“ Tangan aku dahaga. Jiwa aku teruja. Untuk darah. Untuk mengambil nyawa. ”
↭
"Jiminie?" Suaraku perlahan memanggil. Bunyi kuat dan kaca pecah mengejutkan aku dari lena. Pantas aku bangun dan beralih dari katil. Di bahagian penjuru bilik, aku lihat suami dingin itu sedang berdiri.
Di atas lantai, berselerakan barangan miliknya. Tubuhnya yang selalu tegak dan lurus kini tertunduk. Bagaikan ada beban yang begitu berat terletak pada bahunya.
"Jiminie?" Panggil aku lagi sambil tangan perlahan diletakkan di bahunya. Bahunya sedikit terhinjut, mungkin terkejut dengan sentuhanku.
Namun dia tetap pegun. Wajahnya langsung tidak dapat aku baca kerana ditutupi rambut tebalnya. Ragu - ragu dengan apa perlu aku lakukan, tangan sudah terlebih dahulu menyikat rambutnya ke belakang. Membenarkan aku melihat ekspresi wajahnya.
Nafasku terhenti buat seketika. Ekspresi ini persis sewaktu kami diserang beberapa hari lalu. Tapi ini lebih teruk. Suami dingin itu tampak lebih marah.
Baran.
Bahagian rahang terlihat jelas dengan ketapan yang dilakukan. Keningnya berkerut. Dan dia nampak sangat - sangat marah. Sehingga aku sendiri yang melihatnya pun rasa sedikit takut.
Kerana dia nampak seperti lelaki yang tak patut dicabar. Dia nampak seperti lelaki yang tak takut untuk menumpahkan darah.
Telapak tangan aku usapkan ke belakang tubuhnya. Menggantikan kata - kata yang aku tidak tahu untuk dibicarakan. Jadi ini sahaja yang aku mampu lakukan, menjadi pendamai untuk dia.
Keadaan itu agak lama berlarutan namun ototnya yang terasa tegang sedikit demi sedikit melembut. Dia menghelakan nafas sambil lebih tertunduk ke bawah.
"I'm sorry." Bisiknya tapi masih boleh didengari. Aku tersenyum lalu meletakkan dagu pada lengannya.
"Untuk apa?"
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...