Mereka bertiga akhirnya menjejak kaki ke tanah ginseng, Seoul Korean Selatan dengan selamat.
Gempa menatap pemandangan luar airport Incheon. Ini kali kedua dia jejak kaki disana, sebelum ini dia pernah ke sini bersama Ice kerana urusan kerja lelaki itu.
"Jom, kita cari hotel untuk menginap."
Halilintar menarik tangan Gempa untuk ke taksi yang sememangnya sudah tersedia di hadapan airport itu.
Gempa pandang Ice yang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu seperti sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.
"Hali.."
Halilintar menoleh. "Ya?"
"Ice.."
Mendengar nama itu yang keluar dari mulut Gempa, buatkan Halilintar menoleh ke arah Ice.
"Kenapa dengan dia?"
Gempa mengigit bibir bawahnya.
"Linlin tunggu sini eh?"
"Baiklah."
Gempa mengambil nafas dan dihela perlahan. Langkah kakinya digorak mendekati Ice.
"Ice.."
Ice mendongakkan kepala dari terus menatap ke arah skrin telefonnya. Dia pandang wajah Gempa datar.
"Awak nak check in hotel sekali dengan kitora.."
"Aku dah buat tempahan hotel."
"Oh, kat mana?"
"Hotel Blue Moon."
Gempa mengangguk kecil. "Kami pun akan check in kat situ."
"Oh, kau masih ingat hotel tu.."
"Hotel yang pernah kita menginap berdua dulu."
Mereka berdua bertatapan mata buat seketika sebelum Gempa terlebih dahulu melarikan pandangan mata ke arah lain.
"Tak apa lah kalau macam tu.."
"Gem.."
Gempa mendongak memandang ke arah Ice.
"I missing you.. I'm sorry."
•••••
"Kenapa kau tak nak sebilik dengan Ice?"
Halilintar melabuh duduk di birai katil, anak mata merahnya memandang ke arah Gempa yang bersila di atas lantai bilik sambil memunggah pakaian dari beg rodanya.
Perbuatan Gempa terhenti, dia mengerling Halilintar sekilas. Dia mengetap bibir.
"Entah." jawab Gempa seadanya seraya menjongket bahunya. Dia kembali menyambung aktivitinya.
Halilintar berpeluk tubuh, tatapan matanya masih tidak dialihkan dari Gempa.
"Entah? Dia tu suami kau, akan lebih baik kau sebilik dengan dia. Kau tau, keberadaan isteri adalah di sisi suami."
"Aku tau. Aku.."
"Kau masih tak dapat maafkan dia?"
Gempa tidak menjawab, dia menundukkan kepala. Menatap pakaiannya dengan pandangan mata kosong.
"Gem, manusia tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. Setiap manusia pasti ada kesilapan yang mereka buat. Kau tak terniat nak kasi dia peluang kedua? Mungkin dia dah menyesali perbuatannya yang terdahulu."
Masih tiada respon yang diberikan oleh Gempa, dia senyap sambil menghadam apa yang dia dengar dari Halilintar. Apa yang lelaki itu katakan adalah betul, dia masih belum dapat maafkan Ice. Mungkin benar yang Ice sudah menyesal dengan perbuatannya?
"Entah lah Hali, aku masih tak dapat lupakan apa yang dia buat kat aku. Luka yang dia tabur dulu, masih berbekas tau. Sakit."
"Aku tau. Tapi, aku nak tanya satu soalan dan aku nak kau jawab dengan jujur."
"Apa?"
"Do you still love him?"
Degupan jantung Gempa berdetak kencang bila mendengar soalan yang tidak terduga dari Halilintar. Dia dongakkan kepala dan memandang ke arah Halilintar.
"Aku..."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fiksi Penggemar"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...