Hari yang paling ditakuti oleh semua pelajar tingkatan 5 telah tiba.
Mata Hazel melilau mencari kelibat daddy nya.Entah datang entah tak.Tinggal 15 minit lagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
"Hazel."panggil Dato Amrul.
Hazel terus tersenyum apabila mendengar suara daddy nya. Tubuh tua itu dipeluk erat.
Dah sebulan dia tidak pulang ke rumah.Dia terpaksa stay di sekolah untuk catch up balik apa yang dia tertinggal.
"Hazel minta maaf daddy. Ampunkan segala kesalahan Hazel."kata Hazel tanpa segan silu.
"Hazel tak ada salah pun dengan daddy.Daddy dah maafkan semua kesalahan Hazel."balas Dato Amrul.Kepala anak tunggalnya itu diusap penuh sayang.
"Daddy doakan Hazel ye."kata Hazel bersama air mata.
"Ye.Daddy doakan semoga Hazel dapat jawab peperiksaan dengan baik.Berapa pun result yang Hazel dapat daddy tak kesah.Daddy tahu Hazel dah usaha yang terbaik."kata Dato Amrul.
"Hazel."panggil puan Iman.
Hazel menghadap puan Iman. Wanita itu dipandang.
"Good luck tau Hazel.Jawab semampu boleh.Usaha,doa, tawakal."kata puan Iman.
"Hazel minta maaf.Maafkan segala kesalahan Hazel."Hazel memeluk tubuh tua itu.
Dato Amrul turut memeluk anak dan isterinya.
"Dah tak mau nangis-nangis." kata Dato Amrul.
"Wow.....ada drama tak berbayarlah kat sini."
"Kau ni Maira.Diamlah."marah Kaira.Dia ni memang tak tahu malu betul.
"Seronok eh korang tengok aku nangis."kata Hazel.
"Seronok.Lama tak tengok drama sedih.Dah sebulan aku tak buka tv."kata Maira.
"Gais,aku nak minta maaf."kata Iris tiba-tiba.
"Aku pun.Aku sedar yang aku banyak susahkan korang."kata Bella pula.
"Me too.Maafkan aku."kata Kaira.
"Aku pun nak minta maaf jugak. Aku tahu dalam ramai-ramai akulah yang paling banyak menyusahkan.Maaf jugak kalau aku ada buat korang terasa hati." Kata Maira sambil menangis. Over nya mak cik ni.
"Alolololo meh sini.Tak apa kita kan kawan. Susah senang kita tanggung bersama.Aku pun nak minta maaf jugak.Kalau selama kita berkawan aku ada buat benda yang korang tak suka ke. Maafkan aku ye."Hazel memeluk kawan-kawannya.
"Tolonglah...kenapa sedih sangat ni..hiks....hiks...hiks."semakin lebat air mata Maira.
Pelajar lain memandang mereka berlima aneh. Orang tengah nervous boleh pulak buat drama air mata.Dahlah berdiri tengah-tengah jalan.
"Ehem."
Mereka berlima meleraikan pelukan.
"Kacau ah kau ni.Baru nak sedih-sedih."marah Maira kepada Adam.
"Ikut aku jap."arah Adam kepada Hazel.
Hazel akur.
"Dah solat hajat?"tanya Adam.
"Dah.Ada apa?"
"Saja.Nak tengok muka kau sebelum masuk dewan.Hilang sikit nervous."jawab Adam selambar.
Wajah Hazel mula berona merah.
"Orang bijak pun nervous? Setakat A+ tu mesti kacang je bagi kau."
"Sebijak mana pun kita Allah masih boleh tarik apa yang kita ada sekarang.Tak semestinya aku berjaya je dalam hidup.Mungkin ada masa aku akan jatuh.Allah boleh tarik apa yang aku ada bila-bila masa je Hazel."
Hazel mengangguk setuju.Betul apa kata Adam.Manusia selalu diuji. Tak semestinya kau bijak akan selamanya bijak dan tak semestinya bodoh akan selamanya bodoh.
"Good luck."
"Huh?"
"Aku tak pernah wish dekat sapa-sapa good luck.Ini kali pertama."
"Ceh.Ye ke kali pertama?"tanya Hazel dengan muka tidak percaya.Good luck pun kedekut.
"Ye betul sayang. Kenapa? Tak percaya? Up to you."jawab Adam selambar.
Hazel rasa mahu pitam. Kenapa sekarang juga kau nak gunakan perkataan keramat tu?
"Woi kau kenapa pandang aku macam tu? Takkan dah cair kot." kata Adam dengan senyuman sinis.
"Eh mana ada.Setakat perkataan sayang tu apalah sangat.Tak mampu nak buat aku carilah." tipu Hazel.Padahal dalam hati dah cair macam aiskrim.
Adam menayangkan muka tidak percaya.
"Eh jomlah.Dah lewat dah ni." sengaja Hazel mahu lari daripada Adam.Takut kantoi.
"By the way,Good luck."ucap Hazel sebelum meninggalkan Adam.
***
Dengan lafaz Bismillah,Hazel membuka kertas soalan.
Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Insyaallah dia mampu menjawab semua soalan dengan pertolongan yang maha esa.
Last paper.
Pen diletakkan diatas meja. Akhirnya dapat juga dia menghela nafas lega.
Usaha sudah,doa sudah sekarang tinggal tawakal.
Apa pun keputusan yang dia dapat selepas ini,dia redha.
Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
Malam ni double update sebab lama tak update.😊
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Adventure"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...