Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut ke muka. Deruan ombak memainkan lagu alam, menjemput tenang hadir bersama. Lautan biru dan kolong langit terbentang luas di depan mata.
Segala masalah yang bersarang dalam kepala lenyap seketika. Maha dahsyat sang pencipta alam raya, mencipta alam yang kaya dengan hikmah dan rahsia. Sudah cukup sebagai bukti keagungan dan kekuasaan tuhan yang Maha Esa.
Suasana riuh sekali di pantai Batu Burok. Tak lekang dari sunyi. Tambah pula hari ini ialah hari Sabtu, hari cuti umum, semestinya pantai menjadi tempat tumpuan kunjungan ramai orang bagi melepaskan penat lelah dan serabut kepala. Pandang laut sahaja sudah mampu menolak jiwa jatuh ke lembah ketenangan.
"Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Mu ya Allah." Terpancul lafaz mulia dari lubuk hati Ramlah.
Dia melebarkan pandangan sekeliling. Pandangannya terhenti pada satu jasad kecil. Bebola matanya terpaku kepada seorang budak kecil dalam lingkungan usia 9 tahun, bermain layang-layang dengan senang hatinya. Tidak terzahir sedikit kesusahan pada wajah. Juga tidak jerit memikirkan kesengsaraan hidup. Seolah-olah masalah tidak pernah wujud dalam hidup. Itulah lumrah kanak-kanak. Bebas dari menanggung dosa dan seksa hidup. Berlainan pula dengan dirinya dan anaknya.
"Ibu." Satu suara kecil menyapa lembut. Lamunan Ramlah terjeda. Dia menoleh wajahnya ke sebelah kanan lantas menguntumkan senyuman manis.
"Mukhlis nak main." Pinta si anak kecil. Menarik-narik lembut baju si ibu.
Ramlah yang berpagut lutut mengubah kepada sila. Kondisinya menghadap Mukhlis. Matanya menatap wajah si anak kecil itu. Dia menghantar tangan ke wajah Mukhlis. Pipi yang gebu dicubit lembut bercampur geram ala-ala manja.
"Ibu...boleh tak Mukhlis nak main dekat pantai?" Soal si anak kecil. Merengek manja.
Ramlah membiarkan soalan anaknya luput seketika. Hanyut bersama masa.
Dia sedar bukan mudah untuk menerima hakikat tetapi itulah hakikat. Anaknya pasti memahami apa yang disebut dengan qada' dan qadar itu. Kecil-kecil sudah didesak memahami takdir. Tidak lain hanyalah untuk menjadi hamba yang bersyukur.
Rambut Mukhlis yang gompiok itu dibelai lembut bagi melunakkan lakunya.
"Seburuk mana pun di mata manusia dia tetap istimewa di mataku, dia berhak mendapat kasih sayang."getus hati Ramlah. Cuba menguatkan jiwanya yang hampir kelam dengan rasa rawan bercampur rindu dendam.
Dia kehilangan suami yang tercinta. Suaminya meninggal akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sepeninggalan suaminya setahun yang lalu, membuatkan hidupnya terasa sepi dan sunyi.
Sukar sekali menerima hakikat bahawa dia telah ditinggalkan suaminya terlebih dahulu. Hidupnya tak keruan. Semakin hilang arah tujuan. Tak mampu memikul bebanan hidup tanpa suami yang dikasihi.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami beriman dan mereka tidak diuji?".
Surah Al-a'nkabut ayat 2.
Ayat inilah yang menjadi kekuatan kepada Ramlah tatkala rasa terbeban dan rawan menyelubungi dirinya.
Allahu...
YOU ARE READING
Bashiroh
Ficción GeneralBashiroh (mata hati) Ya, dia mungkin tiada apa yang orang ada, tapi dia ada apa yang orang tiada!! Ketabahan dan kecekalan Ramlah mendidik dan membesarkan Mukhlis menjadi titik utama kejayaan Mukhlis Walaupun Mukhlis berbeza daripada rakan2 nya yang...