Bab 32

28.1K 663 40
                                    

HAZRIL IRFAN memimpin tangan Syakilla sebaik saja mereka tiba di Kaani Resort, Maldives. Dibawa isterinya meninjau-ninjau tempat beradu mereka berdua selama seminggu berada di sini.

Kemudian, dibawa pula isterinya keluar melihat pantai. Tidak jauh daripada situ, terdapat beberapa orang pelancong sedang bermandi-manda dengan memakai bikini.

"Kau nak tengok pantai ke nak tengok badan orang?" soal Syakilla. Ada terselit nada cemburu di hujung ayatnya.

"Cuba kau pakai macam tu depan aku malam ni." Pinta Hazril Irfan sambil tersengih nakal. Terangkat sebelah keningnya memandang tubuh Syakilla.

"Tak boleh. Nanti kau meleleh," usik Syakilla.

Hazril Irfan mencebik. "Kita akan stay kat resort ni selama seminggu. Kau duduk baik-baik. Jangan jakun sangat. Yalah, first time datang sini, kan?"

"Eleh, macamlah kau dah pernah datang sini." Syakilla berpeluk tubuh.

"Aku dah pernah datang sini pun. Kau apa tahu?"

"Yalah tu? Dengan siapa?" Syakilla menduga.

"Mariam. Kami bercuti di sini tahun lepas masa sekolah cuti," balas Hazril Irfan bersahaja. Kedua-dua belah tangannya disimpan ke dalam saku seluar Khaki berwarna coklat gelap yang dipakai.

Hati Syakilla hancur. Tangannya direntap daripada cengkaman Hazril Irfan. Matanya berkaca-kaca. Baru sebentar tadi dia berasa gembira, sekarang dia menyesal pula kerana ikut suaminya pergi berbulan madu di sini.

"Kenapa tak beritahu aku yang kau dengan Mariam dah pernah sampai sini?" soal Syakilla bernada kasar.

"Aik, kenapa pulak? Bukan kau yang nak datang sini? Aku dah bawa, kan?" Hazril Irfan mengerutkan keningnya.

"Kalau aku tahu kau dengan Mariam pernah jejakkan kaki di Maldives, aku tak akan pilih untuk datang sini. Aku tak nak pergi sini!" Herdik Syakilla semahu-mahunya.

"Apa masalah kau? Aku dah bawa kau datang sini lepas tu tak nak datang sini pulak. Habis tu, kau nak pergi mana?" Marah Hazril Irfan. Geram betul dia dengan sikap Syakilla yang mengada-ada.

"Somewhere? Tempat yang hanya kita berdua pernah jejak tanpa wujudnya Mariam," balas Syakilla. Nada suaranya berubah kendur.

Hazril Irfan mendengus kasar. Dia tidak ada masa ingin memujuk isterinya. Tempoh hari, Syakilla juga yang sibuk nak datang ke sini. Bila dia sudah bawa, isterinya buat perangai pula. Pening!

"Ikut kau lah. Aku dah bawa kau ke sini dah pun. Kau suka atau tak, itu terpulang pada kau." Hazril Irfan menghempas punggung di sofa yang berada di luar resort.

"Aku benci kau!" Jerit Syakilla sekuat hati. Dia terus lari masuk ke dalam dan melepaskan tangisannya.

Aku benci kau. Perkataan itu sungguh membakar sekeping hati Hazril Irfan. Diekori langkah isterinya. Direntap lengan Syakilla. Dipaksa Syakilla memandangnya.

"Aku dah tak tahan nak layan perangai mengada-ada kau, tahu tak? Tempoh hari, kau yang sibuk nak datang sini. Aku dah bawa datang sini kau buat perangai tak semenggah kau pulak. Apa kau nak sebenarnya!" jerkah Hazril Irfan. Lantang.

"Kau tipu aku. Kau tak beritahu pun yang kau dengan Mariam dah jejakkan kaki di sini. Kalau kau beritahu, aku lebih rela pilih tempat lain. Kau tipu!" Syakilla menjerit semahu-mahunya.

Beg pakaiannya dihempas. Segala barang perhiasan yang berada di dalam resort itu dibaling.

"Syakilla Izzati!" Hazril Irfan hilang sabar.

"Kau tipu. Kau penipu!" Syakilla masih tidak berhenti mengamuk. Cadar katil ditarik-tarik.

Hazril Irfan menarik Syakilla ke dalam pelukan. Diredakan kemarahan isterinya itu.

"Aku minta maaf, okey?" Dikucup pipi Syakilla bertalu-talu.

"Aku nak balik Malaysia." Syakilla meloloskan diri daripada pelukan suaminya. Beg yang berisi pakaiannya lekas dibimbit.

"No! Kita dah sampai sini. Aku dah bayar resort ni untuk seminggu. Kau gila ke?" Tajam mata Hazril Irfan mencerlung isterinya.

"Aku nak balik. Aku nak balik!" Syakilla menjerit kuat.

Hazril Irfan meraup wajah. Dia dah buntu. Mana mungkin mereka pulang sedangkan duitnya sudah dilaburkan untuk membayar resort ini. Dia tidak suka membazir.

"Kita stay sini seminggu. Titik!" Putus Hazril Irfan.

Arghhh!

Syakilla menjerit-jerit bagai orang gila. Taburan bunga di atas katil disepah-sepahkan. Bulan madu yang diimpikan bahagia sekadar menghadirkan mimpi ngeri dalam hidupnya.

"Syakilla Izzati. Aku bagi last warning. Kau mengamuk sekali lagi, kau kena dengan aku!" jerkah Hazril Irfan.

"Aku benci kau! Aku benci kau! Penipu! Jantan tak guna! Aku ben..."

Pang!

Kata-kata Syakilla termati sebaik saja telapak tangan kasar Hazril Irfan menampar pipinya. Mutiara jernih mula membasahi pipi. Tersedu-sedu dia menangis.

"Kella, ak...aku..." Hazril Irfan mendekat.

"Jangan sentuh aku!" Syakilla menepis tangan suaminya.

Syakilla terus menghenyak tubuhnya di atas katil. Dia mengiring membelakangi Hazril Irfan. Dihamburkan tangisannya semahu-mahunya. Pipi yang perit dek tamparan suaminya disentuh. Hadiah untuknya sempena berbulan madu.

Hazril Irfan serba salah. Dia bukan sengaja tetapi tidak sengaja. Syakilla mencabar kesabarannya sebagai seorang suami.

"Kau menangislah puas-puas. Aku nak keluar cari makanan. Nanti aku balik." Hazril Irfan terus meninggalkan isterinya.

Tangisan Syakilla berubah menjadi semakin sayu. Bantal yang digunakan sebagai alas kepala basah dengan juraian air matanya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now