MARIAM membesar dan mengecilkan enam keping gambar yang dikongsi oleh sahabatnya. Dia berasa sesak apatah lagi setelah melihat foto mesra pasangan suami isteri itu. Foto di mana Hazril Irfan mengucup bibir Syakilla benar-benar menghancurkan hatinya. Dia benar-benar rasa tertipu.
"Awak cakap awak cintakan saya, Hazril. Kenapa awak buat macam ni?" Mariam merintih, hiba.
Nombor Hazril Irfan dibuang dinyah senarai hitamkan. Terus ditekan nombor bekas tunangnya itu. Telefon dilekapkan ke telinga.
"Hai." Mariam menyapa sebaik saja panggilannya dijawab.
"Baby..." Lembut suara Hazril Irfan memanggil.
"Awak sihat? Awak di mana?" soal Mariam, sebak.
"Saya sihat. Saya rindu sangat kat baby. Bila baby nak balik?"
Soalan dibalas soalan. Hazril Irfan membiarkan soalan Mariam tergantung sepi. Serba salah pula nak beritahu tentang keberadaannya.
"Saya tak tahu bila saya akan balik, Hazril. Awak tak jawab lagi soalan saya. Awak kat mana?"
"Malaysia."
"Oh, saya ingat tengah honeymoon di Maldives." Mariam menyindir.
Hazril Irfan terkejut. Dipandang sekilas isterinya yang sedang seronok mengambil gambar di luar tempat penginapan mereka. Dia kembali bersuara.
"Apa baby merepek ni? Tak naklah saya berbulan madu dengan perempuan yang saya benci," balas Hazril Irfan bersungguh-sungguh.
"Jujur dengan saya, Hazril. Awak dah sukakan Kella?"
"Ya Allah! Saya tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia." Bersungguh-sungguh Hazril Irfan menafikan perasaannya.
"Jujur dengan saya, Hazril!" Mariam menengking di corong telefon.
"Saya anggap Kella macam adik. That's it." Balas Hazril Irfan, tenang.
"Adik apa kalau awak cium bibir dia semua. Adik apa, Hazril? Saya terseksa di sini. Susah untuk saya lupakan awak tapi, awak berseronok dengan perempuan lain di Maldives," hambur Mariam.
Hazril Irfan tergamam. Bagaimanakah Mariam boleh tahu aktivitinya? Bukankah dia tidak ada berkongsi di mana-mana aktivitinya bersama Syakilla? Dia bingkas berdiri di penjuru katil.
"Baby, saya..."
"Sampai hati awak buat saya macam ni, Hazril. Sampainya hati awak!"
"Baby, please. Dengar penjelasan saya." Rayu Hazril Irfan.
"Kalau Kella tak hantar gambar kau orang dekat saya, mati-mati saya ingat awak setia dengan saya. Tahniah, Hazril. Awak berjaya hancurkan hati saya," ujar Mariam. Panggilan dimatikan.
Hazril Irfan terduduk lemah di birai katil. Air mata jantannya merembes membasahi pipi. Iphone dicengkam kuat. Tajam matanya merenung Syakilla yang berada di luar.
Tidak betah menahan rasa amarah yang berselirat di dalam hati, Hazril Irfan terus berdiri ingin mendapatkan isterinya.
Ouch!
Syakilla mendesis kesakitan apabila rambutnya dicengkam kuat oleh Hazril Irfan. Telefonnya terjatuh di dalam air.
"Apa yang kau hantar kat Mariam? Beritahu aku!" Herdiknya. Tubuh Syakilla ditolak ke dinding. Dicengkam kuat rahang Syakilla.
"Hantar apa? Sakit, Hazril. Jangan macam ni." Syakilla menggigil melihat kemarahan suaminya yang membuak-buak.
"Jangan berlagak bodoh, Kella. Apa kau hantar dekat Mariam sampai dia call aku sambil menangis!" jerkah Hazril Irfan.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...