BAB 2: KEMUNCULAN RAZLAN (4/4)

13 0 0
                                    

Pada setiap minggu, Razlan perlu berjumpa dengan pengetua sekolah, En. Ishak dan guru kanan Hal-Ehwal Pelajar, Cikgu Hadi bersama seorang lelaki. Mereka seakan mengadakan satu perbincangan di dalam bilik pengetua. Apa yang mereka bincangkan, tiada seorang guru dan kakitangan pun yang tahu.

Pernah beberapa kali Cikgu Hazrul terserempak dengan Razlan yang masuk dan keluar dari bilik pengetua itu. Entah apa yang difikirkan oleh guru disiplin itu, tidak tahulah. Bermacam-macam cara dia cuba mengorek rahsia untuk mengetahui intipati dan tujuan perjumpaan antara mereka.

Pernah dia diherdik oleh Cikgu Hadi supaya jaga tepi kain sendiri dan ditengking oleh kerani kerana menekan mereka untuk mendapatkan jawapan. Nah, tercalar maruah seorang guru disiplin apabila ditengking oleh kerani sekolah.

Berasakan diri patut tahu, Cikgu Hazrul berprasangka dan menuduh dirinya dipinggirkan oleh pengetua dalam masalah Razlan.

Sementara itu, lelaki yang turut hadir setiap kali perjumpaan antara Razlan dan pengetua ialah Taufik. Dia merupakan peguam peribadi keluarga Razlan.

Selepas perjumpaan itu, Razlan dan Taufik akan berjumpa lagi secara empat mata. Banyak yang diisu oleh mereka. Pada perjumpaan kali ini, Razlan mengamanahkan Taufik supaya menyelesaikan masalah dalaman syarikat bapanya.

"Kali ini aku nak kau pergi ke Mega Wave, jumpa Amran. Kau declare Amran dan beberapa orang lagi sebagai pengurus jabatan yang sah. Declare depan staf-staf yang tak reti-reti bahasa tuh."

"Aku pun dah dengar macam-macam terjadi kat syarikat tu. Songlap duit la, korup filelah, belum lagi yang curi projek tuh. "

"Yang jenis tuh, masih ada kat office lagi ke?"

"Yalah."

"Buang mereka. Kalau bapak aku nak aku uruskan syarikat. Kena ikut cara aku. First, aku kena buat pembersihan dulu."

"Tapi, yang itu luar bidang aku Razlan. Mana boleh aku senang-senang buang mereka. Aku ni sapa? Lawyer aje pun. Itu kaulah kena buat. Kalau aku suruh Amran pun, silap-silap dia pun kena guling."

Razlan bersandar pada meja. Dia terpaksa memikirkan masalah ini.

"Ala Razlan, kaukan bakal tuan, bos besar. Kuasa penuh ada dalam tangan kau. Kau buatlah apa yang kau nak, demi Mega Wave, wasiat bapa kau tu."

Razlan mengunci bibirnya. Tanpa menjawab persoalan itu, pertemuan mereka berakhir di situ.

Perjumpaan Taufik dan Razlan tadi sudah lama diperhatikan oleh Cikgu Hazrul. Terhendap-hendap dia cuba untuk mencuri dengar apa yang dibincangkan oleh Razlan. Namun, tiada apa yang dia dapat. Kalau terdengar pun, dia sukar fahami apa yang mereka bicarakan.

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now