"Assalamualaikum"
"Kejap!"-sahutnya
"Ohhh Adam"
Kata wanita tua tersebut sambil tersenyum manis.Adam membalas senyuman wanita tua itu kembali.Sesekali dia menilik ke dalam rumah kayu milik wanita itu.Cukup beberapa minit dia menilik ke dalam rumah usang itu dia mula mengalihkan pandangannya kembali kepada wanita tua di depannya itu
"Nek Jah.Nek Jah apa khabar?nek Jah sihat?"-tanya Adam lembut.Perlahan cermin mata hitam yg di pakainya dilepaskan
"Alhamdulillah nek Jah sihat.Adam panggil je nek Jah mama"-kata nek Jah tersenyum manis
Adam mengangguk sambil melihat sekeliling kawasan rumah tersebut
"Adam cari Sarah ya?Dia dh siap cuma dia nak tengok barang yg dia perlu bawa lagi untuk ke sana"-kata nek Jah
"Ouh ya mama.Adam tunggu sampai Sarah keluar"-kata Adam lembut
"Ehh masuklah dulu Adam.Panas ni kat luar"-kata nek Jah
Adam tersenyum sambil mengangguk.Langkahnya mula masuk naik ke atas rumah kayu tersebut.Dia mula melabuhkan punggungnya dengan angkuh pada sofa kecil yg berada di kawasan ruang tamu tersebut
"Adam buatlah mcm rumah sendiri.Mama nak pergi dapur kejap"-kata nek Jah dan Adam hanya membalas senyuman sahaja tanda faham
Nek Jah mula melangkah pergi meninggalkan kawasan ruang tamu yg tidak seberapa besar mahupun kecil itu.Adam hanya mampu menghela nafas kasar.Jam di tangannya di lihat sekilas.Matanya melihat sekeliling kawasan ruang tamu tersebut sambil masih duduk dengan angkuh di atas sofa kecil itu.Terlihat sebuah bingkai kecil di atas meja kecil berdekatan dirinya yg menarik perhatian Adam.Adam mula melangkah menghampiri bingkai tersebut.Terlihat gambar dua org budak perempuan sedang bermain batu Seremban.Seorang memakai baju berwarna pink dan seorang lagi memakai baju berwarna merah
Adam mengangkat bingkai gambar tersebut.Matanya tertarik pada budak perempuan yg memakai baju berwarna merah tersebut.Wajah budak perempuan berbaju merah itu di belai lembut
"Joyah!!"-jerit seseorang dari dapur
Entah sejak bila Adam mengelamun dia pun tak tahu.Terus dia melihat bunyi seperti benda berlari dari dapur sehingga sampai ke ruang tamu.Adam berkerut melihat seekor kucing hitam yg gemuk berlari sambil membawa ikan di dalam mulutnya.Kucing tersebut berlari laju ke arah Adam.Adam hanya terdiam melihat tingkah haiwan berbulu yg kini berada di belakang kakinya itu
"Joyah!mana kau?!berani curi ikan lagi!"-ketus seorang gadis dari dapur.Gadis tersebut mula melangkah meninggalkan dapur dan melihat seorang lelaki yg sangat tampan memandangnya sambil berkerut
Gadis tersebut terkejut.Matanya dan Adam kini bertemu untuk beberapa saat sehingga Adam menghentikan mata mereka dari bertemu.Gadis tersebut hanya mampu menunduk saat ini
"Ya Allah apa terjerit-jerit ni haa?kita ada tetamu kamu tahu tak!"-ketus nek Jah mula melangkah ke ruang tamu.Dia memandang gadis di depannya ini yg hanya menundukkan kepala di depan Adam
"Maaf Adam"-kata nek Jah lembut.Adam hanya mengangguk sambil matanya kembali tertuju pada bingkai gambar di tangannya itu
Nek Jah melihat bingkai yg di pegang Adam itu.Terlihat tangan Adam yg membelai wajah budak perempuan berbaju merah itu.Nek Jah tersenyum sekilas sebelum memandang Adam di depannya ini
YOU ARE READING
Bidadari Milik Dia (Tamat)
Romance❝𝑩𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑯𝒂𝒓𝒓𝒊𝒔.❞ "Tengku Adam Harris!Lepaskan saya!"-ketus Sarah "In your dream!Aku takkan pernah lepaskan kau lagi Sarah!"-kata Adam "Awak dh gila ke Tengku Adam Harris!"-ketus Sarah "Ya!aku mengaku aku gila!ak...