Bab 8 : Terbawa perasaan

40 14 2
                                    

"Lamanya pergi, dari mana tu?" Soal satu suara yang berasal dari ruang tamu.

Wajahnya dipalingkan ke arah gadis yang memakai baju kurung peplum itu

Setelah mengunci pintu rumah, Mika melangkahkan kaki menuju ke sofa
ruang tamu itu.

"Eh Naurah! Tak tidur lagi?" Tanya Mika sambil melepaskan handbag yang
dipakainya di atas meja

"Tak! Tunggu kau lah!" Jawab Naurah spontan

"Aku risau tau kt kau ni, kau pergi mana sampai lewat malam baru balik?" Tanya Naurah

"Tuan.." Kata-kata Mika terpotong
seketika apabila Naurah yang sedang duduk tepat disebelahnya menepuk
bahunya

"Tuan Fikry ke? Ke-kenapa? Dia ke yg
hantar kau balik tadi? Baju ni dia belikan kan?"

Soalan dilontarkan bertubi-tubi sehinggakan Mika yg hendak bercerita tadi menjadi terdiam seketika mendengarkan soalan itu

"Ya allah! Kau tau tak dalam setiap badan manusia tu ada jantung!"

"Yalah memang lah ada jantung, dah tu macam mana nak hidup!" Jawab Naurah selamba

"Ooh, tau pulak manusia tu perlukan jantung untuk hidup! Dah tu yang kau tiba-tiba terkejutkan aku tu kenapa? Nak terkeluar tau jantung aku tadi...aku cubit kau kang baru tau!" Kesal Mika

Terkejut dia dibuatnya lagi-lagi si Naurah
ni macam tak tau apa-apa pulak
lepas terkejutkan dia. Memang nak kena betul.

"E-eh, sorry2 tadi aku tak sengaja...em macam mana eh nak cakap...ha dalam istilah terlalu teruja. Hehe Sorry lah" jawab Naurah

Mika hanya menggelengkan kepalanya.

"Ye, tapi lepas ni kau jangan terkejutkan aku lagi macam tadi" Jelas Mika

"Ye ye...aku janji...jawablah soalan aku tadi!"

"Soalan yang mana?"

Ntah kenapalah si Naurah ni macam detektif pulak, dah lah tanya banyak soalan, macam-macam pulak tu.

"Ishh...tua betul lah kau ni. Kau balik tadi boss kau kan yang hantar, kan!"

"Ya..."

"Lepastu baju ni boss kau jugak kan yg belikan"

Kata-kata Mika terpotong sekali lagi, siapa je tak tahu perangai Naurah ni. Kalau rasa ingin tahu dia tu bangkit...fuuhhh baru orang tu nak jawab, dia dah tanya lagi soalan baru.

"Jawablah...kau ni...aku tanya mesti tak nak jawab"

"Haih...macam mana lah aku nak jawab, baru je nak jawab kau dah potong"

"Ha, jawablah sekarang...aku tak potong pun"

"Ya, dia yang belikan baju peplum ni"

"Ha! Satu soalan lagi"

"Apa dia?"

"Kenapa kau balik malam, pergi mana" Tanya Naurah lagi

"Emm.." tangannya menutup mulut yg sedang menguap

"E-em aku rasa aku dah ngantuk lah, a-aku masuk bilik dulu eh"

"Ehhh belum ja..."

"Bye, aku masuk bilik dulu eh...ngantuk ni...ngantuk sangat" Kali ini giliran Mika yang memotong kata-kata Naurah. Bukan sengaja...cuma dia tak nak Naurah tu fikir bukan-bukan.

"Huih...nasib boleh lari dari dia...kalau tak...macam-macam dia fikir" Dadanya dielus lembut. Matanya mengintai Naurah yang sedang membaca majalah di atas sofa.

Setelah mengintai sahabatnya itu, dia menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu dipulasnya dan dia menuju ke katil untuk berehat. Dia bersandar pada bantal dan mengingat kembali kejadian tadi.

"Malunya aku tadi, dia perasan ke tak eh...ihh malunya" Mika tetap berasa malu ketika mengingat kejadian tadi. Biasalah perempuan...mudah jatuh cinta lah katakan.

Tapi kalau nak difikir-fikir, sebenarnya
dia ni tak delah sombong mana pun.
Ikut je apa mak dia suruh, lelaki idaman

Tanpa disedari dia tersenyum malu mengingat sikap boss nya itu, sungguh tidak boleh ditipu...semua perempuan mesti ada karakter lelaki idaman. Sama seperti apa yang dia rasakan sekarang.

"Ya allah Mika, ingat...dia tu milik orang!. Walaupun kau ada rasa dekat dia, kau kena buang semua tu! Ingat! Perasaan tu cuma sementara"

Mika cuba untuk membuang perasaan itu sekali lagi, walau perasaan itu muncul kembali,dia mencuba untuk tetap menghilangkan perasaan itu dihatinya kerana dia tidak ingin rasa suka itu lama kelamaan menguasai dirinya

Dah...tidur Mika, besok kerja!

Dia membetulakan tempat tidurnya dan merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia menghangatkan tubuhnya dengan selimut yang tebal dan cuba untuk memejamkan mata. Dia berharap supaya dapat merehatkan diri dengan sepenuhnya agar dapat bekerja dengan baik pada besok hari.

°Maaf lama tak update cerita, dalam masa terdekat ni author akan update lagi. Terima kasih kerana setia membaca sampai part ini. Stay Tuned & tq. Assalamualaikumadelinikurni





Miss sekretaris itu jodoh aku? (On Going)Where stories live. Discover now