahkan aku. Percayalah, dia mungkin cemburu tapi dia tak pernah naik angin dekat aku sepanjang kami 'bersama'.
"3 tahun menunggu tak sakit mana pun Hairi. Tapi, dengan kau, aku rasa tak kena. Maafkan aku. Mungkin aku silap dengan perasaan aku sendiri. We move on? Someone else deserve you better", kataku lembut kepadanya. Tak, bukan itu sebabnya, tapi biarlah dia tak tahu. Dia mula bertenang dan menarik nafas dengan berat dan segera menolak semula cincin silver kepadaku kembali.
"If you said so, then I respect your desicion. Aku taknak cincin ni lagi. Keep it or do whatever you want with it. Like you said, I deserve much better. Dia lain dan aku yakin cintanya dekat aku juga lain. Bukan hanya sementara seperti mana cinta kau dekat aku sya. Aku pergi dulu, jaga diri baik-baik", Mustafar terus bingkas bangun dan segera berlalu pergi dari situ. Aku mengeluh lega. Segala yang terbuku di hati aku dah lepaskan. Walaupun bukan sebabnya.
Kerana aku yakin, Allah tahu. Dan aku yakin, ini permulaan yang baru. Lebih baik.
"Jaga hati Sya. Dia baik, tapi perkara ini salah. InsyaAllah, you only need Allah", aku tak tahu kenapa, tapi aku lega. Aku mengambil semula cincin silver tersebut dan berlalu pergi dari kantin untuk masuk ke dalam kelas. Bagusnya, aku tak satu kelas dengan dia. Lega sikit.
Aku terhenti dari lamunan dan segera menoleh keluar tingkap. Aku duduk di beranda tingkap kecilku merenung ke awan malam. Sudah lebih dari 3 bulan kejadian itu berlalu, sejak dari itu dia tak lagi bercakap dengan ku sampailah tamat persekolahan. Sejak itu juga, tiada seorang pun lelaki mendekatiku mahupun cuba meraih perhatian ku seperti mana ketika aku bersama Mustafar sehinggakan sahabatnya sendiri pernah cuba menaruh perasaan kepadaku. Tidak mengapa, aku faham dia. Aku doakan dia maafkan aku kerana perbuatan ku kepadanya.
Lagipun dia tengah bersama dengan seorang gadis yang jauh lebih layak dariku. Macam mana aku tahu? Teman wanitanya itu, kawanku, Qaira Rina. Aku tak pernah cuba membenci, aku yakin rakan ku itu mencintai dia sepenuh hati. Qaira cintakan Mustafar sejak dulu lagi, tapi Mustafar suka aku. Well, kitorang tak rapat sangat pun, tapi tak jugak berperang. Just nice. Aku lega dia sudah melupakanku. Aku...gembira bila dia gembira.
Senyuman terbit di bibirku dan tingkap ku buka. Cincin silver ku tatap kembali sebelum aku menarik nafas berat lalu cincin itu ku baling sejauh mungkin. Tak akan kena rumah orang pun, sebab belakang rumah aku ni, hutan. Tak tebal pun. Creepy? Tak pun. Kot.
"Jadi Sya, dia dah mulakan hidup baru, kau pun perlu mulakan hidup baru. New day, new dream, new life", aku yakin dan aku pegang teguh kepada matlamat ku. Aku menutup semula tingkap dan bergerak ke katil. Lampu semua sudah tertutup kecuali lampu tidur meja. Aku membaringkan badan ku di atas katil dan menutup lampu tidur.
Tidurlah sayang, hari esok menanti mu.
"Asyhaduallaillahailallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasullullah", ayat terakhirku yang menjadi kebiasaan sebelum ku menutup mata untuk menyergah ke alam mimpi. Mana tahukan, hari ini, malam ini, malam terakhir. Mengucap siap siap. Mataku mula terlelap dan segera aku terbuai dalam kedinginan malam.
Sebelum aku lupa, Aku Syahara Henna binti Samsul Iman, Pelajar lepasan SPM. Tunggu result je awaknye. Ini kisah hidupku, serba serbi lah ye. Aku tak sempurna jauh dari kata baik. Tapi aku mahukan yang terbaik dalam hidupku.
Aku tak kecil tak besar, or maybe tembam sikit di wajahku. Alah, comel gitu. Okay done perasan. Tapi, kisah ni Cliche' sangat jadi bawak bersabarlah ye.
Happy reading 🌨
YOU ARE READING
IT'S YOU
Romance[MALAY NOVEL] Start : [Friday, 22 May 2020 (Ramadan) ] End : [unknown] Disclaimer | Cerita ni sangat lah Cliche dan mungkin membosankan para pembaca. Jadi, sila baca dengan sabar. Kalau bolehlah. Yang pasti bukan kisah tengku or mana mana kerabat di...