CERPEN: ANAK AIR SYEIKH YUNUS(PART 1)

67 0 0
                                    

Pulau Besar yang terletak di bawah jajahan negeri Melaka rasanya dah tak perlu untuk di ceritakan lagi tentang perihal mistik, misteri dan pelbagai kisah-kisah ajaib umpama masuk ke alam yang berbeza.

Pulau yang tidak pernah sunyi dengan pengunjungnya ini, rata-rata datang dengan niat dan hajat yang berbagai khasnya ketika berada di 'sohib' Pulau Besar iaitu Sulthon 'Arifin Syeikh Ismail rahimahullah yang merupakan wali Allah yang punya karomah iaitu perkara mencarik adat yang sangat masyhur baik ketika hidupnya hingga sudah wafat kini, yang di maqamkan bersebelahan masjid Pulau Besar.

Di maqam ini pengunjung akan 'mintak' pelbagai hajat yang rata-ratanya berhasil hajatnya walaupun untuk hajat buruk umpama menang judi, nombor ekor dan sebagainya.

Ada juga yang datang untuk mintak mende pelik-pelik umpama batu bunian, batu akik, geliga, keris pusaka, nak dapat hikmat, nak dapat keramat, malah sebahagian pengamal silat menamatkan pelajaran silatnya di pulau ini serta melengkapkan amaln-amalan kebatinan dan kebal.

Kalau datang ke sini juga pastinya tidak akan terhad dengan pengunjung beragama Islam sahaja, malah sangat ramai dikalangan penganut Hindu dan Buddha juga yang 'mintak' hajat di sini khasnya di maqam Sulthon 'Arifin.

Bila di tanya, "Uncle, you Hindu, why datang mintak hajat dekat Sulthon 'Arifin ni(yang beragama Islam)?" biasa diorang akan jawab macam uncle ni jawab jugak, "Ini Sultan 'Arifin aa, manyak bagus, manyak baik, you agama apa pun, you mintak dia bagi punya, dia tak kedekut."

Di sekitar pulau ini jugak terdapat banyak perigi-perigi yang airnya segar dan tak tercemar, walau dah banyak perigi yang dah tutup, perigi buta. Ramai juga yang datang mandi di perigi ni baik lelaki, perempuan, Islam atau tidak dengan niat buang sial. Kata mereka, sebelum mandi, niat mesti suci, ikhlas dan jangan ragu-ragu atau tak yaqin, yaqin tu penting!

Kalau dah setiap kali mintak dapat, berhasil, mana tak selalu datang ye tak?

Boleh kata tiap minggu akan ada orang buat nazar, sebab tu di sebelahnya ada penternakan kambing untuk sembelihan nazar atau korban yang kemudian di masak untuk semua tetamu yang hadir. Pada malam Jumaat di adakan majlis zikir secara besar-besaran.

Malah tak kurang, tak kurang juga yang dek kerana cinta dan terlalu berkenan dekat pulau ni, maka terus tinggal di di sini tak pulang-pulang ke rumah lagi dah, dah buat setinggan dekat sini. Aku taklah berpengalaman sangat dengan Pulau Besar ni, cuma pernah la beberapa kali datang ke sini.(hingga aku dah kahwin sekarang ni pun bawak bini aku jalan sini)

Pasal kisah misteri aku raser korang boleh search je dekat google. Yang aku nak citer kali ni adalah seorang kenalan aku masa bujang dulu, Syarip. Orangnya biasa-biasa sahaja, tak lah mengaji agama tinggi. Cuma dia pernah sebut adalah ngaji agama secara tak formal dengan bapa saudaranya yang beliau gelar Tok Muara Tebas. Syarip ni ada bisness stationary dekat Kuala Kubu Bharu. Dah 3 tahun berbisness, alhamdulillah boleh tahan la, sekarang dah ada seorang pekerja. Orangnya tinggi lampai, kulit putih, rambut panjang melebihi cuping telinga, handsome la orangnya, tapi bujang lagi. Dia kenal aku pun sebab selalu sangat potostat bukulah, artikel la dekat kedai dia. Tak la kenal sangat, tapi tahulah dia asal dari Duyung, Melaka, keluarganya orang biasa-biasa saja. Dia hijrah ke Selangor 3-4 tahun dulu. Bila free-free, dialah jadi kawan lepak aku dekat Fazlina mamak ni.

Sekali tu, dia nak cuti, dia ajak aku ke Pulau Besar, nasib baik masa tu cuti sekolah. Katanya, dulu dah pernah pergi, masa kecik, umur 7-8 tahun. Tapi kali ni dia kata teringin sangat nak pergi ke GUA SYEIKH YUNUS!...excited sangat katanya! Katanya dulu dia pergi dengan bapa saudaranya yang selalu cerita tentang Pulau Besar khasnya tentang gua ni.

