1

22 0 0
                                    

Pada mulanya aku pun tidak menyedari bahawa semua dalam hidup aku adalah palsu semata-mata atau ramai orang menyebutnya "FAKE". Aku hanyut dalam kehidupan palsu ini sehingga tidak menyangka bahawa aku sedang bermain dengan toksik yang akan menghakis kulitku kelak. Mungkin korang ingat lepas aku mengetahui semua ini palsu aku lega?. "TIDAK SAMA SEKALI!!!".

Ada kalanya lagi bagus aku tidak tahu kerana kehidupan yang dahulunya ceria dan menyeronokkan dan kini bertukar muram dan selalu bersendirian atau dikatakan DIPALAU.

"Kenapa tak cerita hal ni dekat keluarga kau?" Soalan itu yang selalu keluar daripada mulut orang sekeliling aku. Aku nak cerita macam mana keluarga aku pun lebih kurang je. Kalau cerita silap-silap bukan berkurang masalah aku malah membuatkan ibu bapa aku benci terhadap kewujudan aku.

Kadang-kadang aku rasa dunia tidak adil bagi aku tapi aku percaya tuhan sudah menetapkan setiap perjalanan hidup hambanya.

Ayah aku merupakan usahawan dan doktor falsafah yang tersohor dan dihormati oleh orang ramai tapi korang jangan ingat setiap orang berjaya ni semuanya baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ayah aku merupakan usahawan dan doktor falsafah yang tersohor dan dihormati oleh orang ramai tapi korang jangan ingat setiap orang berjaya ni semuanya baik. Jangan tertipulah dengan gelaran doktor falsafah tu bak kata aku "Nak nasihat orang tapi keluarga sendiri pun tak ternasihat".

Mak aku pula merupakan seorang artis dan model terkenal. Sape je tak nak kahwin dengan mak aku? Sampai keluarga sendiri pun sanggup ditinggalkan demi memenuhi kemahuan hawa nafsu kan?.

Keluarga aku dianggap sebagai contoh keluarga yang bahagia dan harmoni dalam negara ini. Bak kata ayah aku "Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan".

Korang, aku nak kata "SEMUA TU FAKE!!". Ibu bapa aku telah menipu ramai orang eh bukan boleh dikatakan satu negara kena game yang sebenarnya keluarga kami disebalik yang dinyatakan di dalam akhbar atau mana-manalah. Aku pun baru tahu DUA TAHUN LEPAS TAU!.

Masa itu baru aku tahu yang kasih sayang yang aku rasa sebenarnya lakonan semata-mata. Patutlah mak aku sentiasa naik turun pentas sebagai pelakon terbaik setiap tahun sebab dari hal kerja sampai hal keluarga dia berlakon dan boleh dikatakan 24 jam dia berlakon. Huh Hebat sungguh mak aku kan korang?.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

F.A.K.EWhere stories live. Discover now