10 tahun kemudian
Haruman serbuk kopi memenuhi atmosfera di dalam ruangan dapur yang bertemakan putih dan hitam ala ala barat itu sungguh menaikkan aura pagi yang sempurna. Dendangan dari mesin pembuat kopi menjadi musik pertama yang di sajikan. Sementara menunggu Americano ku, aku menyiapkan omalet ditabur serbuk coklat dan kacang gajus sebagai jamahan di waktu terbitnya matahari.
Ting!
Americano ku siap dan aku segera mengambil mug bercorak geometri dan berwarna hitam itu lalu ku bawa duduk di sofa yang terletak di sebelah dapur dan di hadapan dinding kaca. Wajahku di larikan ke luar permandangan dinding kaca itu.
Wait for it. Senyuman manisku diukir.
5...
4...
3...
2...
1...
Sinaran kemerahan menyergah langit pagi menandakan matahari sudah pun terbit. Subhanallah, cantik seperti biasa. Setiap waktu pagi selepas subuh, aku akan melakukan rutinku dan menunggu cahaya terbitnya matahari memenuhi ruang rumahku. Aku sukakannya. Tenang dan aesthetic. Mug berisi americano itu ku halakan di bibir.
"Pretty, turn on"
"Scanning Voices. Access successfully. Good morning miss Sya, hope you have a great day today", suara comel robot wanita memenuhi ruangan rumahku. Canggih bukan? Zaman teknologi katakan.
"Well, thank you. How are you today?", aku tahu soalan ku tak berapa cerdik untuk bertanya khabar dengan pembantu robot ciptaan ku sendiri, tapi dah jadi kebiasaan.
"As long as you happy, Im good miss", tergelak kecik aku mendengar jawapannya. Robot pun pandai bodek aku.
"What I have for today pretty?", dia PA pagi aku sebelum PA sebenar aku which is manusia, masuk kerja. Jangan tanya kenapa nama benda ni pretty, sumpah aku pun tak tahu syaitan mana rasuk aku suruh bagi nama benda ni pretty. Tapi cantik apa. Kan?
"Miss Sya, today you have a meeting with a client from Italy at 10 am. After that you need to go to the airport. Your friend are heading back", senyuman kecil ku ukir di bibir. Balik jugak minah tinggi lampai ni. Ingatkan dah taknak balik dah.
"Thanks pretty, play some morning playlist", kataku lagi kepadanya lalu muzik mula berkumandang.
Memories by Maroon 5
Haa elok sangatlah tu. Macam faham-faham je pretty ni aku tgh nak recall back memori dengan kawan-kawan aku. Hari ini seorang sahabatku yang aku kenal sejak umur 6 tahun menjejakkan kakinya ke bumi Malaysia kembali setelah melakukan jejak berkasih dengan suaminya di Istanbul selama 2 minggu. Aku ada 6 member yang merangkap sahabat. Eleh, biasalah tu kan. Dulukan suka duduk berkawan puak puak.
Dhia Fathia paling lama, since sekolah rendah. Tinggi lampai orangnya, putih takyah cakap. Vampire pun kalah. Okay, tu melebih. Dah kahwin tapi rezeki anak tu tak ada lagi. Mana nak adanya, sorang kat Malaysia, sorang lagi kat Istanbul. Suami dia pensyarah kat sana jurusan Falsafah Islam. Dia pula pemilik butik pakaian muslimah dan barang seangkatan dengannya lah. Kerlass sangat. Okay yang lain tu nanti-nanti.
Aku segera mengatur langkah menuju ke bilik tidur selepas menghabiskan sarapan ringkasku. Telefon pintar ku cari. Memang ada kaki ke apa phone aku ni? Tak pernah lagi dalam satu hari kalau tak hilang. Dan tak pernah jugak aku tak jumpa.
Bingo!
Jumpa pun. Last last kat bawah katil jugak tempat benda alah ni menyorok. Aku pun tak tahu macam mana benda ni boleh ada kat situ. Tu yang aku cakap ada kaki. Aku jarang guna phone so, phone pun start merajuk dengan aku. Eh, kesah aku.
Your heart for takeaway yeah yeah yeah
Your heart for takeaway yeah yeah yeahSentiasa panctual budak ni. Tepat jam 7 pagi PA muda aku ni akan call. Dia sangat pentingkan masa, same with me. Sebab tu aku dengan dia senang serasi. Aisyah Meline Lee. Aku panggil dia Lin. Dia ni Mualaf. Jujur aku katakan, dia bukan PA tempat kerja je, tapi dia boleh katakan PA hidup aku.
"Assalamualaikum Miss Sya, good morning"
"Waalaikumusalam Lin, good morning too", jawab salam itu wajib ye anak anak. Aku melabuhkan punggungku di atas katil. Selesa sangat.
