Bab 36

29.7K 652 41
                                    

HAZRIL IRFAN bermain dengan rambut Syakilla yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya. Bahu yang terdedah dikucup perlahan.

"Kau ni comel sebenarnya cuma garang sikit," gumamnya.

Comforter ditarik sedikit lagi menutup bahu isterinya. Badannya dipusingkan menghadap isterinya. Tangannya menjalar ke pinggang Syakilla yang tidak dibalut dengan sebarang fabrik.

"Thank you sebab kau dah jaga kesucian kau untuk aku tapi, aku minta maaf sebab aku tak mampu cintakan kau." Dikucup sisi wajah isterinya.

Syakilla merengek apabila ada sesuatu yang nakal sedang mencuit hidung dan bibirnya. Tangannya digawang-gawangkan.

Hazril Irfan menenangkan Syakilla. Ditepuk-tepuk lembut isterinya itu. Ditarik tubuh Syakilla ke dalam pelukannya.

FIRDAUS terkejut setelah membaca artikel berkaitan anak pemilik syarikat D'Popcornz. Dia tidak menyangka yang dia sudah jauh ketinggalan. Dia tidak pernah tahu langsung yang bekas kekasihnya telah berkahwin dengan Hazril Irfan. Sikap malas untuk membaca berita membuatkan otaknya tepu.

"Tak boleh. Syakilla pernah cakap dia cinta dekat aku seorang. Syakilla cakap dia akan tunggu aku. Tak mungkin. Berita ni tipu!" Firdaus meraup wajah.

"...Sebab dia lebih cantik daripada kau..."

Kata-kata yang melontar keluar dari mulutnya suatu ketika dahulu berlegar-legar di dalam benaknya. Firdaus menggeleng.

"Kalau aku tak dapat Syakilla, kau pun tak akan dapat dia. Biar kita dua-dua rasa kehilangan yang sama." Firdaus tersenyum sinis.

Sekeping gambar wanita yang memakai baju sekolah dicapai. Firdaus mengusap-usap gambar itu.

"Syakilla, awak hak saya seorang. Awak kena ingat semula janji awak kat saya." Firdaus mengucup gambar itu bertalu-talu.

"Tambah lagi, awak dah cantik sekarang. Tak mungkin saya lepaskan awak." Gambar Syakilla dipeluk pula.

MASROSHI disuakan ke dalam mulut. Terpejam-pejam mata Syakilla menikmati makanan yang sungguh enak. Dia sudah makan banyak hari ini. Makanan Hazril Irfan turut dikacau juga. Dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan masroshi yang dibeli oleh suaminya.

"Kau ni makan macam dah setahun tak makan. Jangan mengadu kat mama aku tak beri makan pulak kat sini," leter Hazril Irfan.

"Wei, sumpah sedap! Macam tak nak balik pulak rasa. Tapi itulah, tinggal dua hari kita kat sini." Syakilla memandang suaminya.

Eleh, masa awal-awal datang sini kau juga yang mengamuk macam orang tak ada pedoman. Sibuk nak balik Malaysia. Kutuk Hazril Irfan dalam hatinya.

"Kau duduklah sini sorang-sorang. Aku nak balik. Aku nak kerja." Selamba Hazril Irfan membalas.

"Boleh-boleh. Mat sal..."

"Kau sebut pasal mamat tu, aku baling kasut aku kat muka kau!" Amaran Hazril Irfan. Cemburu kerana Syakilla menyebut perihal lelaki lain di hadapannya.

Syakilla mencebik. Kari dituang sedikit ke atas daun chapati.

"Nanti kita jalan-jalan, nak?" ajak Syakilla.

"Nak jalan pergi mana?" soal Hazril Irfan bersama kerutan di dahi. Kalau boleh, dia nak berkurung satu hari di dalam resortnya.

"Mana-manalah. Aku bosan asyik terperap dalam bilik," balas Syakilla. Airnya disisip perlahan.

Hazril Irfan mengangguk. Isteri dah meminta, bagi ajelah. Kalau mengelak nanti merajuk pula Puan Syakilla tu.

PULANG dari meninjau-ninjau tempat, Hazril Irfan terus menghenyak tubuh di atas katil. Kakinya sakit kerana terlalu banyak berjalan. Diperhatikan saja Syakilla yang sedang menanggalkan solekannya. Pandangannya jatuh ke perut isterinya. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Kau nak ada baby dengan aku?" soal Hazril Irfan. Wajahnya keruh semasa mengajukan soalan itu.

Syakilla terus menoleh ke arah Hazril Irfan. Tisu basah di dalam genggamannya dibuang ke dalam tong sampah mini. Kepalanya dianggukkan.

"Semua pasangan yang dah kahwin memang nak anak, kan?"

Hazril Irfan terdiam. Dia tak mahu ada anak dengan Syakilla tapi, malam tadi dia telah melakukan kesilapan. Dia yang cuai kerana terleka dengan asakan nafsunya.

"Tak nak rancang dulu?" soalnya.

"Kenapa?" soal Syakilla, bengang.

Dia faham Hazril Irfan tak nak ada anak dengannya tapi, dia kisah apa? Dia isteri Hazril Irfan yang sah. Dia berhak mengandungkan anak lelaki itu.

"Tak ada apa. Aku saja tanya."

"Kalau kau tak nak, aku tak kisah. Lelaki lain boleh bagi aku anak." Syakilla mula mengugut.

Hazril Irfan terkejut. Dia terus berdiri kemudian tubuh kecil Syakilla ditolak merapati dinding kaca. Dadanya mula berombak kencang.

"Cuma aku yang boleh kembungkan kau bukannya lelaki lain!" Herdiknya.

"Then, buat aku mengandung." Syakilla mencabar. Dia mahukan anak. Kata orang, anak itu pengikat kasih suami isteri.

"Kau akan mengandung juga nanti." Suara Hazril Irfan mengendur.

"Bila?" soal Syakilla, tidak sabar.

"Nanti."

"Nanti tu bila?"

Hazril Irfan jungkit bahu. Bukan dia tahu pun bila isterinya akan mengandung.

"Tak sabar nak ada baby dengan kau." Syakilla teruja tetapi Hazril Irfan mempamerkan reaksi wajah ketat.

"Aku nak mandi." Hazril Irfan menjauhi isterinya. Tuala dicapai.

Syakilla menghantar langkah Hazril Irfan melalui sorotan mata. Kemudian, dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam saku seluar. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Mariam dicari.

Laju jari-jemarinya menaip sesuatu untuk dihantar kepada Mariam. Beberapa keping gambar mesranya bersama Hazril Irfan dikongsi kepada Mariam.

"Puas hati aku," gumamnya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now