Part 11

1K 88 21
                                    

"Gempa ada?"

Teguran tegas itu, buatkan si pekerja butik yang berjaga di kaunter pembayaran mendongak. Si perempuan itu tersenyum menyambut pelanggan VVIP mereka.

"Oh Tuan Ice, ada urusan apa ya tuan nak jumpa dengan bos?"

"Hm, adalah. Dia ada tak?"

"Hmmm, baiklah. Bos ada aje kat bilik kerjanya. Tuan jalan lurus aje and then belok kiri. Kat situ ada satu bilik yang tertulis ruang pejabat."

"Thanks."

Ice terus berlalu ke arah yang pekerja butik itu katakan.

"Tsk, sombongnya. Setidaknya senyum lah sikit. Dingin nak mampus." omel si pekerja perempuan itu.

"Kau dah kenapa cemberut ni? Tadi aku nampak tuan Ice datang. Dia buat apa? Bukan kelmarin dia dah datang beli baju ke? Nak beli baju lagi ke?"

"Entah, tak nak masuk campur urusan dia. Tapi dia datang sebab nak jumpa bos."

Si kawannya yang bernama, Elsa menjongketkan kening. Wajah perempuan di hadapannya dipandang. Anna. Lol.

"Kenapa cari bos? Dia ada hubungan apa-apa ke dengan bos?"

Anna mengangkat bahu.

"Entah! Aku dengar cite, tuan Ice dah nikah. Tak salah aku dia ada isteri pertama yang bisu, so dia tak dapat terima and hubungan mereka tidaklah baik mana. Si Ice tu pula masih berhubungan dengan kekasih dia. Nak di jadikan cerita, isteri pertama dia lari dari rumah selepas tahu yang suami dia ada hubungan sulit. Diorang hampir cerai tak silap aku. Entahlah, aku tak tau betul ke tidak cite yang aku dengar dari makcik-makcik bawang kat rumah aku."

Elsa hanya mampu mengangguk.

"Kalau citer tu betul, memang jahanam sungguhlah perangai dia. Tsk, minta jauhlah dapat lelaki macam tu."

Anna tersengih lucu melihat wajah cuak kawannya itu.

"Dahlah sambung kerja, nampak kat bos. Tak pepasal telinga kita yang capang nanti."

Mereka berdua ketawa lepas, masih ingat akan pulasan telinga yang Gempa berikan pada mereka kerana curi tulang. Lol. Dasar mak tiri. Itu lah gelaran yang mereka bagi. Mak tiri yang garang tapi amat menyayangi. Sebab itulah mereka sayang dengan bos mereka. Garang saja diluar tapi di dalam lembut penuh dengan kasih sayang.

•••••

Ice berdiri di hadapan bilik kerja Gempa, dari luar dia dapat dengar suara seseorang yang mengalunkan sebuah lagu dan diiringi pula dengan alunan musik berasal dari piano.

Dengan perlahan dia menolak pintu kayu jati yang tidak tertutup rapat itu. Dia melangkah masuk, terlihat satu susuk tubuh yang membelakanginya.

Dia melihat jari jemari Gempa yang begitu lembut menari di atas tuts piano.

Akan kuhapus kenangan saat aku meninggalkanmu.. Sehingga aku takkan bisa mengingatimu lagi..

Aku tidak bisa berada disisimu lagi.. Hatiku ini sangat takut..

Bawa pergi semua kenanganmu.. Dan hapuskan semuanya..

Done for me...

Suara lembut yang merdu itu menyapa cuping telinganya, dia menghayati lirik lagu yang di nyanyikan oleh Gempa.

Bolehkah kenangan itu dihapuskan? Atau bolehkan mereka menjauh darimu?

Andai aku boleh hapuskan semua kenangan kucintai..

Ini semua tak akan terjadi..
Aku tak boleh mendekat..

Hanya boleh berlari seperti orang gila, ke sebuah tempat tanpa dirimu..

Entah kenapa, Ice dapat rasakan lagu yang Gempa nyanyikan itu seperti mengarah ke arahnya.

