"Awal pagi sudah mengelamun jauh?" tegur satu suara.
Tersentak aku dengan sapaannya. Dia yang aku kenali sejak aku menumpang teduh disini. Dia yang melangkah menghampiri aku yang masih tegak mematung tidak berganjak walau setapak. Dia datang dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir menghiasi seraut wajah Eurasian yang diwarisi dari bapa yang berasal dari Eropah dan ibunya dari Indonesia. Kacak? Siapa memandang pasti terpikat. Itu aku pasti. Aku? Masih ada yang menghalang.
"Tidaklah. Sekadar menikmati pemandangan diawal pagi."
Auranya makin terasa apatah lagi saat dia berdiri disisiku. Dia turut memandang ke hadapan. Sama sepertiku namun akal kami menerjah kearah yang berlainan.
"Setiap hari kita melihat pemandangan yang sama, Jannah. Tidak pernah sekalipun kamu berasa jemu?" soalnya sambil berpaling padaku.
Aku menggeleng. "Kerana apa yang ada didepanku ini, sesuatu yang bisa mendamaikan hati."
Dia terdiam. Matanya dilarikan kearah hadapan semula.
"Ethan, jika kamu diberi peluang untuk menikmati hidup sekali lagi, apa yang mahu kamu lakukan? Apakah impianmu?"
Tanpa sedar, soalan ini yang terkeluar dari mulutku. Entah kenapa. Aku sendiri tergamam.
Dia berpaling semula memandang padaku dan pandangan kami bertaut. "Mencintaimu...."