"Man, esok kita bertolak 6.30pagi, guna kereta engkau boleh tak? Kereta aku aircond rosak la" ujar Syarip masa tengah dok sembang petang dekat mamak Fazlina.

"Awal tu Syarip, boleh aje, member serumah aku pun dah balik lepas Jumaat tadi dah,"balasku.

"Oraite!"

***

Sabtu tu sekitar 12.30 tengah hari sampai pulau dengan feri. Macam biasa, suasana cuti hari Sabtu, ramai jugak orang, yang dalam van yang bawak kami dari jeti ke maqam Sulthan 'Arifin ni pun ramai India, macam-macam di bawaknya, daripada colok, bunga-bungaan dan air mawar.

"Engkau last bila datang sini Man?" tanya Syarip sambil menangkap gambar dengan kamera handset nya.

"Dua tahun lepas dengan geng rumah sewa aku, masa tu datang kenduri kawan aku kahwin dekat Umbai, panjangkan langkah ke sini,"jawabku.

Kami pun check inn chalet D'Puteri Resort yang merupakan satu-satu yang yang beroperasi dekat sini. Jangan tanya Marina Resort, tu memang tak pernah beroperasi pun, BERHANTU!

Rancangnya nak 2 hari satu malam je di sini, supaya dapat explore satu pulau. Last pergi dulu pun tak sempat pusing satu pulau.

"Engkau tengok tu Man, confirm bomoh,"ujar Syarip mengisyaratkan satu group 4 orang yang baru keluar dari kedai makan berdekatan. Berpakaian serba hitam, cincin batu pelbagai jenis penuh di jari, siap anting-anting lagi, bertongkat, ada rantai berjenis-jenis azimat. Kata Syarip, sejak kecik dia datang sekitar tahun 90an lagi kegiatan yang kita sebut khurafat ni sudah pun berleluasa. Ramai je geng-geng bomoh yang datang menurun kat sini. Ada jugak geng mencari hikmat, beramal untuk hikmat supaya jadi pelik nampak pelik.

Kalau anda ingin di jalan hikmat dan sukakan benda-benda ini, sampai mati tak akan habis 'penemuan anda'. Ada saja batu, geliga, keris, dan barang-barang hikmat yang anda akan temui.......Akhirnya anda leka dengan benda-benda ini dan terlupa dengan tujuan anda dihidupkan di dunia ini. Yang lebih bahaya adalah anda mendekatkan diri dengan kesyirikan dan 'membawa orang lain' ke arah kesyirikan. Manakan tidak, anda menggunakan batu geliga ini untuk berubat contohnya dan 'hasilnya mujarab'. Lama-lama anda seronok dengan kemujaraban batu geliga ini dan keseronokan mendapat duit/habuan dunia. Lama-lama anda 'taksub' dengan batu geliga anda dan terlupa semua perkara berlaku dalam izin Allah, kerana hakikat yang berkuasa bukan batu geliga dan lain-lain tetapi Allah Taala.

"Engkau buatlah ape pun mende pelik khurafat kat sini, takde orang peduli punya, engkau tengok aje la masa kita ziarah maqam Panglima Hitam tadi, 'geng' tu elok je sujud dekat kubur tu,"ujar Syarip panjang lebar walau aku dah tahu apatah lagi ini kali ke tiga aku ke sini. Aku ke sini nak ada suasana percutian berbeza, itu je, bukan nak niat macam-macam. Ziarah aku ke maqam orang-orang soleh di sini moga bukan sahaja dapat mengenali sejarah, tapi moga tempias jugaklah berkat orang soleh ini sedikit sebanyak. Orang Islam kena ada pegangan aqidah.

"Man, kita rehat dulu di chalet, nanti malam kita ke Gua Syeikh Yunus ye,"ujar Syarip dengan bersahaja."Eh, engkau giler apa Syarip, malam tu gelap kot, nak panjat batu tu lagi, bukan ada ciri-ciri keselamatan pun nak ke sana,"jawabku.

"Takpe la Man...dalam beg aku tu dah lengkap da, engkau pasang je lampu dekat kepala engkau tu,"ujar Syarip mudah, nampak sangat memang dah rancang nak gerak malam.

"Engkau nak buat ape pergi malam Syarip? Esok je la, sempat je...harini pun dah separuh kita pusing,"tambahku lagi. "Alah Man,...sekali-sekala, baru ada cabaran sikit...jangan risau lah..,"Syarip menutup katanya sambil tersenyum macam takde apa-apa masalah. Hairan jugak aku, geng menurun je gerak malam,...kita nak nak buat ape?

CERPEN: ANAK AIR SYEIKH YUNUSWhere stories live. Discover now