Peperiksaan akhir tahun kini sudah hampir. Amirul gigih untuk membuat ulang kaji bersama rakannya yang lain iaitu, Afiq, Aisyah, Faris, Farah dan Dania. Pada hari yang mereka merancang untuk membuat ulang kaji tersebut, Afiq membuat cadangan. "Harini selepas kita selesai membuat ulang kaji kita jalan-jalan ke Mall nak tak", cadang Afiq kepada kawan-kawannya. Amirul menjawab," Idea yang menarik , tapi aku tak bawak banyak duit."Kalau macam tu , saya boleh belanja awak," balas Dania. "Maaf kawan-kawan saya dan Faris tak dapat ikut korang. Ayah kami nak ajak saya dan Faris ke rumah nenek kita orang," kata Farah dalam nada yang rendah. Farah dan Faris ialah adik-beradik kembar. Mereka semua setuju dan hanya Farah dan yang tidak dapat bersama yang lain.
Jam 4.25 petang, mereka mula mengemas buku-buku yang mereka Dan meletakkannya di dalam beg. Selepas selesai mengemas kesemua buku, mereka pun bertolak dari perpustakaan dan menuju ke Aeon Mall. Sebelum bertolak kesana mereka menunggu ayah Farah dan Faris datang menjemput adik beradik itu sambil memesan grab. "Afiq, boleh kau tolong pesankan grab supaya kita dapat ke Aeon Mall dengan cepat," minta Amirul kepada Afiq. Afiq pun membalas,"Ok, aku pesan sekarang juga". Sementara itu Aisyah Dan Dania lantas berbual. Mereka ini memang kuat berbual dan mereka ialah kawan baik semenjak dari darjah 2
Setiba sahaja di Aeon Mall, mereka berjalan-jalan disana. Tiba-tiba Amirul ternampak sebuah kedai bertulis 'NIKE' dia tergamam melihat kasut di dalam kedai tersebut. "Amirul! Kenapa kau terdiam ni. Tadi tak berhenti kau cakap. Kenapa, Ada awek cantik ke??" tanya Afiq. "Yelah. Awak ok tak Amirul?" balas Dania terhadap soalan Afiq tadi. Amirul pula menjawab,"Saya ok. Saya suka melihat kasut ini. Boleh saya masuk sekejap?" jawab Amirul dengan perasaan yang gembira. Aisyah pula menjawab,"Awak masuklah , biar kami tunggu disini." Amirul masuk dan melihat kasut yang dikgumnya itu. Amirul pun merasakan dia menginginkan kasut itu. Amirul pun keluar dari kedai tersebut dan menyambung untuk berjalan disana.
Amirul dan kawan-kawannya pun menelefon ayah mereka masing-masing kerana sudah penat berjalan disana. Setelah sampai ke rumah, Amirul memberitahu mak dan ayahnya. "Mak, ayah, tadi Amirul jumpa kasut yang cantik sangat. Amirul teringin nak membeli kasut itu tapi Amirul taknak guna duit mak dan ayah," beritahu Amirul kepada mak dan ayahnya. Ayahnya pun tidak ada banyak duit. "Amirul, kamu bolehlah mula mengumpul duit untuk membeli kasut yang kamu mahukan itu," cadang ayahnya. Amirul bersetuju dengan ayahnya bergegas ke bilik kerana ingin mengambil tuala kerana dia mahu mandi. Kemudian dia melihat adiknya, Anas sedang bermain di dalam biliknya. Amirul tersenyum sendiri kerana melihat adiknya bermain seorang. "Adik, kenapa bermain di dalam bilik abang?" tanya Amirul. Adiknya pun memberitahu abangnya yang dia mahu tidur bersama abangnya dan Amirul pun bersetuju.
Keesokan harinya, Amirul seperti biasa bangun awal dan mandi untuk bersiap ke sekolah. Sebelum ke sekolah, mak Amirul akan menyediakan breakfast untuk Amirul dan adiknya. Setelah sampai di hadapan sekolah, ayah Amirul menghulurkan sehelai wang kertas lima ringgit. Amirul pun bertanya kepada ayahnya,"Ayah kenapa lima ringgit, bukan selalunya tiga ringgit ke?". Ayahnya pun menjawab balik," Takpe yang dua ringgit tu kamu simpanlah untuk beli kasut". " Terima kasih ayah," jawab Amirul. Amirul bersalam dengan ayahnya dahulu sebelum keluar dari kereta dan terus berjalan ke kelasnya. Dania dan Aisyah memanggil Amirul tentang semalam kerana ingin bertanya kenapa Amirul terdiam melihat kasut tersebut. Amirul menceritakan semuanya sebelum ke dewan untuk perhimpunan.
Bersambung...
Nantikan episod 2. Saya akan cuba untuk siapkan secepat yang mungkin.
YOU ARE READING
Budak Nike
Short StoryTentang seorang budak bernama Amirul yang menyukakan kasut Nike. Amirul mula mengumpul duit sejak dia berumur 10 tahun. Dalam masa yang sama, dia juga adalah pelajar yang cemerlang dan sering mendapat keputusan yang cemerlang di dalam kelas. Tetapi...