"LAIN kali kalau dah tahu ada semput tu, jangan nak terjerit-jerit. Nak mengamuk bagai. Nasib baik tak mati katak," omel Hazril Irfan sambil memerhatikan Syakilla yang sedang duduk menenangkan dirinya di birai katil.
Syakilla buat tidak tahu. Inhaler berwarna coklat yang berada di dalam genggamannya dikuis-uis. Dia bernafas perlahan.
"Kenapa tak beritahu aku yang kau ada semput?" soal Hazril Irfan. Punggung dihenyak di sebelah Syakilla.
"Penting ke untuk kau tahu?" soal Syakilla pula.
"Penting. Kau tu isteri aku. Semua benda kena beritahu aku. Tiba-tiba sesak nafas macam tu. Aku ingat apalah tadi," balas Hazril Irfan.
Syakilla terus berdiri. Inhaler disimpan ke dalam laci meja soleknya. Dia bergegas ingin keluar dari bilik tidur.
"Nak pergi mana?" soal Hazril Irfan. Langkah Syakilla dikejar. Lengan Syakilla dicengkam lembut.
"Makan," jawab Syakilla sepatah.
"Dah, kita makan kat luar je." Hazril Irfan mencengkam lengan isterinya. Ditarik wanita itu mendekatinya.
"Pergilah ajak Mariam kau tu makan kat luar. Aku malas."
Hazril Irfan mendengus kasar. Dipaksa Syakilla menukar pakaiannya. Geram betul dengan sikap Syakilla yang menjengkelkan dan kuat melawan.
"Aku bagi kau lima belas minit untuk bersiap. Kalau kau tak siap juga, kau yang aku makan nanti." Hazril Irfan menjegilkan matanya sebelum beredar dari bilik tidur isterinya.
Syakilla menggetap bibir. Kalau ikutkan hatinya yang sedang terbakar itu, nak saja ditampar muka suaminya berkali-kali. Nasib baiklah dia masih sayang akan Hazril Irfan. Tak tergamaklah dia nak menyakiti lelaki yang dicintai.
YUSMAN membantu Mak Timah memasukkan mi kuning ke dalam plastik lutsinar. Kemudian, telur rebus dibelah dua sebelum dimasukkan ke dalam plastik yang sama.
"Mak confirm ke nak try jual mi rebus?" soal Yusman, inginkan kepastian.
"Ya, kenapa?" Kening nipis Mak Timah terjongket tinggi.
"Tak ada apa-apa. Nanti mak nak letak mi rebus ni kat mana?" soal Yusman lagi.
"Emak dah cadang nak letak kat warung Haji Meon dengan warong Mak Cik Ramlah. Mereka pun dah setuju. Mak jual lima ringgit sebungkus," jelas Mak Timah.
Mulut Yusman membulat. Laju tangannya memasukkan mi kuning ke dalam plastik lutsinar.
LANGKAH Hazril Irfan dan Syakilla terpaku sebaik bertembung dengan Mariam yang ingin keluar dari restoran. Hazril Irfan terpaksa mengawal reaksi wajahnya walhal dalam hati meronta-ronta ingin memeluk Mariam dan meluahkan rasa cintanya kepada wanita itu.
"Abang, tadi abang cakap nak belanja ayang makan, kan? Ayang dah lapar ni." Syakilla tergedik-gedik memeluk lengan suaminya.
Mariam menunduk ingin mengawal rasa sebak di dalam dada. Bibir diketap kuat. Bila-bila masa air matanya boleh mengalir.
"Mariam, kami tumpang lalu. Aku dengan suami tercinta nak sarapan kat sini. Tak sangka pula terjumpa kau," ujar Syakilla bersahaja.
"Macam mana life lepas berkahwin? Bahagia?" Mariam memberanikan diri untuk bertanya. Tajam matanya merenung ke dalam mata Hazril Irfan.
"Bahagia sangat. Hari Rabu nanti Hazril nak bawa aku pergi honeymoon di Maldives. Nanti aku snap gambar. Aku share kat kau, ya? Lepas tu, kami pun dah plan nak ada anak. Mungkin sebulan dua nanti aku disahkan mengandung. Kan, abang?" Syakilla lebih laju membalas.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...