"Okay kita gerak sekarang" Kata Fikry sambil memandang wajah Mika
Mika mengangguk sambil menarik tali safety belt yg hendak dipakainya
--------------------"Kita dah sampai" Mereka berdua
turun dari kereta. Setelah beberapa langkah dari kereta Fikry baru menyedari ada sesuatu barang yg tertinggal di dalam keretanya."Jap, awak tunggu sini. Saya ambik bunga dlm kereta"
"Okay"
Setelah mengambil bunga didalam kereta, mereka berdua meneruskan langkah menuju ke khemah.
"Fik, mama fikir kamu lama lagi nak sampai"
"Tak lah , takkan lah datang lambat plk. Nanti mama Fik yg lawa ni marah plk!"
"Ada-ada je kamu ni. Eh, kamu..kamu Mika kan!"
Mika tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Eh, mama kenal Mika ke?"
"Ya, mama lupa nk cerita kt Fik. Waktu kt pasar tu mama jatuh, tiba-tiba Mika ni datang tolong mama. Bersyukur sgt Mika ada kalau tak...mama tak tau lah apa jadi"
"Ha? Mama jatuh? M...mama tak apa-apa ke? Mama ada sakit-sakit lutut tak?" Bertubi-tubi soalan yg dilontarkan
"Alhamdulillah mama okay"
"Terima kasih awak dh tolong mama saya!" Ucap Fikry sambil memandang wajah Mika
"Sama-sama"
"Eh kejap, macam mana Fik dengan Mika boleh dtg sama-sama?"
"Fik lupa nk kenalkan...Mika ni secretary baru Fik"
"Ha? Ya ke? Mama setuju sangat Mika ni jadi secretary Fik. Kalau jadi menantu pun mama lagi setuju. Kalau ada menantu baik, lawa, ayu dan sopan macam Mika ni siapa je menolak kan!" Jawab Datin Sakinah dengan nada yg gembira
Mika dan Fikry hanya terdiam mendengarkan apa yg dikatakan Datin Sakinah
"Eh Fik, ajaklah Mika makan sama-sama. Temankan sekali ya!"
Fikry mengangguk "Jom Mika!, saya tau awak lapar dari tadi"
Mereka berdua duduk di sebuah meja besar yang tidak jauh dari tempat mereka bertiga berjumpa tadi.
"Tuan!"
"Ya?" Keningnya diangkat
"Maaf, sebelum ni saya tak tahu Datin Sakinah ni sebenarnya mak Tuan!"
"Takpelah, awak tak buat salah apa-apa pun kan" jawabnya. Dengan tenang dia memandang wajah gadis ayu itu
Mika mengangguk dan mereka berdua menjamah makanan yg diambil tadi.
"Saya pergi toilet dulu!" kata Fikry
--------------------Jam tangannya di pandang sekilas. Mika terus bagun dari tempat duduknya itu dan melangkahkan kaki menuju ke Datin Sakinah
"Maaf, Datin saya minta diri dulu ya. Dah malam dah ni!"
"Mika..jangan panggil saya Datin. Panggil je saya aunty Kinah. Kamu nak balik dah ke, naik apa?"
"Saya boleh order grab" jawab Mika dengan lembut
"Eh, tak boleh..kamu ni perempuan, malam-malam macam ni bahaya kalau sendiri."
Datin Sakinah memerhati sekeliling.
"Ha! Fik! Sini!"
Fikry berjalan menuju ke Datin Sakinah
"Ya ma, kenapa?" Tanya Fikry
"Mika ni nak balik, Fik hantarkan eh"
"Emm. Okay Mika jom saya hantar awak balik"
"Hmm, takpelah. Menyusahkan je... saya boleh balik sendiri" Kata Mika dengan segan
"Tak. Saya hantar"
"Ma, Fik pergi dulu!"
Fikry terus melangkahkan kaki menuju ke tempat keretanya diparking. Nak tak nak Mika harus mengikuti arahan boss nya itu walaupun dia sangat malu.
Mika menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Datin Sakinah sebelum meninggalkan tempat itu.
"Hati-hati!" Kata Datin Sakinah sambil memandang mereka dari kejauhan
---------------------
Kereta diberhentikan di depan rumah Mika.
"Tuan, terima kasih untuk hari ni. Hmm..terima kasih jgk tuan dah hantar saya balik" Ucap Mika
Fikry mengangguk sambil tersenyum. Belum sempat Mika membuka pintu kereta , Fikry memanggilnya dengan lembut .
"Mika.. tunggu!"
Mika mengalihkan pandangannya ke Fikry.
Dengan perlahan Fikry mendekatkan diri ke Mika
Pap!
Butang tali safety belt ditekan.
"Dah! Awak lupa nk buka safety belt awak"
Alhamdulillah aku fikir apa tadi
Dadanya di elus lembut. Wajah Mika bertukar menjadi merah padam kerana terlalu malu.
"Saya lupa. Maaf! .Saya pergi dulu. Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam"
Mika membuka pintu kereta dan terus turun dari kereta itu.
Fikry mengangkat tangannya dihadapan Mika sebelum pulang kerumahnya kembali.
"Ishh..ape kau fikir ni Mika" pipinya ditampar lembut
Huh, ingat Mika...dia milik orang. Jangan fikir pasangan orang lain
°S T A Y T U N E D°adelinikurni☆
YOU ARE READING
Miss sekretaris itu jodoh aku? (On Going)
Fantasy[ M.S.I.J.A ] Mencintai tanpa direstui bukanlah yang dia inginkan, meyakinkan wanita terpenting bagi hidupnya bukan suatu perkara yang mudah. Pendek kata, cinta yang dipertahankan selama ini adalah cinta yang terlarang. Hanya satu gadis yang direstu...