Sebaik sahaja Fiza dan Mikhail melangkah masuk ke dalam dewan bagi majlis resepsi,para tetamu jemputan yang hadir menepuk tangan mengalu-alukan kedatangan kedua mempelai sama cantik sama pasang itu.
Fiza dan Mikhail terus berjalan beriringan menuju ke arah pelamin yang tersegam indah di atas pentas.Para tetamu jemputan dipersilakan untuk menjamu selera di bufet yang telah disediakan.
Fiza mengalirkan air mata gembira kerana dia tidak menyangka bahawa majlis perkahwinannya dalam suasana yang gah dan mewah seperti ini.Mikhail turut tersenyum gembira kerana akhirnya semua orang mengetahui bahawa dirinya hanyalah milik Fiza,isterinya yang sah.
Fiqri yang bertugas sebagai pengacara majlis pada hari itu duduk di meja yang dikhususkan untuk pengacara majlis yang terletak di sebelah kiri dewan."Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para hadirin dan hadirat yang sudi hadir pada majlis penyatuan dua jiwa antara Tengku Mikhail dan juga isterinya Syafiza.Pada hari ini kita akan disertai oleh tetamu istimewa yang diterbangkan khas dari luar negara.Dipersilahkan masuk ke dalam dewan,Yang Mulia Raja England dan seluruh kerabat Diraja untuk masuk ke dalam dewan bagi sama-sama memeriahkan majlis kita pada hari ini."Sebaik sahaja Fiqri menghabiskan ayatnya,seluruh kerabat Diraja England masuk ke dalam dewan dengan memakai pakaian warisan keluarga Diraja.
Rata-rata para hadirin yang hadir berasa terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Fiqri sebentar tadi.Serta-merta mereka semua menunduk hormat kepada seluruh kerabat Diraja England.
Setelah duduk di kerusi yang dikhaskan untuk tetamu VVIP(Very Very Important Person),para hadirin yang hadir dipersilahkan untuk menjamu selera meskipun kebanyakan daripada mereka bingung dengan kemunculan keluarga Diraja England yang jelas sekali sangat ekslusif itu.Ada yang beranggapan bahawa Dato' Tengku Zainal lah yang menjemput Baginda ataupun Tengku Mikhail sendiri yang menjemput Baginda kerana Tengku Mikhail merupakan seorang jutawan yang cukup terkenal bukan saja di Asia Tenggara malah di Media Sosial.
"Baiklah,bagi meraikan pasangan mempelai kita pada hari ini dijemput Yang Mulia Raja England bagi mengucapkan sepatah dua kata."Kata Fiqri dalam bahasa Melayu.Para tetamu yang hadir hairan kerana Fiqri tidak berucap dalam bahasa Inggeris.Yalah,Raja tu kan orang Inggeris,takkanlah dia boleh faham bahasa Melayu.
Sebaik sahaja Yang Mulia Raja bangun meninggalkan kerusi Baginda,sebahagian daripada para tetamu yang hadir mula berbisik-bisik sesama sendiri sambil memuji betapa hebatnya Yang Mulia Raja England kerana dapat memahami bahasa Melayu.
"Salam sejahtera kepada semua hadirin yang hadir pada majlis yang sangat bermakna ini.Beta amat berbesar hati kerana dijemput sama untuk memeriahkan majlis perkahwinan pada hari ini.Beta mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai yang meraihkan hari bahagia ini.Oh,ya...sebelum terlupa beta ada satu perkara penting yang ingin diumumkan pada semua."Kata Yang Mulia Raja England.
"Tentu kamu semua tahu tentang kisah Putera Sulung Beta yang menghilangkan diri lima tahun yang lalu.Dan,untuk pengetahuan semua Anakanda Sulung Beta sudah pun ditemukan di Malaysia dan baginda turut hadir dalam majlis ini."Kata Yang Mulia Raja England lagi.
Kebanyakan hadirin yang mendengar berita sensasi yang mendebarkan itu mula berspekulasi sesama sendiri.Siapakah dikalangan tetamu yang hadir pada hari ini merupakan Putera Sulung Diraja England yang menyembunyikan diri di Malaysia?