Bab 29

27.7K 701 44
                                    

FIRDAUS menghempas punggung di sebelah bakal bapa mertua tidak jadinya itu. Ditebalkan mukanya menegur Pak Hassan yang sedang mencarik-carik roti canai.

"Pak Hassan makan sorang-sorang aje?" soalnya, kekok.

Pak Hassan terus mengangkat mukanya memandang Firdaus. "Ya, Firdaus. Pak cik ajak Mak Timah kamu tapi dia tak mahu. Yusman pula turun ke laut."

"Kawan-kawan Pak Hassan mana?" soal Firdaus lagi.

"Mereka sibuk mencari makanan laut kat Pantai Leka. Pak cik malas nak ikut sama," jawab Pak Hassan lagi.

Firdaus terus menarik kerusi di depan lelaki tua itu. Dilabuhkan punggungnya di situ. Sebelah tangan diangkat memanggil gadis lingkungan lapan belas tahun. Usai membuat pesanan, terus pandangannya ditalakan ke muka Pak Hassan.

"Saya ingatkan minggu depan saya nak pergi Kuala Lumpur. Saya nak kerja di sana," ujarnya menyatakan hasrat di hati.

"Eh, kamu baru balik dari Singapura takkan nak pergi Kuala Lumpur pulak? Bukan kamu kata kamu nak kerja kat sini sambil jaga mak kamu tu?" Terkejut Pak Hassan mendengar hasrat Firdaus yang ingin bekerja di Kuala Lumpur.

Firdaus mengukirkan senyuman kelat. Dah kalau teman wanitanya ada di sana. Dia terpaksalah menyusul sekali. Takkan nak dibiarkan Syakilla terkontang-kanting sendirian.

"Awalnya memang rancang macam tu tapi bila difikirkan semula, kerja apa yang saya nak buat di kampung ni. Baik saya merantau. Lagipun, saya ada kawan yang duduk di Kuala Lumpur sana tu. Kebetulan, di tempat kerja dia ada nak pakai cleaner," balas Firdaus bersahaja.

Pak Hassan menggaru keningnya. Setakat menjadi tukang cuci, di mana-mana pun boleh. Tidak perlu sampai ke Kuala Lumpur pun. Pelik betul dengan Firdaus.

"Syarikat apa kawan kamu kerja tu, Daus?" soal Pak Hassan, mahukan kepastian.

"D'Popcornz tu..."

Pak Hassan terkejut. Dah tentu-tentulah Firdaus akan bertemu dengan anak perempuannya di sana nanti. Syakilla dah jadi isteri kepada Hazril Irfan. Mustahil mereka tak berjumpa. Nafas dihela kasar. 

"Kenapa tak nak kerja kat sini?" soal Pak Hassan lagi. Rasanya banyak aje kerja kampung yang sesuai untuk Firdaus. Menyawit pun boleh.

Firdaus melarikan anak matanya dari memandang mata sepet Pak Hassan. Takkanlah nak diberitahu pula niatnya ke Kuala Lumpur tu sebab nak mencari Syakilla. Memang kena pelangkunglah jawabnya.

"Sebab saya nak cuba bekerja di sana. Kenapa Pak Hassan banyak tanya?"

"Aku bukan banyak tanya cuma aku pelik dengan kamu. Tak apalah, Daus. Suka hati kamulah." Tangkai cawan dikait. Didekatkan bibirnya ke birai cawan.

USAI nenggoreng nasi sebagai menu sarapan, Syakilla terus melangkahkan kakinya ke ruang tamu. Sambil bercekak pinggang dia berdiri di hadapan Hazril Irfan.

Tadi, lelaki itu merengek-rengek nak sarapan. Ikutkan hati, dia masih kecewa dengan apa yang berlaku semalam tapi, tanggungjawabnya sebagai isteri perlu dilaksanakan juga.

"Sarapan dah siap, makanlah," ajaknya.

Hazril Irfan memandang sekilas isterinya sebelum menghadiahkan satu cerlungan tajam kepada Syakilla.

Pagi-pagi lagi Syakilla dah seksa naluri kelakiannya. Tidur berkemban dengan rambut yang dibiarkan terlepas. Tipulah kalau dia cakap dia tidak tergoda. Acap kali dipujuk Syakilla agar melayannya tapi, Syakilla enggan.

Dia tahu, isterinya itu masih marah lagi berkaitan hal semalam. Alah, biarkanlah. Bukannya salahnya pun. Syakilla aje yang mengada-ada.

"Tadi kau kejut aku, kan? Kau cakap kau nak sarapan. Bila aku dah siapkan sarapan, kau buat perangai pula. Penat aku goreng nasi tu!" bentak Syakilla. Hingusnya disedut-sedut. Ini semua pasal terdedah dengan air hujan semalam. 

