Elies berjalan keluar dari butik pakaian bayi, sambil membimbit beberapa paperbag di tangannya.
"Emm, nak beli apa pula eh lepasni? Pergi beli barang dapurlah, harini aku nak masak makanan favort Ice sambil tu ambil hati dia. Akhir-akhir ni, perangai dia macam berubah sikit. Ada yang tak kena. Ke dia dah jumpa bisu tu? Haihh! Tak boleh jadi ni."
Elies mendengus sebal, bila mengingatkan layanan Ice makin dingin sahaja dengannya. Sepertinya lelaki itu mahu mengelakkan diri darinya sahaja.
Di sebabkan dia berjalan dengan keadaan emosi yang tidak tenteram, dia terlanggar seseorang yang berjalan bertentangan dengannya. Hampir sahaja dia terjatuh, nasib baik orang yang dia langgar itu sempat memaut tubuhnya.
"Puan okey?" soalnya risau seraya melepaskan pautan pada wanita mengandung itu.
"Ishh! Kau ni buta ke apa ha? Tak nampak yang aku..."
Ucapan Elies tenggelam tatkala anak matanya melihat seraut wajah orang itu. Senyuman senget terbias dibibirnya.
"Gempa? Long time no see huh? You ke mana sahaja? Bawa hati yang lara eh?"
Gempa, orang itu hanya terdiam. Dia juga tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan madunya. Dunia memang kecil kan.
"Maaf, tapi saya bukan Gempa. Puan salah orang. Saya minta diri dulu."
Belum sempat dia mahu undurkan diri, Elies buka suara.
"Tak payah lah you nak berlakon tak kenal dengan I, bisu. I tau tu you, tak sangka I yang you ni boleh bercakap. Tapi, yang I tak sangka you sanggup tipu Ice kan? So, you dah dapat karma dengan Ice tinggalkan you. Penipu bersiri."
Gempa mengepalkan tangannya. Tidak mahu melanjutkan perdebatan mereka, dia terus mengorak langkah pergi dari situ.
"Akhirnya kau munculkan diri bisu, aku akan pastikan kau menderita nanti. Aku tak akan biarkan Ice jumpa dengan kau bisu. Dia hanya milik aku."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...