BAB 2: KEMUNCULAN RAZLAN (2/4)

13 1 0
                                    

Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari sekolah. Tak ada seorang pun yang datang membantu, diejeknya lagi adalah.

Dalam keadaan susah payah, tiba-tiba ada tangan yang berotot dan berurat-urat kasar jelas timbul di lengannya dengan jari tangan yang panjang, memegang batang besi pelana dan satu tangan lagi

memegang tayar basikal Amir. Lalu tangan itu merentap dengan kuat membuatkan tayar basikal itu tertujah ke belakang sedikit, membuatkan rantai itu tegang dan tidak lari dari gigi gearnya lagi. Amir mendongak ke atas. Rupa-rupa pelajar lelaki yang ditegurnya di kantin tadi, Razlan, berdiri di hadapannya dengan wajah kosong tanpa reaksi.

Amir bangun lalu mengucap terima kasih kepada Razlan. Tak ada apa yang hendak Amir mampu katakan melainkan terima kasih.

Razlan hanya mengangguk lalu meninggalkan Amir. Jalan yang diambil oleh Razlan merupakan jalan yang sama Amir untuk pulang ke rumah. Dia mengejar Razlan yang sudah beberapa meter di hadapannya.

"Abang!!... terima kasih ya...."

Tidak semena-mena Amir memanggil lelaki itu dengan panggilan Abang. Mungkin kerana Amir kagum dengan kebolehan Razlan ataupun dia menghormati dan berterima kasih kepada lelaki itu.

"Abang... tinggal mana? Saya tinggal dekat tepi jalan, depan sawah tinggal, sebelum simpang masuk ke dusun."

Razlan mengerling ke arah Amir yang tingginya paras dadanya sahaja. Amir terpaksa mendongak untuk melihat muka lelaki yang membantunya tadi.

"Aku tinggal di tepi jalan ke dusun..."

"Oh! Itukan rumah Tok Mat Putih,... kan?

"Urmmm..."

Amir cukup gembira apabila Razlan menjawab soalannya. Dia terpaksa berjalan laju diselangi lari anak untuk mengejar lelaki tegap itu.

"Abang tingkatan berapa?..."

Soalan itu seperti tidak penting bagi Razlan. Dia hanya berpura-pura tidak mendengar pertanyaan itu kerana malas hendak layan.

Sebaliknya, Razlan mengeluarkan sebatang rokok lalu dihidupnya di hadapan Amir. Amir hanya melihat sahaja perilaku lelaki itu. Sesekali dia menggaru pipi. Amir seolah-olah mula kagum dengan lelaki itu walaupun itu tidak menunjukkan contoh yang baik. Amir terpandang pemetik api Razlan yang diperbuat dari besi. Tertulis perkataan 'Felix' di atasnya.

Sesekali Amir mengipas-ngipas asap rokok yang menerawang di mukanya. Apabila Razlan memandangnya, Amir sengih hingga menampakkan gusinya.

Bila sampai di jalan tepi sawah tinggal, Amir beriya-iya menunjuk rumahnya bercat kuning cair itu kepada Razlan. Seperti biasa, Razlan tidak menunjuk sebarang reaksi berminat.

Teringin sangat nak bersalam dengan Razlan, tapi dia malu jika Razlan tidak mengendahkannya. Jadi, dia hanya mencuit lengan bawah Razlan sahaja. Amir menunduk-nunduk kepalanya seperti orang Jepun untuk meminta diri.

Razlan pula meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumahnya yang terletak beberapa puluh meter dari rumah Amir.

Sampai di rumah papan usang, rumah Tok Mat Putih atau dipanggil Tok Mat sahaja. Razlan duduk di tangga kayu, lalu dia membuka kasutnya. Dia memandang di sekeliling rumahnya yang dikelilingi oleh pokok-pokok buah seperti manggis, duku dan durian. Tinggi-tinggi pokok itu membuatkan rumah papan usang ini redup dan dingin.

Razlan bangun dan memberi salam.

Belum sempat daun pintu dibuka luas, seorang kanak-kanak perempuan melompat lalu memeluk peha Razlan. Dia ketawa tetapi Razlan menolaknya perlahan-lahan. Razlan meletak beg galasnya di atas kerusi, lalu dia ke bilik datuk saudaranya, Tok Mat Putih yang sedang berbaring.

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now