"Miss, hari ni miss ada meeting dengan client dari Italy. Lepastu miss kena gerak airport sebab.."
"Lin, I know. Anything else?", sebijik macam pretty si Lin ni.
"Have you take your medicine miss?" Pap! Aku lupa lah pulak. Hmm, dengar jelah mak cik sekor ni membebel dekat aku.
"Not yet but.. "
"Miss, miss tau kan medicine tu miss takleh skip. Doktor dah pesan miss kena ambil. What if miss jadi macam dulu? Miss, saya taknak miss kena ambil terapi sekali lagi. Saya nak miss jaga kesihatan, fizikal mahupun mental. Saya..." kan aku dah cakap. Comfirm kena ceramah. Tak padan dengan muda dari aku budak ni. Ceramah dia bunyi macam mak mak.
"Hey hey, calm down. Jangan membebel boleh tak? Im fine. Im under control okay. Lin, kalau taknak saya stress boleh tolong uruskan meeting tu tak?", pinta ku. Mudah sebenarnya, aku jenis tak pergi meeting. Jumpa client apa tu semua, Lin dan pembantu dia yang uruskan. Aku rasa tak ada seorang pun pekerja aku tahu aku ni bos diorang. Aku pernah masuk pejabat, tapi guna jalan rahsia.
"Saya bukan apa miss, daddy saya cakap miss ni degil", aduhai, bapak dengan anak sama je.
"Dah tak payah merepek, boleh tak uruskan meeting nanti?", Lin ni anak kepada bekas PA aku. Mr Lee. Dia dah berusia sekarang, jadi aku suruh anak dia kerja dengan aku sebab budak ni cekap orangnya, macam bapaknya. Tapi bapak dia jarang membebel tak macam Lin.
Masa aku mula-mula buka Empayar sendiri dulu, Mr Lee lah yang jadi orang kanan aku. Daripada setiap aspek dia jaga aku. Mr Lee lebih tua dari aku of course, anak dia pun muda 5 tahun dari aku. Tapi aku dah anggap dia macam bapa aku. Dia satu satunya lelaki yang aku percaya. Sampai sekarang, empayar yang aku bina gah berdiri.
"Erm, miss, client miss tu bukan client biasa. Dia CEO syarikat Glory Holding tu sendiri Miss. Thats not nice kalau miss setakat hantar saya dan Nur. Lagipun, projek kali ni salah satu projek mega. It cost billion dollar", kata Lia dengan berhati hati. Takut aku naik angin kot. Tapi aku bukannya nak marah orang. Cuma nada aku bercakap ni memang suka buat orang salah faham.
"What is wrong with that? Bukan ke selama ni ada je CEO syarikat lain yang berurusan dengan awak, okay je", mengada ngada sangat.
"Yea I know, tapi miss tak rasa ke dah tiba masanya miss open to public? I mean, miss dah bukak Empayar ni sejak muda, jadi apa salahnya miss cuba datang sendiri", ni aku malas ni. Aku dah jadi mastermind untuk everything, tiba-tiba kena mengadap mereka pulak.
"You go or just cancel project ni. Choose", suara ku di tegaskan di situ. Aku yakin Lin cuak. Aku bukan nak mengada ngada tak nak datang meeting. Cuma aku malas dan tak selesa.
"Alright miss, I'll go then", kan aku dah kata. Maaf Lin, tapi aku masih tak bersedia.
"Saya dah tengok rekaan pesawat tu, everything is good. Just go with it. You don't have to worry. Material apa tu semua, biar Jacob yang uruskan. Awak cuma perlu berunding je dengan mereka", yup, aku ada Empayar yang berkaitan dengan kapal, kapal terbang, pesawat peribadi dan berpuluh puluh hotel di serata dunia. Contohnya..
AraHenna Airlines
Dengar je nama tu, orang akan tahu benda tu milik AraHenna Holding. Sekarang ni pula aku tengah ada plan nak buka cafe. Plan je lah ye.
"I got it miss", kata Lin di hujung telefon.
"Okay then, Assalamualaikum", ucap ku kepada Lin dan aku matikan panggilan setelah Lin menjawab salam. Aku segera mengatur langkah menuju ke arah bilik pakaian dan mengenakan pakaian yang selesa dan aku pastikan tudungku tidak singkat. Aku segera melangkah ke arah Audi putih milik ku dan segera bergerak lancar menuju ke satu tempat.
Happy reading🌨
YOU ARE READING
IT'S YOU
Romance[MALAY NOVEL] Start : [Friday, 22 May 2020 (Ramadan) ] End : [unknown] Disclaimer | Cerita ni sangat lah Cliche dan mungkin membosankan para pembaca. Jadi, sila baca dengan sabar. Kalau bolehlah. Yang pasti bukan kisah tengku or mana mana kerabat di...