"Suka hati aku lah nak makan ke tidak. Perut aku, kan? Tak payah nak membebel," balas Hazril Irfan acuh tak acuh.

"Kalau tak nak sarapan tak payahlah cakap kau lapar. Kau ni memang hantu betullah!" Syakilla terus mencubit kuat lengan suaminya.

Hazril Irfan mendesis kesakitan. Lengannya yang dicubit oleh Syakilla diusap-usap. Disambar pergelangan tangan Syakilla. Dipaksa Syakilla duduk di sebelahnya.

"Aku cakap tadi dah, kan? Aku nakkan kau bukannya makanan. Kau tak faham ke apa?" Tajam mata Hazril Irfan menikam ke dalam mata isterinya.

"Macam mana aku nak faham sedangkan kau sendiri tak pernah nak faham bila aku suruh kau balas cinta aku semula," ujar Syakilla bersahaja. Dikeraskan badannya apabila Hazril Irfan menariknya mendekat.

Hazril Irfan panas hati. Dia tahulah dia dah menyakitkan hati Syakilla semalam tapi, sesakit mana pun hati wanita itu, Syakilla tak ada hak untuk mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Geram melihat bibir merah bak delima itu membetah percakapannya, terus dikucup bibir isterinya bertalu-talu. Kedua-dua belah tangan Syakilla dikunci ke atas.

Syakilla meronta-ronta di bawah kekuasaan suaminya. Tidak rela dicumbu oleh Hazril Irfan sedangkan keadaan mereka masih dingin. Tambahan pula, dia hanya dianggap sebagai adik. Hatinya terluka...

Hazril Irfan menjatuhkan kucupannya ke tepi rahang Syakilla. Belum sempat tangannya naik menyingkap pakaian isterinya, telefonnya terlebih dahulu berdering. Dia berdecit sebelum menjarakkan tubuhnya daripada Syakilla.

Telefon yang terletak di atas meja kaca dicapai. Tertera nama Datin Bahiyyah di situ. Lekas panggilan daripada mamanya dijawab.

"Hai, ma." Hazril Irfan menyapa. Sempat dikucup pipi Syakilla. Sibuk sangat mengelamun sampai tak sedar tindakan drastiknya.

Syakilla mengesat bekas kucupan Hazril Irfan di pipinya menggunakan lengan baju. Wajahnya masam mencuka.

"Hazril, mama nak beritahu yang tiket honeymoon kamu ke Maldives tu dah ada ni. Tengah hari nanti datang sini. Mama masak lebih. Ajak isteri kamu tu sekali," ujar Datin Bahiyyah di corong telefon.

"Malam boleh tak, ma? Tengah hari busy sikitlah." Hazril Irfan tergelak kecil. Anak mama ni busy nak bagi mama cucu, getus hatinya.

Sebelah kening Datin Bahiyyah terangkat tinggi. "Busy apa? Papa bagi cuti, kan? Kamu pun ada di rumah, kan? Tak pergi mana-mana, kan? Datanglah ke sini.

Hazril Irfan menarik keluhan berat. Dikerling sekilas jam di dinding. Lagi setengah jam nak masuk pukul dua belas tengah hari.

"Mama cakap nak cucu, kan? Hazril dengan Kella tengah usaha sekarang ni," ujarnya bersahaja.

Membuntang mata Syakilla apabila Hazril Irfan bilang begitu. Ah! Dia pula yang terpaksa menanggung malu.

"Ya Allah! Siang-siang pun jadi ke apa kamu ni? Sudah, jangan nak mengada-ada. Pukul dua belas nanti kamu mesti dah ada di sini. Kalau tak mama merajuk setahun." Usai menggertak, panggilan dimatikan.

Hazril Irfan terus meletakkan telefonnya ke tepi selepas Datin Bahiyyah mematikan panggilan. Tunak matanya memerhatikan tubuh Syakilla.

"Nasib baiklah mama suruh kita datang ke rumah dia. Kalau tak, aku uli-uli badan kau macam tepung," gumam Hazril Irfan.

Syakilla mencebik. Dikerling sekilas gambar lockscreen iPhone milik suaminya. Hatinya dihambat rasa cemburu. Hazril Irfan masih meletakkan gambar Mariam sebagai gambar latar belakang lockscreennya.

"Cantik wallpaper. Aku pun nak letak gambar Reza. Bye!" Sejurus itu, langkah diayun ke bilik tidurnya. Semakin lama dia mendekati Hazril Irfan, semakin sakit yang dia rasakan.

Hazril Irfan berdecit.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now