Adib menghentikan keretanya di depan kawasan rumah banglo milik keluarga Batrisha “erm, terima kasih sebab berlanja saya makan tadi” ucap batrisha sambil membuka pintu kereta disebelah kirinya lalu keluar dari perut kereta.
“sama-sama” balas adib dengan senyuman. Dia melihat sekilas jam tangan yang berada ditangan kirinya, pukul 6 petang “okay lah, saya gerak dulu” batrisha mengangguk lalu menutup kembali pintu kereta tersebut.
//3 BULAN KEMUDIAN\\
Adib tidak lagi menjadi cikgu sebaik saja kontrak mengajarnya 2 bulan lebih sudah tamat. Dia kini bekerja di syarikat perusahaan bapanya.
Batrisha pula sudah tamat persekolahan. Kini dia hanya menganggur dirumah kadangkala dia sering ke butik untuk menguruskan pekerjaan mamanya semasa mamanya sibuk.
TING..TONGG....
“selamat datang puan, boleh saya bantu?” tanya perempuan tu pada Datin Rina sambil tersenyum.
Melihat perempuan itu tersenyum padanya dia juga turut senyum “saya ada hal nak jumpa dengan boss awak. Dia ada?”
“sebentar ya puan saya panggil” datin mengangguk lalu perempuan itu pun pergi memanggil majikannya.
Sedang Datin Rina sibuk melihat pakaian dibutik itu, pemilik butik tersebut pun menuju kearahnya “lah kau rupanya rina, aku ingatkan siapalah tadi yang ada hal sangat dengan aku tu” ujar pemilik butik itu dengan divanya.
Datin Rina memalingkan wajahnya apabila terdengar suara yang tidak asing baginya “julia! Lamanya tak jumpa” kedua-dua sahabat itu saling berpelukan dan berlaga pipi(?).
Sebaik saja mereka selesai berpeluk-pelukan, Datin Julia mengajak Datin Rina duduk di sofa empuk miliknya itu. “kau sekarang apa khabar? Sihat ke idok?” tanya Datin Julia.
“Alhamdulillah sihat” jawab Datin Rina sambil tangan kanannya menyentuh dada kirinya dengan gaya ala-ala diva. “Ha ni kau datang ada apa” tanya Datin Julia pula.
Datin Rina tersenyum seperti kerang busuk “aku sebenarnya ada hajat” kali ini tangan kanannya penepuk lengan Datin Julia pula. “Hajat apa tu? Nak minta aku recommentkan jamu ke” gurau Datin julia.
“bukan lah, kau ni dari dulu suka menyakat” Datin Julia tersengeh mendengar kata-kata kawannya itu. “macam ni, aku cadang nak kahwinkan anak kau dengan anak aku” jelas Datin Rina “yela kita ni kawan dah lama jadi aku nak hubungan silaturahim kita ni jadi lebih erat” sambungnya.
“aku bukannya tak nak tapi anak aku tu baru habis sekolah. Baru nak kenal dunia baru” ujar Datin Julia dengan senyum tawar.
“tak apa pasal tu kau jangan risau nanti lama-lama dia akan biasa juga” balas Datin Rina sambil memegang erat tangan kawan baiknya.
*****
Adib menyarungkan jaket jins berwarna biru pada badannya kemudian kunci kereta dicapai lalu keluar dari biliknya dan terus menuruni anak tangga.
Sedang adib melangkah menuruni anak tangga yang terakhir, tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggilnya. “ya mummy, ada apa? Adib nak keluar ni” jelasnya.
“come here, mummy ada sesuatu nak tanya ni” kata Datin Rina sambil pegang beberapa keping gambar. Dengan malas adib berjalan kearah mummynya yang sedang duduk di sofa.
“antara gambar-gambar ni yang mana adib suka” Datin Rina menghulurkan gambar-gambar tersebut pada adib. “for what?” tanya adib. “untuk dijadikan bakal menantu mummy” adib tertawa mendengar kata-kata itu tadi.
“not funny mummy” dengan sisa gelak tawa adib mengambil gambar-gambar tersebut lalu menyelak satu per satu gambar tersebut. Sampai saja helaian yang terakhir, adib terhenti lalu melihat dengan lebih teliti. What? Batrisha?
“mana mummy dapat gambar ni?” sambil menunjukkan gambar itu pada Datin Rina. “rahsiaa..” kata Datin Rina dengan ejekkan.
“please mum.. Adib nak tahu” rayunya. Tulah kau tadi sombong lagi. Ha kan dah. “no no no nanti you akan tahu” ujar Datin Rina kemudian mengambil semula gambar-gambar tersebut.
“haishh, okay fine. Adib keluar dulu” pasrahnya lalu beredar dari situ.
*****
Didalam bilik yang cahaya lampunya samar-samar, Batrisha tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih teringatkan kata-kata mamanya. Bertunang? Dengan umur yang masih muda dan mentah ni?
Hishhh! Serabutnya.
Dia cuba lagi pejamkan mata untuk tidur tetapi masih tetap tidak mahu tertelap. Degil punya mata!
“arhh, susah betul nak tidur”
Batrisha memusingkan badannya ke sebelah kanan.
“bertunang? Apa pulak sebenarnya ni? Aduhh aku tahu la dah abis sekolah tapi aku muda lagi kot takkan terus suruh bertunang” sedang dia mengomel sendiri, tiba-tiba dia teringatkan cikgu Adib.
Batrisha cepat-cepat menutup matanya. Mengapa? Mengapa dia tiba-tiba teringatkan lelaki itu? Apa yang tak kene dengan dirinya malam ini?
BERSAMBUNG..
Sorry lambat update sebab sis busy, sometime takdek idea nak update...ok lah sis nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN tulus dari hati.
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)
Roman d'amour"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat. Slow Update.