Bab 23

25.6K 687 70
                                    

SYAKILLA melipat semua pakaiannya sebelum dimasukkan ke dalam almari. Adegan intim antara Hazril Irfan bersama Mariam kembali terbayang di mata.

Hatinya berasa sebu. Baju yang berada di tangan dicengkam kuat. Air matanya terhambur keluar.

Luahan yang meluncur keluar dari mulut Hazril Irfan sungguh memedihkan sekeping hatinya.

Bunyi kuakan pintu menyentakkan Syakilla yang sedang melayan perasaan. Cepat-cepat air matanya diseka.

"Tak payah nak beria-ia kemas. Esok kau ikut aku pindah," ujar Hazril Irfan. Suaranya masih lagi dingin. Tak ada tanda-tanda nak berlembut dengan Syakilla.

"Pindah mana?" soal Syakilla.

"Pindah masuk rumah aku. Senang sikit aku nak seksa kau nanti. Tak ada orang nampak," balas Hazril Irfan bersahaja.

Kening Syakilla berkerut. Seksa? Dia lekas berdiri dan saling berpandangan antara satu sama lain. Selangkah demi selangkah dia merapati suaminya. 

"Kau nak seksa aku macam mana?" soal Syakilla, ingin tahu. Hazril Irfan mahu memukulnya?

"Tengok ajelah nanti." Hazril Irfan memandang badan Syakilla yang sedang membelakanginya. Terus ditarik belakang bajy isterinya.

Syakilla terjerit apabila Hazril Irfan menarik kuat belakang bajunya. Disebabkan tak mampu seimbangkan badan, dia terjatuh di sebelah suaminya. Peluang yang ada, Hazril Irfan gunakan sebaiknya untuk menindih badannya.

"Turunlah. Kau berat tahu tak!" bentak Syakilla. Dada Hazril Irfan ditolak-tolak tapi suaminya tak beranjak pun.

"Kalau aku tak nak?" Hazril Irfan mula bermain tarik tali. Sebelah keningnya terangkat tinggi.

"Hesy! Kau nak apa?" Syakilla menggelupur minta dilepaskan.

"Aku nak kau, boleh?" Dielus-elus lembut pipi gebu Syakilla. Dikucup sekilas pipi isterinya itu. Tunak matanya menikam ke dalam mata Syakilla.

"Siang lagi ni. Kau gila ke?"

Hazril Irfan mencebik. "Tak apalah. Papa dengan mama aku baru keluar. Cuma kita berdua aje dalam rumah ni."

Syakilla cuak. Kalau beginilah sikap suaminya, memang penat dia mahu melayan. Tubuh Hazril Irfan ditolak semahu-mahunya. Percubaan kali yang terakhir berjaya. Hazril Irfan beranjak ke tepi.

"Tak payahlah sibuk nak sentuh aku. Kau bukan jijik dengan ayam kampung ke?" sindir Syakilla.

"Kau nak sindir aku?" Hazril Irfan bengang.

"Mana ada aku sindir kau. Aku cuma cakap apa yang kau cakap sebelum ni." Syakilla mengukirkan senyuman sinis.

Hazril Irfan mendengus kasar. Dia suami. Dia ada hak ke atas isterinya apatah lagi setelah mengetahui dialah lelaki pertama yang telah menyentuh luar dan dalam isterinya. Bangga? Sudah tentulah dia berasa bangga.

"Kejap ajelah, please?" Hazril Irfan cuba menggunakan taktik merayunya pula.

"Pergilah minta dekat Mariam. Pagi tadi bukan main sakan kau dengan dia berpelukan," ujar Syakilla. Dia bingkas berdiri menjauhi Hazril Irfan.

Hazril Irfan meraup wajahnya. Terseksa batinnya dilayan seperti itu. Syakilla sengaja mencabar tahap kesabarannya.

"MINGGU depan I nak pergi Singapura. I ada urusan business kat sana. I nak you ikut I," ujar Eusoff kepada Mariam yang sedang baring di sebelahnya. Rambut Mariam dipintal-pintal.

Mariam terus mencelikkan kelopak mata. Apa pilihan yang dia ada selain bersetuju? Walaupun hatinya tidak rela namun dia perlu paksa hatinya agar merelakan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now