Tu

70 5 7
                                    

Cerpen pertama (masih dalam penilaian)

Tajuk: Ada apa dalam peti?

Pada tarikh 15 Mei 2011, Kimi adik bongsu aku telah mengalami demam panas sehingga dikejarkan ke hospital. Aku sebagai abang sulung ditugaskan untuk menjaga rumah ketika ketiadaan mereka. Fikirku tiada apa-apa yang akan berlaku. Tapi malang, tragedi ini merupakan tragedi hitam dalam hidup ku.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku duduk di ruang tamu, berseorangan di rumah. Ibu bapaku melawat adik yang demam panas di hospital. Malam ini tiada apa yang aku mahu lakukan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menonton filem bertajuk The Nun di ruang tamu. Segala persiapan telah disediakan. Hanya perlu menanti filem bermula. Sementara itu, aku membancuh air Dalgona Coffee untuk mengelakkan rasa mengantuk. Peti sejuk dibuka untuk mengambil ais.

Namun begitu, belum sempat peti sejuk ditutup, anak mataku dapat menangkap sesuatu yang besar dan berdarah di tepi bekas aiskrim.

Hatiku tersentak. Cawan di tangan hampir terjatuh disebabkan tanganku yang berpeluh. Dada diurut dengan perlahan sambil beristighfar. Betul ke apa yang aku lihat? Berulang kali aku menggosokkan mata. Tetapi tiada apa-apa. Mungkin khayalan aku saja. Maklumlah, mata aku ini kabur di malam hari. Cermin mata pula hilang entah ke mana.

Aku berjalan menuju ke ruang tamu sambil membawa air minumanku. Hanya tinggal tiga minit lagi sebelum filem bermula. Aku duduk di sofa lalu menyesuaikan diri.

Satu jam telah berlalu. Tanpa secara sedar pendengaranku yang tajam secara tiba-tiba dapat menangkap bunyi seakan-akan buku jatuh dari arah dapur. Dahiku berkerut. Haiwan mana yang masuk ke dalam rumahku ini? Kucing peliharaan sudah di letak di dalam sangkar.

'Ahh, abaikan saja.'

Sedang leka menonton, pendengaranku menangkap pula bunyi ketukan pintu seolah-olah seseorang sedang bermain muzik di hadapan rumah. Ketukan itu berirama, membawa lagu Anta Permata. Mahu dikatakan ibu bapaku sudah balik, tiada pula bunyi kereta. Lagi pun mereka kata mereka akan bermalam di hotel kerana hospital di kawasan kami memang jauh.

Bunyi ketukan itu semakin kuat. Kesabaran ku tidak dapat ditahan lagi. Dengan perasaan yang marah, aku berjalan ke pintu lalu membukanya. Tetapi tiada orang. Baru aku sedar yang rumah ini sudah dipasang pagar beberapa hari yang lepas. Bagaimana bunyi itu datang? Oh, mungkin bunyi itu datangnya dari jiran sebelah, bisikku dalam hati.

Dengan perlahan-lahan, udara menerobos masuk melalui lubang hidungku sehingga dadaku mengembang dan kemudian, oksigen yang terkumpul di dadaku ini kembali ke udara dengan lembut. Janganlah ada perkara buruk yang berlaku. Sudahlah diri ini keseorangan. Kampung ini sunyi pula. Kebiasaannya ada saja orang-orang kampung yang sembang di luar rumah mereka.

Hati ini tidak lagi terasa untuk menonton filem. Televisyen ditutup. Pinggan dan cawan di ambil lalu melangkah ke dapur. Sambil mencuci pinggan, aku menyanyikan lagu It's You dari Ali Gatie.

Sedang leka menyanyikan lagu itu, aku terdengar bunyi sesuatu dari dalam peti sejuk. Bunyi seperti sesuatu bergolek dan menghentak-hentak. Kegerunan menguasai jiwa ragaku, sambil fikiranku merawang ke dalam ketakutan. Bunyi apa lagi ini?

Kemudian, keadaan kembali senyap. Tiada lagi bunyi pelik-pelik kedengaran. Badanku sudah berpeluh. Tangan menggeletar tanpa henti. Air liur ditelan kasar. Dengan hati yang kuat, aku menyambung semula perbuatanku. Tidak mahu memikirkan bunyi itu.

