Satu bunyi kuat berdentum ke arah mereka. Kereta milik Ramlah telah dilanggar oleh sebuah lori dari arah sebelah kanan tempat pemandu.
Kereta berguling beberapa meter ke depan lalu bergesel meluncur di atas jalan.
Parah.
Kereta yang dinaiki mereka dalam keadaan terbalik. Keadaan Ramlah kini berlumuran darah di wajahnya. Tidak tahu bagaimana mahu berinterprestasi situasi yang baru sahaja menimpa mereka.
"Ya Allah, ujian apakah lagi yang ingin engkau mahu aku tempuhi. Aku sudah tidak larat untuk menanggung semua bebanan ini. hatinya berbicara. Matanya sempat terpaku pada wajah anak yang disayanginya."
"Mukhlis."
Mukhlis berpandangan ke arahnya. Sambil tersenyum. Matanya terus menjadi gelap. Hilang pandangan.
"Ibu! Ibu! Ibu!"
"Astaghfirullah!" Ramlah tersentak. Lantas mengalihkan pandangannya ke arah Mukhlis. Tiada apa-apa.
Hanya sekadar bermimpi.
Dia masih lagi berada di pantai. Diam-diam dalam mengamati keindahan alam, dia terheret ke dalam buaian mimpi. Terasa seakan begitu lama sekali.
"Ibu, jomlah balik, dah lewat ni." Mukhlis mengajak. Mungkin dia sudah perasan agak terlalu lama di pantai. Mengundang kebosanan dan penat.
YOU ARE READING
Bashiroh
General FictionBashiroh (mata hati) Ya, dia mungkin tiada apa yang orang ada, tapi dia ada apa yang orang tiada!! Ketabahan dan kecekalan Ramlah mendidik dan membesarkan Mukhlis menjadi titik utama kejayaan Mukhlis Walaupun Mukhlis berbeza daripada rakan2 nya yang...