HAWARY
Lengang lenggok wanita bertudung labuh yang kusyuk menyusun set lukisan di setiap rak ku perhati. Dia seakan akan langsung tidak menyedari kehadiran ku di situ. Tiba-tiba satu idea jahat muncul di kotak fikiranku. Perlahan lahan kaki ku menghampiri wanita itu tanpa mengeluarkan suara dan..
"Hoii!! Mak buyung!!"
"Oii mak kau buyung buyung ketupat hijau!!", aku tergelak kecil melihat reaksi wanita mengandung itu. Siap ada ketupat lagi. Mengidam ke macam mana dia ni. Dia mengurut dada dan perutnya.
"Ya Allah ya tuhan kau rupanya orang single. Ingatkan siapalah tadi. Kang terberanak aku kat sini. Baru tahu", omelannya kelihatan comel dengan pipinya yang semakin tembam sejak mengandung. Eh jap! Dia cakap apa? Orang single?
"Amboi..Kuang aja kau eh, sempat mengutuk aku kan", bidasku sambil jelingan di hadiahkan. Hawa Alya binti Omar, member aku sorang lagi ni. Masuk air kaw kaw punya kalau bergabung dengan Dhia. Tapi sejak kahwin ni, semua jadi sopan ya ampun. Insaf lah kot. Dia hanya tersengih.
"Kau pahal sini? Tak pernah pernah datang jenguk aku. Mimpi apa semalam? Mimpi future husband?", Hawa ni satu je masalah dia, mentang mentang dia kahwin paling awal antara kitorang, sedap mulut dia je menyindir aku. Dahlah kahwin sebijik tarikh dengan Azwaryna aka Ary. 3 tahun lepas SPM pulak tu. Bayangkan kitorang yang lagi lima orang terpaksa berpecah nak gi wedding siapa dulu. Last last dapat tahu, suami Hawa ni sepupu suami Ary. Kau rasa? Dua ekor ni memang cari yang rapat-rapat ke macam mana? Ary sekarang bukak bisnes kek. Busy memanjang.
"Ha'ah, mimpi kereta kena langgar dengan future husband", bohongku. Sakrastik je bunyinya. Siapa suruh fikir bukan bukan.
"Lah, sampai macam tu sekali. Mati tak?", tu yang aku cakap otak dia ni kadang kadang masuk air. Macam mana lah suami dia ni handle Hawa ni. Tapi rasanya tak ada masalah kot, suami dia cikgu Addmath, jadi memang suka benda mencabar ni. Eh, ke situ pulak dia. Ah, lantaklah! Bibirku dimuncungkan.
"Tak mati pun. kemek sikit je", mataku dijulingkan ke atas. Diia mengangguk faham. Macam dia percaya betul betul. Ya Allah! Apa lah nasib aku dapat sahabat macam ni. Alahai, nasib sayang. Sayang?
"Jom teman aku", pintaku selamba. Alah, dia bukan ada kerja pun. HAWARY ni pun bukan dia perlu jaga, ada pekerja kan. HAWARY ni sejenis brand yang melonjak naik dah. Jari jemari kreatif Hawa ni lah yang buat. Macam macam jenis barangan dari barang kelengkapan rumah sampailah set lukisan dan barang sekolah. Tapi famous sebab set lukisan. Arteza pun mula dilupakan. Kononnya.
"Nak gi mana? Jumpa pakwe kau?", kalaulah kau tak sarat sekarang memang aku sekeh jugak kepala dia ni. Geram aku. Anak dah nak masuk tiga, tapi tulah. Something that someone can't change.
"Ye sayang..pakwe aku balik dari Istanbul hari ni. Dah, gi mintak izin suami kau. Anak kau lagi dua tu mana?", memang aku jarang jumpa Hawa, jadi mana aku tahu anak dia kat mana.
"Sekolah lah. Mana lagi. Jap, aku call pakwe aku jap. Entah-entah dia tengah sibuk berperang dengan nombor sekarang", aku hanya mengangguk dan Hawa berlalu pergi dari situ untuk menelefon suami tercinta. Aku bergerak keluar kedai selepas memberitahu Hawa.
Kakiku melangkah ke arah audi putih milikku sebelum aku terhenti di hadapan pintu kereta. Dia. Mataku tertumpu kepada figura yang berada jauh di depan ku yang sedang bergerak masuk ke dalam HAWARY. Aku memerhatikan susuk tubuh itu sebelum senget tersenyum lalu melabuhkan punggung di dalam perut kereta. Hawa ku tunggu. Tak sampai 5 minit mak buyung ni terus terjah masuk kereta.
"Dah? Ryan cakap apa?", tanya ku sambil memusingkan stereng kereta dan keretaku laju meluncur keluar dari kawasan itu.
"Dia okay je, janji kau belanja aku makan", pulak dah, sah menipu. Tak ada maknanya Ryan nak cakap macam tu. Faham faham je aku dengan mak cik buyung ni.
YOU ARE READING
IT'S YOU
Romance[MALAY NOVEL] Start : [Friday, 22 May 2020 (Ramadan) ] End : [unknown] Disclaimer | Cerita ni sangat lah Cliche dan mungkin membosankan para pembaca. Jadi, sila baca dengan sabar. Kalau bolehlah. Yang pasti bukan kisah tengku or mana mana kerabat di...