Kenangan yang ditinggalkan oleh cinta yang begitu menyakitkan..

Kenangan saat kau meninggalkan aku menjadi badai..

Aku harap segalanya akan menghilang.. I want it all erased, you're gonna let me rest..

Aku pergi.. Aku tahu yang tak bisa pergi itu kau..

Aku akan melepaskanmu.. Aku akan buang semua kenanganku bersamamu..

Aku tak boleh berada disisimu lagi.. Hati ini sangat takut.. Bawa pergi semua kenanganmu dan hapus semuanya...

Done for me..

Lirik dan maksud yang amat mendalam bila dia menghayati maknanya. Hal itu mampu menampar hati beku Ice. Dia mengakui dirinya memang seorang suami yang teruk. Sangat teruk!

Go away from my memory, take your memories too..

Hapus semuanya.. Meskipun aku merindukanmu...

Aku tak akan rindukanmu, aku akan melupakan semua masa itu... Bahkan sampai jejak-jejak terkecilmu..

Aku tidak bisa berada disisimu lagi.. Hatiku ini terlalu sakit..

Bawa pergi semua kenanganmu.. Dan hapuskan semuanya..

Done for me...

Ice dapat merasakan bagaimana perasaan Gempa dengan melalui lagu itu. Seolah lelaki itu, meluahkan rasa hati dengan lagu tersebut. Amat menghayati.

I have no choice but to leave you, we're gonna have to go away...

Please forgive me for being like this, someday we can meet again..

Done for me...

Dia melangkah mendekati Gempa tatkala alunan serta nyanyian Gempa berhenti. Ice berhenti dia samping Gempa dan dia dapat lihat, satu aliran yang jernih mengalir di sudut mata Gempa.

"Gempa.." tangannya naik menyentuh pipi Gempa yang basah itu, perbuatannya itu buatkan Gempa tersentak dengan mata membulat.

Segera Gempa menepis tangan Ice dari pipinya sejurus berganjak bangun. Dia kesat pipinya dengan kasar. Wajah Ice yang masih berstatus suaminya, dia pandang kosong dengan binar mata yang penuh duka.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?!"

"Gempa aku.."

"Apa lagi yang awak nak dari saya? Nak sakitkan hati saya lagi? Pergi!!"

"Gempa dengarkan aku.."

"Keluar!!! Saya tak nak tengok muka awak lagi Ice!! Please get lose from my life!"

Ice diam, dia tatap wajah Gempa buat sejenak. Dia mahu menyentuh wajah itu, namun belum sempat dia sentuh tangannya ditepis oleh Gempa.

"Don't you dare to touch me! Go away from me! I hate you, stupid husband!"

Ice mengetap bibir. Dia merungkaikan tali lehernya, rasa panas pula hatinya bila mendengar ucapan benci yang keluar dari mulut Gempa. Rambutnya dikusutkan sehingga menjadi serabai.

Tanpa amaran dia menarik kepala Gempa dan menyatukan bibir mereka buat beberapa saat lalu dilepaskan. Dia pandang wajah terkejut Gempa akan tindakannya barusan.

"Fine, aku pergi. Tapi itu tidak bermakna aku akan menyerah untuk dapatkan kau balik. Ingat kau tu masih isteri aku!"

Usai berkata begitu Ice dengan perasaan sakit keluar dari ruangan Gempa.

Hilangnya kelibat Ice, Gempa jatuh terduduk di atas kerusi yang dia duduk sebentar tadi. Air jernih itu kembali tumpah membasahi pipinya.

Dadanya berombak sakit. Dia mencengkam dadanya. Rasa sakit yang belum sembuh sepenuhnya, kini berdarah kembali.

"Kenapa awak muncul kembali Ice? Tak puas lagikah awak sakitkan hati saya? Apa lagi yang awak nak dari saya Ice.. Awak memang suka tengok saya menderita kan? Sampai sanggup tak bagi celah untuk saya bahagia..."














Tbc...

Huhuhu oyeahh.. 🤣

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now