chapitre huit

16 4 10
                                    

" anak muda buat apa tu? " soal pakcik tua yang berasa aneh apabila memandang wajah nini yang agak kelat itu.

"kunci motor saya hilang pakcik. Entah di mana saya terjatuhkan hehe" matanya masih merambang mencari kunci motor miliknya di sekitar kawasan pejalan kaki itu.

"kunci motor kamu tu apa rupa?  mari pak cik carikan sekali. Cepat sikit jumpa" kini mata lelaki tua itu juga turut mencari di manakah kunci motor milik nini berada. 

"eh tak apalah pakcik buat susah sahaja. Lagipula tadi pakcik semacam cemas seperti mengejarkan sesuatu" kini matanya tidak lagi memandang ke bawah dan mula memandang pakcik tua dihadapannya itu.

"eh tak ada apalah,  pakcik penat sahaja tadi" lelaki tua itu meraba-raba belakang tubuhnya yang bongkok itu seperti mencari sesuatu.

"pakcik cari ini ke?" pisau kecil namun tajam yang berada di tangan milik nini itu sungguh mengejutkannnya.

"bagaimana?" pakcik tua itu tergamam melihatkan wajah nini yang keruh seketika sebelum tersenyum sinis memandangnya yang kegusaran. Manakan tidak,  rancangannya gagal apabila senjata miliknya berada di tangan nini kini.

"Huh, kau fikir aku akan takut melihat wajah kau yang seram tu" walaupun tangannya sudah terketar sedikit cuba juga dia sorokkan dengan tawa sinis.

"Tak cakap pun pakcik akan takut dengan saya, walaupun sebenarnya pakcik memang patut begitu. Pakcik berseorangan? " mata nini tajam menikam mata milik lelaki di depannya yang tidak gentar dengan nini kerana kenyataan bahawa nini hanyalah seorang gadis yang dianggap lemah dan hanya tahu berkata-kata sahaja.

"Kenapa? Takut ke?" perlahan langkahnya mendekati nini yang tidak bergerak sedikit pun namun hanya memandang pakcik tua yang nampak sahaja tua tapi dalam diam itu hanyalah lakonan bagi memudahkan pencarian mangsa.

"Bagi aku semua duit kau orang muda, aku tahu kau orang kaya kan?" satu lagi pisau kecil dikeluarkan dari poketnya. Pisau itu segera ditalakan pada nini.

"Kalau pakcik fikir pakcik akan berjaya rompak saya, nampaknya pakcik salah pilih mangsa" pisau kecil ditangannya dipusing-pusingkan. Tergelak dibuatnya nini apabila orang tua dihadapannya itu masih cuba mendekatinya.

Tinggal lagi dalam 15inch jarak antara tapak kaki milik lelaki itu dan nini. Tidak semena-mena pisau ditangan nini tercacak pada lengan kiri lelaki tua itu. 

Belum sempat dia ingin membalas,  bunyi hon milik kereta mercedez yang tidak jauh dari mereka berdua berbunyi.

Pakcik tua yang sedang mengerang itu segera melarikan diri dengan tubuh badan yang tiba-tiba tegak macam orang muda.

"Lah menyamar jadi orang tua rupannya, mati-mati ingat memang tua tapi pelik juga sebab kulit dia macam make up. Hurm kalau aku yakin tadi dia memang bukan orang tua mesti dah mampus jantan tu" bebel nini yang hanya menghantar pemergian lelaki tadi dengan ekoran mata.

Kereta mercedez yang membunyikan hon sebentar tadi berhenti betul-betul di hadapan nini yang berada di kaki jalan itu. Terpinga-pinga sedikit gadis itu dibuatnya, setahunya dia tak ada pula menelefon sesiapa untuk mengambilnya.

"Nini kau okay tak? Kitaorang nampak macam orang tua tadi pegang pisau nak tikam kau. Tu yang si fia ni tekan hon cepat-cepat" kecoh mulut si aikha merisaukan sahabatnya yang terkebil-kebil melihat empat rakannya yang berada, di dalam kereta mercedez itu. Entah siapa punya kereta mereka rembat pun tidak diketahuinya.

"Aku okay saja. Kau ada nampak apa-apa ke sebelum pakcik tadi nak tikam aku? " sedikit serius nini persoalkan soalan yang aneh itu.

"Apa?  Mana ada apa-apa, yang kitaorang nampak cuma pakcik tadi tiba-tiba nak tikam kau. Nasib baik si ziqa ni sergah fia suruh tekan hon kalau tak makcik ni blur tak faham" jelingan diberikan oleh ida pada fia yang memuncung apabila dirinya dipanggil makcik. Dia muda lagi okay, lawa comel lagi kalah rosmah. Kau hado?

"Ouh, baguslah. Korang buat apa ke sini? Bukan ke korang lepak dekat rumah fia? Ni kereta mercedez siapa korang rembat ni? " berkerut dahi milik nini memerhatikan kereta mahal didepannya itu.

"Banyak pula kau tanya, tak adalah nenek blur seorang ni teringin nak belajar naik kereta. Ini kereta abang dia, kitaorang senyap-senyap bagi si fia ni bawa. Kalau ikutkan bapak dia tak bagi tapi bila aku cakap nanti aku yang bawa bagi pula dia" terang aikha panjang lebar sampai nini pun dah duduk di atas simen mendengarkan penjelasan gadis berambut pendek itu.

"Eh jomlah join sekaki. Kau buat apa kat sini seorang-seorang nasib tak kene ragut betul-betul tahu tak" ziqa membuka pintu kereta mercedez hitam itu.

"Ouh actually..  Emm kunci motor aku hilang tapi tak apalah aku ada kunci spare.  Jom blah" tidak sampai beberapa saat nini sudah berada di dalam kereta itu duduk di sebelah ida yang terkebil-kebil.  Mana taknya, mata sibuk pada telefonnya. Entah apa yang dibuat pun tidak diketahui. Mesej pakwe lah tu.

"Let's go!!" dengan riang nini menjerit. Macam budak-budak. Buang tabiat betul.

"Oii fia bapak slow kau bawa, baik bagi aku yang, bawa" tak sampai lima minit nini sudah membebel pada fia.

"Eh jangan, kau bawa kereta ke motor ke laju gila kau tahu tak?!" aikha menggeleng laju manakala ziqa yang juga suka bawa kenderaan dengan laju juga terasa.

🐰🐢💋⚡♥️

Sorry guyss kalau hambar,  ni pun tah kenape tiberr je rase nak update lol.

L'amitieWhere stories live. Discover now