three

888 142 133
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Seo-ah , tolong omma boleh ?" baru sahaja aku turun ke tingkat bawah selepas mandi tiba tiba omma meluru ke arahku.

Aku mengerutkan dahi dan memberikan pandangan apa kepadanya. Nampak macam dia risau semacam. Dah kenapa ?

"Tolong omma boleh ? Belikan omma barang dekat convenient store boleh ?"

Aku hanya diam sahaja tak membalas apa apa kepada omma. Hanya anggukan tiga kali sebagai jawapan kepada omma.

Senyuman omma terus terukir lebar di wajahnya. Turun sahaja dari tangga ke tingkat bawah , omma terus berikan aku duit.

"Kalau kamu takut ke pergi sorang sorang ke apa , omma boleh call kan Jungkook. Dia mesti boleh teman kamu punya"

Mendengarkan sahaja nama 'Jungkook' disebut pantas aku mengangkat wajah dan memandang omma. Pandangan kosong aku berikan.

Tapi yelah , memang tak lah aku nak bagitahu omma yang aku dah putus dengan Jungkook. Maklumlah , Jeon Jungkook tu bakal menantu kesayangan dia.

Bakal menantu yang tak jadi.

Malas dah nak dengar omma membebel dekat aku , aku terus keluar daripada rumah bersama dengan payung lutsinar milik aku.

Disebabkan dekat luar masih lagi hujan hujan sikit , takkan lah aku nak biarkan diri aku ni demam pulak kan.

Sudah lah kulit aku ni sensitive. Kena hujan sikit dah demam lah apalah. Dasar antibody tak kuat , Jang Yiseo.

Tak mengambil masa yang lama , akhirnya aku tiba juga di hadapan convenient store yang berhampiran dengan kawasan perumahan aku.

Ikutkan aku nak ajak Jimin tadi sebenarnya teman aku ke sini , tapi nak buat macam mana. Aku hanyalah seketul member pakai buang dia.

Lebih utamakan game GTA dia tu daripada aku lmao.

Aku letakkan payung yang telah aku tutup itu di tempat letak payung yang disediakan di store tersebut.

Mata aku terus meliar memandang sekeliling sebelum aku mula melangkah ke ruang rak makanan yang omma suruh aku belikan.

Omma suruh belikan dia biskut oreo. Katanya mengidam. Entah mengandung ke apa aku sendiri pun tak tahu lah dia tu.

Selesai sahaja mengambil biskut oreo , tiba tiba hati aku terdetik nak pergi ke tempat rak peti sejuk yang menempatkan air air.

Tak menunggu masa yang lama , aku sudah pun tiba di hadapan rak peti sejuk tersebut. Peti sejuk tersebut dibuka dan minuman tin kegemaran aku menarik perhatian aku.

Minuman tin yang merupakan minuman kegemaran Jeon Jungkook.

Mata aku membulat tatkala tangan aku yang menyentuh minuman tin tersebut turut juga ada tangan seseorang yang menyentuh dari arah tepiku.

Pantas aku mengalihkan pandangan dan memandang ke arah lelaki yang turut juga memandang ke arah aku.

Aku tergamam.

"Jeon Jungkook..." nama lelaki itu terpacul di bibirku.

Melihatkan sahaja wajah aku , dia mula menggulingkan matanya ke atas. Menyampah melihat wajah bekas teman wanitanya di sini.

"Kau ikut aku ke sini ke , Jang Yiseo ?" soalnya dengan nada penuh menyampah.

Terkebil kebil aku melihat lelaki itu. Tak tahu kenapa , aku tak mampu katakan apa apa kepada lelaki itu sebaik sahaja dia bersuara.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now