IAH:44

7.6K 337 4
                                    


Tarikh peperiksaan SPM semakin hampir.Tinggal 3 hari saja lagi sebelum pelajar tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan besar, yang akan menentukan halatuju masing-masing selepas ini.

Para pelajar bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran manakala ada segelintir pelajar yang hanya 'goyang kaki'. Biasalah anak orang kaya.Tak bijak pun boleh berjaya. Mengharapkan duit mak bapak.

"Siap!"kata Kaira sambil menutup buku.Kepala di letakkan di atas meja.

"Aik? Cepatnya? Kalau macam tu aku pun dah siap!"Maira turut melakukan perkara yang sama

Hazel,Iris dan Bella turut menutup buku.Masing-masing melepaskan keluhan.

Tarikh peperiksaan yang semakin hampir amat merisaukan.Mereka terpaksa berkerja lebih keras untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.

"Korang jomlah balik bilik.Aku penat ni."kata Iris lemah.Dah 4 jam mereka study.

"Banyaklah kau balik bilik.Kau lupa ke sekarang waktu apa?" tanya Kaira.

Iris mengerling jam di dinding kelas.

"Malaslah aku nak turun padang.Penat sangat dah ni." kata Bella.

"Kau jangan nak buat hal.Cepat kemas."arah Hazel sambil mengemas buku latihan yang bertaburan di atas meja.

Yang lain turut mengemas buku masing-masing.

Tiba-tiba kedengaran siren.

"Bisinglah! Gila ke apa?! Aku penat ni setan."marah Maira sambil menutup telinga.

"Tak lain tak bukan.Sport check gais."kata Kaira.

"Perhatian kepada pelajar Briller highschool,sila kembali ke bilik masing-masing kerana sebentar lagi pengawas akan berkunjung bilik ke bilik untuk melakukan sport check.Saya mendapat aduan ada benda haram diseludup masuk ke dalam sekolah kita.Jadi diminta semua pelajar memberikan kerjasama. Sekain."

"Barang haram apalah pulak cikgu Salimah oi?"Bella sudah bercekak pinggang.Dengar suara dah kenal siapa.

"Korang rasa apa eh?"tanya Hazel ingin tahu.Telefon bimbit,airpod,laptop,iPad memang dibenarkan.

"Entah.Maybe dadah."jawab Kaira dengan suara yang sengaja diseramkan.

"Sakitlah jebon!"Kaira menggosok belakang kepalanya yang ditampar oleh Iris.

"Woi buat apa lagi dekat sini? Balik bilik sekarang!"laung seorang pengawas lelaki.

"Hek eleh mamat ni."

"Maira stop."tegur Hazel.

Maira menarik muka. Nak gaduh sikit pun tak boleh.

***

"Jemput masuk anak-anak. Maaflah aunty tak sempat nak sediakan biskut raya." pelawa Maira kepada 3 orang pengawas perempuan.

"Dia dah mula dah."kata Kaira.

"Woi apa kau buat dekat sini? Pergi sport check bilik budak lelaki sanalah."marah Maira kepada Adam,Mikael dan Lutfan.

Mereka bertiga hanya menayangkan muka selambar.

"Bilik budak lelaki dan perempuan yang lain semua dah siap. Bilik korang je yang belum." jawab Lutfan.

"Korang sengaja nak mengelak daripada sport check kan? Ke korang yang seludup benda haram tu?"

Hazel,Maira,Kaira,Iris dan Bella menjeling Mikael tajam.Sedap mulut je nak tuduh orang.

"Baik kau jaga mulut kau tu sebelum aku lempangkan."ugut Iris.

"Dah jangan cakap banyak. Beratur dekat tengah-tengah ni sekarang."arah Adam dengan muka dingin.

Hazel,Maira,Kaira,Iris dan Bella hanya akur.Mereka berlima berdiri betul-betul di ruang tengah bilik itu.

Sport check mula dilakukan.

"Eh jangan sentuh patung monyet aku."Bella memberikan amaran kepada Lutfan yang ingin memegang anak patungnya.

"Patut perangai macam monyet. Kawan dengan monyet rupanya." kata Lutfan perlahan.Kang kalau Bella dengar matilah dia.

"Seriously kau tidur dengan benda ni?"tanya Adam sambil membelek anak patung unicorn sebesar 80 cm itu.

"Haah.Kenapa? Tak boleh ke tidur dengan anak patung unicorn?"tanya Hazel balik. Dia pantang sebenarnya kalau orang sentuh anak patung unicorn kesayangannya.Tapi takkan dia nak marah Adam?

"Boleh je,cuma...."

"Tak! Jangan! Shit!"

"A...aku minta ma...af...aku tak sengaja."kata Mikael sambil menutup mata.

Iris memandang sayu kearah pakaiannya yang bertaburan diatas lantai termasuklah pakaian dalamnya.

Adam dan Lutfan memandang ke tempat lain.

Hazel,Maira,Kaira dan Bella sedaya-upaya menahan gelak. Tulah bila orang suruh lipat baju elok-elok kau pergi sumbat macam tu je dalam almari.Kang dah kena.

"Tak....takpe biar aku kemas." kata Mikael kalut.

"Apa kau buat ni setan?! Berani kau sentuh aku punya ARGHHHHHHH!!!!"

Iris memukul-mukul kepala Mikael.Sekarang macam-macam rasa ada.Marah,malu,geram, rasa nak bunuh orang pun ada.

Lintang pukang Mikael keluar daripada bilik itu apabila Iris mula bertindak agresif.

"Bodoh ah kawan kau."kata Bella kepada Lutfan sambil memandang Iris dan Mikael yang  berkejaran diluar.

"Kau silap.Aku tak ada kawan macam tu."balas Lutfan.

"Korang cari apa sebenarnya? Benda haram apa?"tanya Hazel.

"Dadah dan arak."jawab Adam selambar.

Ternganga Hazel,Kaira,Maira dan Bella dibuatnya.

"Siapa yang bawak benda macam tu?"tanya Kaira.

"Kalau kitaorang tahu tak adanya  nak sport check semua bilik. Buang masa je.Dahlah exam dah dekat.Study lagi bagus." jawab Lutfan.

Mereka berempat hanya menge'oh'kan.










Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now