BAB 3

65 13 23
                                    

"Weiii gila!! Asal kau tak cakap awal-awal siak. Melekat jugak benih Farhan dalam rahim kau akhirnya. Lepasni jadi gila lah kau rindu dia", amboi Hawa, siap mengusik. Dia cakap, kalau mengandung ni emo sikit. Hari-hari nak manja dengan suami. Aku anggukkan aje lah. Aku bukannya tahu. Kahwin pun belum, jangan nak kata mengandung.

"Alhamdulillah, congrats", ucapku ringkas. Aku tahu aku jenis yang boring. Aku jenis tak banyak cakap. I more to action than speak.

"Ha'ah aku pun tak sangka trip kat sana buahkan hasil. Lagipun Farhan kata dia nak register dekat uni kat Malaysia as soon as possible. Dia takut apa-apa jadi. Biasalah first time kan", nampak bercahaya je wajah memasing. Makin lawa bila mengandung. Seronok sakan bercerita. Aku tumpang gembira dengan kehadiran insan lain dalam rahim sahabatku sorang ni.

"Haa baguslah tu. Aku pun rasa... "

Prett!!

Kereta ku berhenti mengejut bila kereta di hadapan tiba-tiba break tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar kereta dia.

Pap!

Kami bertiga menoleh kebelakangan. Halahhhh! Aku tak langgar kereta orang, tapi kereta aku pula kena langgar. Aduh, baru nak happy sakan. Aku memandang ke depan dan melihat kereta yang berhenti mengejut itu sudah meluncur pergi. Kurang asam! Spesis macam nilah yang aku paling geram. Tak reti minta maaf pulak tu. Haaa geram aku. Hawa dan Dhia sudah terdiam tak berkutik.

Aku melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke belakang badan kereta di ikuti Hawa dan Dhia. Kemek siot!! Audi aku!! Aku tahulah aku boleh bayar bagi repair, tapi benda ni still!! Haish! Seorang lelaki muda melangkah keluar dari keretanya dengan wajah yang gusar. Orang ni yang langgar kereta aku.

"Im so sorry, saya tak sengaja. Saya tak tahu awak nak break", katanya. Tinggi betul budak ni. Nampak macam baya Lin je. Nampak wajah cuak dan gelisah dekat muka dia.

"Its okay, bukan salah awak. Lagipun saya yang salah sebab berhenti mengejut", Hawa dan Dhia masing masing mengangguk. Lagipun, mereka tahu aku tak suka panjangkan cerita. Tiba-tiba seorang lelaki yang jelas lagi tua dari lelaki yang pertama, keluar dari kereta. Cermin mata hitamnya masih di pakai di mata. Yang aku perasan, mereka berdua mengenakan kot dan tinggi lampai. Sorang kot hitam sorang kot putih. Dia berjalan menuju ke arah kami.

Damn! This guy is something! Aura dia lain macam weii! Ya Allah Sya, get your shit together. Jaga mata Sya!

"Raden kenapa ni?", tanya lelaki itu dengan suara huskynya. Sumpah aku terdiam seribu bahasa. Cuaca makin panas ke?

"Abang, sorrylah. Raden terlanggar kereta audi miss ni. Kereta Ferari abang tak calar tapi kereta miss ni...", nampak kesal di wajah lelaki bernama Raden itu. Mataku pula hanya tertancap ke bawah dan sekali sekala memandang kereta Ferari hitam milik lelaki yang dipanggilnya abang tu.

"Miss?", lelaki berkaca mata hitam itu membuka cermin mata hitamnya sambil memandangku. Aku terkejut sedikit. Muka Hawa dan Dhia dah lain semacam. Reaction?

"Y...ye?", okay ni tak bagus.

"We are sorry for this, tapi kami boleh tolong hantar dekat bengkel.."

"No no its okay. Saya boleh handle sendiri. We gotta go now", aku terus memotong percakapan lelaki itu dan segera bergerak ke dalam kereta audi putih yang baru sahaja kemek. Ah! Lantaklah apa dia nak cakap. Terkebil kebil Hawa dan Dhia melihat reaksi ku.

"Hawa, Dhia jom", aku memanggil mereka supaya masuk. Mereka hanya tersenyum segaris ke arah dua jejaka itu sebelum melangkah masuk ke dalam audi dan kereta itu ku pandu laju lalu meluncur dengan kemas di atas jalan raya meninggalkan dua jejaka itu dengan persoalan. Kemek pun kemek lah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IT'S YOUWhere stories live. Discover now