Dalam fikiran hidup aku sudah aman. Rupanya ada lagi bunyi kedengaran. Kali ini bunyi air berkocak pula. Ada orang dalam bilik mandi ke? Mustahil. Mana ada orang di rumah ini selain aku. Oh, mungkin bunyi itu datangnya dari rumah jiran juga. Janganlah rumah jiran kosong. Kalau ya, sudah lari lintang-pukang dibuatnya.

Bunyi kocakan air semakin kuat. Kesabaran ku tercabar. Bilik mandi dituju lalu aku membuka pintu dengan kasar. Tiada orang. Malah punca bunyi itu pun tiada. Aku tersedar sekali lagi. Bilik mandi di rumah ini tiada baldi mahupun besen. Dari mana pula bunyi itu datang? Aku pergi ke tandas pula. Mungkin bunyi itu datang dari arah tandas tetapi sangkaan ku meleset. Tiada sesiapa di dalam tandas. Malah tandas itu sudah tertutup dengan penutupnya.

Dengan keberanian yang tinggi, aku membuka penutup itu. Anak mataku terpaku, sambil telingaku dapat menangkap bunyi degupan jantungku sendiri. Apa yang aku lihat adalah air berwarna merah seperti darah. Mengalir dari lubang tandas ke lantai. Jantung berdegup dengan pantas. Perasaanku bercampur baur, marah, takut, cemas. Siapa yang buat kerja ini? Aku terus melangkah keluar dari tandas. Pil penenang sangat diperlukan masa ini.

Cawan diambil lalu dituangkan air suam. Pil itu ada di dalam peti sejuk. Hati aku kembali resah seolah ada sesuatu yang akan berlaku. Teringat pula benda yang aku nampak sejam yang lalu. Dengan berdoa kepada Tuhan, aku membuka peti sejuk dengan berhati-hati. Tiada apa-apa. Hati berasa lega. Ubat penenang di ambil dengan senang hati.

Setelah menelan ubat itu dan meminum air, aku meletakkan kembali di dalam peti sejuk. Kali ini tiada lagi gementar mahupun takut. Apabila peti sejuk dibuka, cawan di tangan terjatuh. Apa yang aku lihat, selonggokan kepala manusia di depan mata. Seperti kepala seorang budak sedang tersenyum dengan matanya terbeliak keluar dan berdarah. Badan aku terkaku. Tiada suara yang keluar.

Kepala itu seolah-olah semakin dekat menghampiri. Badan aku tidak dapat bergerak. Mahu saja aku memecut lari dan menyorok di dalam almari. Aku berdoa kepada Tuhan. Kepala itu semakin dekat dan dekat. Sedaya upaya aku menggerakkan badan dan akhirnya berjaya. Tanpa membuang masa aku terus berlari masuk ke dalam bilik dan menguncinya.

Perkara pertama yang aku lakukan adalah menyorok. Kedengaran suara seorang perempuan mengilai seperti sudah menelan sebotol ubat tekak di luar. Panik. Badan sudah berpeluh dan menggigil. Ketika ini aku berharap sangat dapat mendengar bunyi kereta ibu bapaku tapi malang. Nasib tidak menyebelahi.

Tidak tahu berapa lama sudah berada di dalam almari lalu aku terlelap. Bila mata ini dibuka, benda pertama yang aku lihat adalah aku dikelilingi orang ramai. Ibu bapa, keluarga, orang kampung juga. Mengelilingi aku dengan riak yang kesian dan sedih. Terdengar pula bacaan surah Yasin oleh orang kampung. Apa yang sudah berlaku?

Dahiku berkerut. Pernafasanku sudah tidak teratur. Aku memandang sekeliling dengan perasaan yang aneh lalu bangun dan bertanya kepada ibu. Tetapi dia tidak menjawab, sama juga dengan ayah dan keluarga. Mereka semua senyap. Ada yang menangis, menahan air mata dari mengalir dan juga yang tersenyum melihatku.

Tidak lama kemudian, aku terdengar percakapan dua orang makcik. Segera aku melangkah ke arah mereka. Aku mendengar dengan teliti. Ada sesuatu yang aneh. Perkataan 'mati'. Mereka kata aku mati disebabkan lemas di dalam almari. Tiada udara untuk bernafas.

"A-aku dah ma-mati?"

.
.
.
.

Tamat

(Sila tegur jika ada kesalahan. Terima kasih.)

#2 DuNIa PeNulIs MySteRy_FzWhere stories live. Discover now