ℙℝ𝕆𝕃𝕆𝔾

112 17 11
                                    

PINTU yang menghubungkan antara bangunan dengan bumbung itu dibuka. Dia ke situ untuk tenangkan diri. Mahu bersendiri.

Aatiq berjalan-jalan disekitar itu. Cari port yang bersih sikit supaya dia dapat baring dengan aman.

Sedang dia berjalan, sayup- sayup dia terdengar satu suara yang datang dari hujung bumbung. "Nak ke tak nak nak nak ke tak nak?."

"Siapa tu?."

Aatiq mendekati suara tersebut. Makin lama suara tersebut makin jelas. Cuma kalini, bonus sebab dia nampak batang tubuh perempuan yang sedang duduk betul-betul di atas tembok. Kakinya dijulurkan ke bawah sambil digerakkan kedepan dan kebelakang.

Perlahan dia mendekati perempuan tersebut. Takut dia terjun kalau tahu ada orang lain kat situ.

"K-kau nak buat apa ni?," soal Aatiq. Kepala perempuan yang sedang duduk itu berpusing ke belakang.

"Kau rasa?," serentak itu, dia berdiri. Aatiq yang berasa terancam dengan perlakuan Qayra segera menarik lengannya supaya dia jatuh ke bawah.

Badan Qayra jatuh menghempap Aatiq. Nasib baik kurus keding kalau tak leper Aatiq kena hempap.

Pandangan mereka bertaut seketika. Muka Qayra jangan cakaplah dah merah betul.

Eh sabar dulu awal betul nak fall in love.

"Beratnya kau ni baik kau bangun," automatik Qayra bergolek ke kanan apabila perkataan 'berat' dikeluarkan.

Akhirnya mereka baring sebelah menyebelah.

"Kepala hotak kau aku 45 kg okay," Qayra bengang. Penat jogging tiap hari dia kata aku berat?

"Eleh ni mesti tak penah angkat diri sendiri tu yang kata ringan tu?."

"Kau boleh diam tak?."

"Tak."

"Diam sebelum aku humban kau ke bawah."

"Tak nak ak-okay okay aku diam," tak jadi Qayra nak bangun bila Aatiq respon begitu.

Keadaan senyap untuk seketika.

"Apa kau buat tadi?," soal Aatiq. Penat agaknya dengan situasi awkward ni.

"Tu cara aku untuk buat aku sedar yang aku perlu teruskan hidup."

"Maksud kau?."

"Tak payah tau. Cukup je aku bagitau kadang-kadang aku rasa penat nak hidup," mata Qayra sudah mula berair. Tahan Qayra tahan.

Aatiq menoleh ke arah Qayra.

"Aku tak tahulah apa yang kau hadap, but I promise, every cloud has a silver lightning," Qayra membalas renungan Aatiq. Untuk kali pertamanya, dia rasa tenang apabila seseorang menasihatinya.

Walaupun idioms dia salah tapi tak apa terima je.

"Lining gila bukan lightning. Aku walaupun tengok macam tak ada hala tuju, atleast aku tahu idioms," Qayra gelak.

"Sorrylah. Aku bi selalu fail kot,"Aatiq tersengih.

"Thanks," Qayra kembali pandang atas.

"No sweat."

"You're insecure, don't know what for
You're turning heads when you walk through the do-o-or
Don't need make-up to cover up
Being the way that you are is enou-ou-ough"

Qayra dan Aatiq diam menghayati lirik lagu.

"Everyone else in the room can see it
Everyone else, but you, ooh

Baby, you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed-"

"Kau memang tak nak angkat call tu ke apa?," Qayra bersuara bila dia tengok Aatiq hayati sampai tutup mata. Kesian siapa yang call tu penat dia call banyak kali.

"Lah ada orang call," Aatiq tersengih dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello."

"Kat mana ni? Balik sekarang."

"Kat bumbung. Sekarang ke?."

"Yes Aatiq, balik sekarang."

"Okay, Aatiq on the way," panggilan dimatikan.

"Sorry girl, aku kena pergi dulu," ucapnya. Qayra mengangguk tanda 'pergi jelah'.

"Eh kejap, nama kau apa?."

"Aatiq. Kau?."

"Qayra."

"Okay Qayra, aku pergi dulu," Aatiq berlari dan dalam masa empat saat, Aatiq sudah hilang dari pandangan Qayra.

Qayra mengeluh. "Perlu ke aku balik ni?."

"Maybe tak perlu. Tak ada siapa pun yang akan cari aku-"

"Woi bila kau nak balik ha setan?!," terdengar satu suara garau menjerit. Qayra berpaling. Dia tersenyum.

"-okay, Haqeem dikecualikan," dia bangun dan balik bersama abangnya.



*




Actually prolog ni inspired dari True Beauty hehe

MAKE YOU MINE [ discontinued ]Where stories live. Discover now